Friday, 23 February 2018

DAP Mungkri Janji - Ti Lian Ker #MCA

Datuk Seri Ti Lian Ker yang juga Jurucakap Publisiti MCA menyelar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana parti itu gagal ‘menunaikan janji’ sebagai sebuah parti yang kononnya bersifat pelbagai kaum sebagaimana yang di momokkan oleh mereka.

Reaksi ini adalah tindak balas di atas dakwaan Guan Eng yang kononnya MCA telah memungkiri janji kepada masyarakat Cina hanya kerana tidak bertanding di kawasan yang diwakili 50 peratus atau lebih kaum Cina.


MCA adalah sebuah parti yang mendukung kesaksamaan dan keadilan tanpa mengira kaum selari dengan aspirasi Barisan Nasional (BN) yang mana MCA tidak memilih kawasan pengundi majoriti Cina, Melyu atau sebagainya kerana MCA sememangnya berpegang teguh kepada konsep kepelbagaian kaum di Negara ini.

Hal ini amat berbeza dengan kepimpinan DAP. Mereka takut untuk bertanding di kawasan yang jumlah pengundi Melayu dan Cina seimbang, meskipun mereka acap kali melaungkan sebagai parti kepelbagaian kaum. Ini disebabkan mereka hanya bermain dengan sentimen politik Cina sahaja.

Maka tidak hairanlah DAP telah menjual prinsip mereka kepada PAS sebelum ini dan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini. Ini memperlihatkan mereka amat terdesak untuk meraih undi melayu. DAP sewajarnya patut merasa malu kerana mereka gagal menunaikan janji mereka sebagai sebuah parti yang kononnya bersifat pelbagai kaum, ujar Lian ker lagi. Pemilihan jawatankuasa pusat oleh DAP juga gagal menterjemahkan kepada semangat kepelbagaian kaum di Negara ini. 

Ironinya dari dulu, kini dan selamanya, DAP dilihat tanpa rasa malu terus melaga – lagakan antara kaum Cina dan Melayu berbanding dengan BN yang ketika ini cuba memulihkan hubungan antara kaum dengan membina ‘jambatan’ dan mempromosikan persefahaman demi keharmonian dan kemakmuran Negara.

Justeru itu, DAP sepatutnya menghentikan politik perkauman yang memungkinkan perpecahan kaum hanya untuk kepentingan parti itu, tegas Lian Ker lagi.
DAP Mungkri Janji - Ti Lian Ker #MCA Daeng Selili Rating: 5 Friday, 23 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...