Friday, 23 February 2018

Memperkasakan Koc Untuk Wanita #KTMB #SPAD

Kaum hawa adalah majoriti pengguna pengangkutan awam di negara ini oleh kerana itu pihak Keretapi Tanah Melayu Berhda (KTMB) kini sedang meneliti semula tatacara operasi Koc Wanita bagi menjamin koc tersebut digunakan khas untuk kaum hawa sahaja. 

Pencerobohan Koc Wanita Mengundang Rasa Tidak Senang Para Pengguna
Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin berkata usaha bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu antara langkah yang dilaksanakan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan etika penggunaan koc khas itu. 

Bantuan daripada Polis Bantuan KTMB dengan kerjamsama SPAD juga telah memulakan Operasi Penguatkuasaan dan Kempen Kesedaran Koc Wanita bermula pada 22 Feb bagi mengekang pencerobohan koc wanita oleh individu berjantina selainnya. 

Pihaknya yang sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dan mengharapkan orang ramai agar dapat membantu dan menyokong usaha KTMB dengan memberikan kesedaran dan peringatan antara satu sama lain tentang sensitivity kos khas ini untuk kebaikan dan keselesaan bersama.

Baru baru ini tular di media sosial seorang wanita dilontar dengan kat kata kesat oleh sekumpulan lelaki apabila ditegur kerana menceroboh Koc Merah Jambu atau Koc Wanita dalam perkhidmatan KTM Komuter. Koc Wanita ini diperkenalkan oleh KTM Berhad pada April 2010 yang bertujuan untuk memberikan keselesaan dan keselamatan untuk golongan wanita yang majoritinya pengguna tetap perkhidmatan itu. 

Tambah Mohd Rani lagi, Dalam usaha mendidik dan memberikan kesedaran akan perkara ini, pihaknya KTMB membuat pemantauan berkala didalam trend an di stesyen stesyen oleh pegawai dan dibantu pihak Polis Bantuan KTMB. 

Koc Wanita ini mudah dikenali kerana ia berwarna merah jambu dan mempunyai pelekat bertulis perkataan “Wanita Sahaja”.


UP : Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) melantik Mohd Rani Hisham Samsudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, bermula 15 September 2017.

Beliau menggantikan Datuk Sarbini Tijan, yang tamat perkhidmatan pada 30 April tahun lalu.
Memperkasakan Koc Untuk Wanita #KTMB #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Friday, 23 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...