Friday, 2 February 2018

DAP Dakwa BN Sabotaj Projek Terowong Penang?! #KekalNajib #BetterNation #PakatanProDAP

Ibarat “membaling batu sembunyi tangan”  Itu adalah bidalan kerajaan DAP di Pulau Pinang. Mereka tidak akan mengaku kesilapan dan akan menuduh pula kepada pihak lain. “Kuman diseberang laut nampak tetapi gajah didepan mata pun tidak mengaku ianya wujud meskipun tercegat didepan batang hidung mereka”. Berkenaan skandal pembinaan terowong dasar laut yang “lagi terang dan bersuluh” memang salah mereka alih – alih Barisan Nasional (BN) dipersalahkan. Mereka mendakwa kononya BN ‘mensabotaj” pembinaan projek pembinaan terowong dasar laut hasil cetusan idea mereka yang bernilai RM6.44 billion.



Datuk Eric See To yang juga Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) memaklumkan bahawa, DAP menyalahkan BN berkaitan dengan kegagalan mereka menyiapkan laporan RM305 juta serta juga, kegagalan mereka untuk memulakan pembinaan mana – mana komponen projek (yang tidak menepati semua tarikh akhir) meskipun telah menandatangani perjanjian tersebut 5 tahun yang lalu.

Hakikatnya dakwaan ini tidak benar sama sekali berdasarkan kepada sejarah pembinaan terowong dasar laut ini sebagaimana kronologi di bawah:

1.       Ogos 2013; Konsortium Special Vehicle Company (SPV) iaitu Zenith PMC Sdn Bhd telah melantik sebuah syarikat iaitu Astral Supreme Construction Sdn Bhd (ASC) untuk membentuk satu Usaha Sama (JV) bagi membuat RM257 juta daripada laporan yang bernilai RM305 juta tersebut.

2.       Ogos 2014; JV ditamatkan dengan alasan Astral tidak dapat mencari perunding yang mencukupi untuk membuat laporan tersebut. Perkara ini jelas sebagaimana yang di tulis dilaman facebooknya . (Rujuk : http://www.thesundaily.my/news/1142745)
Dalam isu ini, Eric menempelak kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng kerana kewajaran apakah sehingga tiada rasa bersalah dan malu dengan menuduh apa yang telah berlaku adalah disebabkan kesilapan BN. Sedangkan yang gagal mencari perunding yang cukup adalah mereka sendiri.

3.       Julai 2016; EXCO Pulau Pinang iaitu Lim Hock Seng telah memaklumkan bahawa pembinaan jalan – jalan berkenaan tertangguh dan ianya akan berkemungkinan akan ditangguhkan untuk setahun lagi dengan alasan, banyak kajian perlu dilaksanakan sekiranya jalan – jalan tersebut boleh mengalirkan air hujan dengan cukup cepat. (rujuk: https://www.thestar.com.my/metro/community/2016/07/11/project-may-be-stalled-stormwater-study-needed-before-work-on-road-construction-can-begin/)

Persoalan yang dilontarkan oleh Eric, adakah kajian berkaitan dengan pengaliran hujan ini adalah berpunca dari kesalahan BN? Walhal, laporan tersebut telahpun dibayar sebanyak RM305 juta.

4.       September 2016; Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri mahu mengeluarkan kumpulan pembinaaan gergasi China BUCG daripada menajdi sebahagian daripada SPV pembinaan terowong ini. (rujuk: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/09/06/undersea-tunnel-builder-to-purge-bucg-after-crane-incident/)

5.       November 2016; Lim Hock Seng sekali lagi memaklumkan bahawa, pembinaan jalan – jalan tersebut akan ditangguhkan lebih lama. Ini disebabkan kesukaran untuk pengambilan tanah yang berkaitan kerana ianya perlu mengenal pasti siapa yang memiliki tanah di aman jalan – jalan itu akan dibina kelak.           (rujuk) www.themalaymailonline.com/malaysia/article/penang-tunnel-road-projects-face-further-delay#1SAqI0ROFwmfo4kR.97

Eric dengan tegas menyatakan, apakah kegagalan mereka dalam menguruskan hal ehwal pemilikan dan pengambilan tanah juga adalah salah BN?

6.       Oktober 2017; Syarikat SPV telah memaklumkan bahawa tiada keperluan untuk mereka menyelesaikan masalah ini dengan segera.                                                                                 (rujuk : https://www.themalaysianinsight.com/s/18099/)

7.       November 2017; Syarikat Muda Jaya, salah satu kontraktor yang terbabit dalam projek ini telah menarik diri kerana ketidakupayaan mereka untuk mendapatkan tarikh yang tepat untuk pemilikan tapak, ketidakpastian dalam menandatangani kontrak pembinaan serta maklumat yang disediakan bagi perlaksanaan projek ini tidak mencukupi.                           (rujuk : http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/mudajaya-withdraws-from-penang-undersea-tunnel-project#L78LEWwVEKQP4wO5.97)


Persoalan ini juga telah ditimbulkan oleh Eric kerana agak menghairankan, bagaimana kontraktor ini tiada pilihan lain selain dari melepaskan kontrak yang bernilai RM800 juta hanya disebabkan terdapat begitu banyak ketidakpastian dalam projek pembinaan terowong dasar laut ini.

DAP Dakwa BN Sabotaj Projek Terowong Penang?! #KekalNajib #BetterNation #PakatanProDAP Daeng Selili Rating: 5 Friday, 2 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...