Thursday, 1 February 2018

DAP Bakal Perintah Perak? #PRU14 #PakatanProDAP


Parti pembangkang yang telah membentuk satu pakatan baru bagi menghadapai Pilihan Raya ke – 14 (PRU-14), ianya dikenali dengan nama Pakatan Harapan (PH). PH ini cuba memperlihatkan bahawa mereka adalah satu gabungan parti – parti orang melayu terkuat namun pada hakikatnya, sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah maka parti DAP lah yang paling kuat dan akan menguasai pembangkang. Bukannya Parti Amanah  (PAN) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan jauh sekali parti dari Sabah iaitu Warisan,

Ini kerana yang mencatur dan menguasai PH adalah DAP dan parti inilah sebenarnya menjadi “King Maker” dari belakang. Meskipun dimaklumkan dan diwawarkan bahawa Melayu duduk di atas selaku Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum. Namun DAP lah ketua sebenar dalam PH kerana mereka lah yang memegang “remote control”


Barisan Kabinet bayangan mereka penuh dengan nama – nama dari DAP berbanding nama - nama pemimpin melayu kerana PH diketuai dan dipimpin DAP sepenuhnya. Melayu hanya dipergunakan sahaja.

Kejadian yang berlaku di Negeri Sembilan pada minggu lepas adalah contoh memperlihatkan bagaimana melayu dipermainkan. Belum pun pilihan raya, pergolakan sudah pun berlaku dalam PH di Negeri Sembilan dimana kekecohan berlaku disebabkan agihan kerusi yang ternyata tidak adil. Ketua Pemuda PPBM yang diketuai oleh Mohd Sharul Anuar mendakwa ketidakadilan ini berdasarkan nisbah kerusi dengan ahli – ahli parti masing – masing.

Di Negeri Sembilan, mereka mendakwa parti PPBM mempunyai 6,000 ahli yang berdaftar namun hanya diberi 6 kerusi sahaja berbanding dengan Parti Amanah (PAN) yang hanya mempunyai 500 ahli tetapi memperolehi 7 kerusi. Manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikhabarkan mempunyai 10,000 orang ahli mendapat 12 kerusi.
Maka tidak hairanlah melayu yang merasakan mereka telah dipermainkan telah meluahkan perasaan yang tidak puas mereka itu kepada Wan Azizah dan Mukriz dan mereka melaungkan laungan “boikot”, “mana hak kami” dan “tidak adil”. Kejadian yang sememangnya boleh dijangkakan ini menjadi bukti bahawa melayu memang telah dipermainkan di dalam PH.

Kekecohan, pergolakan dan pergaduhan yang berlaku di Negeri Sembilan ini bukanlah kali pertama berlaku. Pada 6hb April 2017 seramai 500 orang ahli PPBM Rembau telah keluar parti dan pada 19hb April 2017, Pengerusi PPBM Negeri Sembilan pula iaitu cikgu Kamarul keluar parti bersama dengan 821 orang ahli parti PPBM yang lain.

Agihan kerusi Ini jelas membuktikan DAP yang menguasai pembangkang dan keretakan dalam PPBM di Negeri Sembilan hanya menanti belah sahaja. Wan Azizah sememangnya tidak berkuasa meskipun dilantik sebagai Presiden Pakatan Harapan malah beliau terus lari bila kejadian tersebut berlaku.

11 kerusi DUN yang dimilik dan dimenangi oleh DAP di Negeri Sembilan sekarang tidak mungkin dan mustahil akan diberikan kepada rakan mereka di dalan pakatan pembangkang kerana ianya tetap milik mereka dan ini jelas DAP mendominasi dalan PH manakala melayu seolah – oleh “melukut di tepi gantang”.

Manakala di Perak pun sama keadaanya. Ahli Dewan Undangan Negeri Canning, Wong Kah Woh yang juga Ketua Pemuda DAP dengan lantang memaklumkan bahawa DAP mahu menguasai negeri Perak. Kenyataan beliau  ini telah disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2018. Di negeri Perak sekarang ini DAP mempunyai 18 kerusi daripada 24 kerusi pembangkang dan ianya jelas menunjukkan DAP menguasai 75% kerusi pembangkang di Perak.

Seorang penganalisa politik tanah air dari Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Yusuf telah menganalisa bahawa sekiranya pembangkang menguasai Perak selepas PRU-14 kelak dengan menumbangkan BN, maka komposisi analisanya adalah seperti jadual di bawah :

Bil
Parti Politik
Melayu
Bukan Melayu
1
DAP
0
18
2
PKR
1
4
3
AMANAH
6
0
4
PPBM
3
0
Jumlah
10
22

Berdasarkan analisanya maka amat jelas kerajaan yang bakal memerintah negeri Perak kelak sekiranya BN tumbang adalah DAP. Sejarah pemerintahan negeri Perak yang pernah di perintah oleh pembangkang sewaktu BN kalah, membuktikan melayu hanyalah boneka kepada DAP. Nizar yang menerajui kepimpinan negeri Perak sewaktu itu adalah dari parti PAS tetapi hakikatnya parti DAP lah yang berkuasa di mana beliau diapit oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Khoo Ham dikiri dan kanannya.

Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP kini jelas adalah sebuah negeri yang dipimpin oleh pemimpin yang korup, penuh dengan skandal dan penyelewengan. Tanah digadai manakala kejadian tanah runtuh kerap berlaku, banjir memperlihatkan angka yang tinggi iaitu lebih dari 100 kali. Kehilangan duit yang berjuta – juta begitu sahaja tanpa dikesan, kerana menyalahguna kuasa terhadap projek pembinaan terowong dasar laut . Meluluskan kilang haram sehingga menyebabkan kematian orang kampung.

Satu pertanyaan kepada rakyat di Negeri Sembilan, Perak dan Johor. Mahukah kejadian yang berlaku di negeri Pulau Pinang ini akan terjadi juga di negeri mereka? Segala macam janji sebelum pilihan raya tidak ditunaikan. Kerakusan dan ketamakkan mereka amat luar biasa. PAS dibuang begitu sahaja setelah mereka berkuasa walaupun sebelum PRU keakraban mereka diibaratkan seperti “isi dan kuku” tetapi akhirnya “ditong sampahkan” oleh DAP. 

Begitu juga di peringkat pusat. Kesemua kerusi sebanyak 37 adalah hak mutlak DAP kerana ianya adalah kerusi selamat dan tiada satu kerusi pun dari 37 kerusi tersebut diagihkan kepada PAN, PKR mahupun PPBM. Ini jelas percaturan DAP adalah untuk mempastikan mereka terus berkuasa dan hasrat mereka sememangnya untuk mendominasikan PH dan apa jua keputusan yang diputuskan oleh mereka hanyalah “wayang politik”. 

Contohnya sewaktu Konvensyen Pakatan, DAP hanya membuat pengumuman agihan kerusi untuk Semenanjung Malaysia sahaja namun masih belum mengumumkan kerusi di Sabah dan Sarawak.

Sekiranya dikira setiap kerusi yang dipertandingkan di selurun Negara termasuk Sabah dan Sarawak yang berjumlah 57, maka secara keseluruhannya agihan kerusi pembangkang adalah seperti jadual berikut:

Bil
Parti Politik Pembangkang
Jumlah Kerusi parlimen
1
DAP (Gabungan DAP & PAN)
71
2
PKR
70
3
AMANAH
27
4
PPBM
52
5
Warisan
2
Jumlah Keseluruhan
222

Kesemua kerusi parlimen berjumlah 222 dan berdasarkan kepada pecahan tersebut, DAP adalah majoriti, maka dengan sifir mudah sekiranya rakyat Malaysia mengundi pembangkang maka sudah tentulah DAP akan memenangi paling banyak kerusi dan secara tidak langsung DAP yang paling berkuasa sekiranya Putrajaya dirampas oleh pembangkang.

Superman DAP iaitu Hew Kuan Yau pernah bercakap berkenaan menggunakan orang melayu untuk menjatuhkan orang melayu dan ianya perlu disedari oleh rakyat akan kata – katanya yang bersifat  rasis dan penuh kebencian terhadap orang melayu. Beliau pernah berkata “ini game terakhir untuk Mahathir, Kit Siang masih ada masa untuk banyak game lagi”. Beliau juga pernah bercakap DAP hanya mahu “screw” melayu sahaja dan sekiranya BN tumbang maka yang paling berkuasa dalam pakatan pembangkang adalah DAP.

Oleh yang demikian, kita sebagai orang melayu jangan biarkan BN tumbang dan kita hendaklah mempastikan cita – cita mereka untuk menjadikan “Malaysian Malaysia” tidak tercapai dan kita sebagai orang melayu adalah wajib menguburkan terus impian mereka itu supaya keharmonian dan kesejahteraan Negara akan terus berkekalan di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Ini adalah disebabkan, kerajaan BN telah terbukti sebagai sebuah kerajaan yang berjaya membela rakyat dan tidak pernah mungkir janji terhadap apa jua manifesto yang di lafaskan sewaktu musim – musim pilihan raya dan kita seharusnya membuat pilihan yang betul bagi mempastikan hala tuju Negara bagi mencapai Negara maju pada tahun 2050 akan tercapai.

DAP Bakal Perintah Perak? #PRU14 #PakatanProDAP Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 1 February 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...