Thursday, 22 February 2018

DAP Terdesak Meraih Simpati Melayu. #MCA

Datuk Seri Ti Lian Ker yang juga Pengerusi Bior Publisiti MCA menyatakan bahawa parti serpihan PAP iaitu DAP amat terdesak untuk meraih undi kaum Melayu dengan menuduh parti MCA dengan pelbagai tuduhan. 


DAP yang mereka dakwa sebagai parti yang bersifat pelbagai kaum di Negara ini sebenarnya malu kerana banyak janji – janji yang ditabur sebelum ini tidak dapat ditunaikan oleh mereka. Malah Guan Eng telah menuduh MCA sebagai parti yang tidak menunaikan janji kerana enggan bertanding dikawasan yang memiliki kaum yang manjoritinya terdiri dari kaum Cina. 

MCA pula dengan tegas melabelkan DAP adalah parti yang hanya berani bertanding dikawasan yang boleh dimenangi oleh mereka sahaja dimana majoriti pengundi adalah dari kaum Cina dan tidak menunaikan janji untuk bertanding di kawasan yang mempunyai komposisi kaum yang seimbang, ujar Lian Ker lagi. 

Hakikatnya DAP takut untuk bertanding dikawasan yang berkompisisi kaum sebegini kerana sedar mereka hanya bermain dengan sentimen politik Cina sahaja. DAP sepatutnya merasa malu kerana mereka gagal untuk menunaikan janji sebagaimana dakwaan mereka yang menyatakan kononnya DAP adala parti yang bersifat pelbagai kaum.

Baca juga : BNBBC
DAP Terdesak Meraih Simpati Melayu. #MCA Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 22 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...