Saturday, 17 February 2018

Kelantan Bakal Ada Kampus Sukan - Annuar Musa #TSAM

Tan Sri Annuar Musa telah memaklumkan bahawa negeri Kelantan akan menubuhkan sebuah kampus sukan khusus untuk pembangunan bola sepak. Ianya akan bakal diusahakan oleh Syarikat Al Hamra Group dan Red One Sdn Bhd yang mana Annuar Musa adalah Presiden kepada kedua dua syarikat ini. 

Annuar Musa juga menyatakan bahawa kampus ini akan dibina di Parlimen Ketereh sebaik sahaja pembelian tapak selsesai dilaksanakan. Kampus yang serba lengkap dan moden serta mempunyai prasarana sukan yang terkini akan dijadikan pusat latihan sukan bola sepak remaja sebaik sahaja tamat latihan di peringkat sekolah. 


Tujuan pembinaan kampus ini adalah untuk mempastikan pengurusan sukan bola sepak di negeri ini lebih tersusun dan bersistematik khususnya untuk menghasilkan bakat – bakat baru. 

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad telah merasmikan Pelancaran Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM ARMY) di sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chengal. Ianya turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Kelantan, Muhammad Zahari Othman. 

Pada sesi pertama pemilihan ke TSAM ARMY seramai 500 orang pelajar telah terpilih untuk menjalani latihan yang kini menjalani latihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chengal dan SMK Kadok. Akademi Sukan di Jepun dan Croatia akan dijadikan contoh dalam kaedah yang bakal dilaksanakan kelak di mana pendekatan yang digunakan ialah meggabungkan kurikulum dan akademik. 

Satu pasukan jurulatih dari negeri ini akan juga menggunakan khidmat dan kepakaran dari kedua – dua negara ini bagi melatih kelompok perintis. Bagi pihak kementerian pendidikan pula, Alias menyambut baik akan usaha ini kerana bidang akademik bukanlah satu – satunya faktor menyumbang kepada kemajuan pelajar.


Harap lepas ini Kelantan bakal hasilkan lebih ramai pemain yang berkaliber :)
Kelantan Bakal Ada Kampus Sukan - Annuar Musa #TSAM Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 17 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...