Sunday, 25 February 2018

MCA Yakin Terhadap Sokongan Masyarakat Cina #PRU14 #MCA

Datuk Seri Liow Tiong Lai menzahirkan rasa keyakinannya terhadap sokongan masyarakat Cina di Malaysia terhadap MCA telah kembali kerana 10 tahun di bawah DAP ternyata tiada sebarang perubahan yang dapat dilihat disetiap kawasan yang dimenanginya.

Beliau menyatakan sedemikian kepada pemberita sewaktu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 MCA Wilayah Persekutuan dan MCA Bandar Tun Razak. Tiong Lai juga menambah, sewaktu sesi pertemua beliau dengan masyarkat cina mereka amat kecewa dengan prestasi DAP setelah dua penggal memerintah dan mereka menyatakan akan memebri sokongan semula kepada kerajaan.

Berdasarkan suasana dan mood yang telah ada ianya jelas memperlihatkan tahak sokongan telah meningkat malah komitmen juga telah diberikan untuk menyokong Barisan Nasional dan beliau amat yakin sokongan tersebut dapat diterjemahkan semasa PRU-14 nanti.

Dalam ucapannya di dalam majlis sambutan berkenaan yang dihadiri lebih 3000 orang yang turut dihadiri daripada pelbagai kaum, beliau telah mengingatkan agar kaum Cina supaya memberi sokongan kepada kerajaan BN supaya pembangunan dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan. Dalam perkara ini Tiong Lai menjelaskan kaum cina sebenarnya telah diketepikan secara tidak langsung sekiranya mereka mengundi DAP.

MCA yang berada didalam kerajaan sebenarnya lebih mudah untuk membantu rakyat serta melaksanakan pembangunan kerana kerajaan mempunyai sumber yang lebih besar berbanding pembangkang. Semestinya kaum Cina perlu fokus bersama kaum yang lain seperti Melayu dan India dan kaum – kaum lain di Malaysia ini untuk memajukan Negara, ujarnya lagi.

Dalam majlis yang sama juga, Tiong Lai juga turut memaklumkan bahawa perbincangan mengenai pertukaran kerusi Parlimen diantara MCA dengan parti parti komonen BN masih belum dimuktamadkan dan hal ini perlu dibincangkan dengan secara teliti dan mendalam

Terdapat juga laporan yang menyatakan MCA dan Gerakan telah bersetuju untuk bertukar kerusi semasa PRU-14 nanti, walaugaimanapun perkara ini masih belum dimuktamadkan dan ianya hanya dibincangkan secara dalamana dan tidak akan dibawa keluar. Namun beliau mengesahkan dan menegaskan bahawa MCA pasti akan bertanding dikerusi Parlimen tradisi di Kuala Lumpur iaitu, Bukit Bintang, Seputeh, Cheras, Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak.
MCA Yakin Terhadap Sokongan Masyarakat Cina #PRU14 #MCA Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 25 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...