Wednesday, 21 February 2018

Mahathir Anak Beranak Akan Guna Logo DAP?! #TolakPakatan #BetterNation #KekalNajib

Satu usaha dalaman oleh kelompok ‘ProMahathir’ telah diwujudkan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Timbalan Presiden untuk mensabotaj pendaftaran parti berkenaan dengan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Perkara ini di maklumkan oleh Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. 


Ekoran daripada kegagalan mendapat kelulusan daripada ROS bagi pendaftaran PPBM maka, Presiden Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir dan Anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah didakwa bakal menggunakan logo DAP bagi menghadapai pilihan Raya umum ke-14 (PRU-14). Selain itu ekoran PPBM yang gagal mendapat sambutan dalam kalangan orang melayu terutamanya di kawasan yang hendak ditandingi turut dijadikan alasan untuk Dr Mahathir dan Mukhriz menggunakan logo DAP. 

Mohd Puad juga menyatakan bahawa sehingga kini parti bunga itu telah tidak berjaya untuk mendapatkan kelulusan secara hitam putih daripada ROS samada mesyuarat agung parti itu baru – baru ini sah ataupun sebaliknya. Pelbagai pihak telah menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca parti itu gagal mematuihi perlembagaan parti sendiri dalam melaksanakan mesyuarat agung terutamanya mereka yang berada di dalam parti bunga itu sendiri. 

Pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ adalah kaedah dan strategi Dr Mahathir bagi memastikan kedua beranak ini menang pada PRU-14 meskipun mereka bertanding di kerusi yang majoritinya dari kaum cina, dakwa Mohd Puad lagi. 

Justeru itu, Mohd Puad meminta supaya Dr Mahathir memberi penjelasan segera mengenai isu ini. Adakah ianya hanyalah satu strategi politik yang sengaja disembunyikan daripada pengetahun ramai ataupun sebaliknya. 

Mahathir Anak Beranak Akan Guna Logo DAP?! #TolakPakatan #BetterNation #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 21 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...