Friday, 23 February 2018

MCA Akan Tentang Habisan Berita Palsu! #MCA

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, telah menyatakan bahawa MCA bersedia untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pengamal media di negara ini untuk memerangi berita palsu yang kini telah menjadi satu barah.


Menjelang musim Pilihan Raya Umum, berita palsu ini menjadi lebih kronik dan justeru itu Tiong Lai menyeru agar para pengamal media seharusnya memainkan peranan penting untuk menepis berita – berita palsu yang banyak beredar di media sosial kini.

Tiong Lai yang berucap di Majlis MCA Media Nite 2018 di Dewan San Choon, Wisma MCA telah menyatakan bahawa, akrabnya MCA dengan pengamal media adalah seumpama ‘Aur dengan tebing’. MCA berharap kerjasama yang sudah terjalin erat ini akan terus dapat dieratkan dan beliau mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha dan sumbangan yang telah diberikan selama ini, ujarnya lagi.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalannya iaitu Datuk Seri Dr Ir Wee ka Siong, Naib Presiden, Datuk Chua Tee Yong dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan. Ianya telah dihadiri lebih 1,000 orang pengamal media dan barisan kempimpinan MCA yang diraikan dengan semangat muhibbah.

Kemeriah majlis ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian. Ianya juga diadakan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
MCA Akan Tentang Habisan Berita Palsu! #MCA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 23 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...