Wednesday, 21 February 2018

Guan Eng Kini Bisu Bila Disoal Wee Ka Siong #MCA

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah menyatakan, sehingga ke hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih mendiamkan diri berhubung pendedahan oleh MCA mengenai firma dari China, China railway Construction Corporation Malaysia Berhad (CRCC) yang didakwa, sejak kontrak projek terowong dasar laut ditandatangani, CRCC hanya dibayar sebanyak 5 peratus atau kira – kira RM3 juta sahaja oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. 

Perkara ini amat serius, ujar Timbalan Presiden MCA lagi, ini kerana secara teknikal dan kewangan telah membuktikan bahawa CRCC serta sebuah lagi firma China, Beijing Urban Construction Group (BUCG) tidak lagi terlibat dengan projek berkenaan. 

Ka siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa, salah sebuah syarikat yang didakwa oleh Guan Eng iaitu Syarikat Sri Tinggi Sdn Bhd yang didakwa turut terlibat dengan projek pembinaan ini tidak lagi menjadi pemegang saham dan sebuah syarikat lagi yang turut dikaitan dengan projek ini didapati tidak lagi beroperasi. 

Keterangan ini bermaksud hanya Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) sahaja yang masih kekal di dalam projek pembinaan terowong ini. Manakala empat syarikat lagi sudah tidak terbabit dengan projek ini. Difahamkan syarikat ZCSB selaku kontraktor tunggal hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM300, 000 dan berusia 82 hari. Berdasarkan informasi ini maka, Guan Eng perlu membuktikan CRCC telah dibayar lebih dari RM3 juta selain membuktikan firma itu tidak menghentikan kerja di tapak projek.

Maka dapat disimpulkan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang secara tidak langsung telah menyerahkan projek bernilai RM6.34 Billion kepada syarikat yang hanya berusia 82 hari serta memberi pengertian syarat kelayakan tender projek DAP Pulau Pinang dengan modal berbayar sekurang – kurangnya RM381 juta tidak lagi dilaksanakan oleh kerajaan negeri, ujar Ka Siong lagi.

Baca juga : SINI
Guan Eng Kini Bisu Bila Disoal Wee Ka Siong #MCA Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 21 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...