Saturday, 24 February 2018

Kini Orang Cina Tidak Percaya Slogan UBAH Dari DAP! #MCA

Slogan ‘Ubah’ atau tukar kerajaan tidak lagi mampu memberi kepercayaan kepada pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, ini disebabkan ianya tidak menjadi kenyataan meskipun pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) laungan ‘ubah’ telah menjadi satu slogan yang agak berjaya diguna pakai oleh pembangkang sehinggakan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bebrapa buah negeri berjaya di menangi oleh mereka termasuk di Perlis. Ujar seorang veteran MCA. 

Pembangkang pada hakikatnya masih gagal membentuk kerajaan, meskipun sudah beberapa kali slogan ‘ubah’ itu dilaungkan. Menurut seorang veteran MCA, Datuk Oui Ah Lan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan. Masyarakat Cina akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 termasuk di negeri Perlis. Beliau amat yakin Kerusi Dewan Undangan (DUN) Indera Kayangan yang dimenangi oleh pembangkang akan kembali kepada BN. Manakala impian pembangkang akan terus berkubur pada PRU-14 nanti.
 
Pada PRU-13 kebanyakan pengundi Cina bersepakat untuk memilih pembangkang kerana adanya dakwaan bahawa kononnya mereka hendak menukar kerajaan kearah yang lebih baik, namun hakikatnya tiada apa yang boleh diubah kerana mereka telah beberapa kali gagal membentuk kerajaan. 

Tindakan pengundi Cina menyokong pembangkang di Indera kayangan telah memberi kesan kepada mereka sehingga ke hari ini, ujar Oui lagi. Ini disebabkan kemenangan pembangkang di situ tidak mampu membela nasib mereka serta memberi khidmat yang berkesan kepada mereka khususnya kepada mereka yang memberi undi kepada pembangkang. 

Berdasarkan usaha keras dan bersungguh – sungguh oleh MCA selama lima tahun untuk menarik kembali sokongan kaum Cina , Oui amat yakin BN akan dapat merampas kembali DUN Indera kayangan pada PRU-14 kelak dan pada masa yang sama pemilihan calon yang sesuai di kerusi ini juga akan memainkan peranan yang besar bagi mempastikan kemenangan BN di kerusi Indera Kayangan ini.
Kini Orang Cina Tidak Percaya Slogan UBAH Dari DAP! #MCA Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 24 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...