Wednesday, 17 January 2018

Sistem Transit Rapid (RTS) Singapura Hanya 30 minit. #SPAD #RTS

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Shah telah memaklumkan bahawa perjalanan ke Singapura dengan menggunakan Sistem Transit Rapid (RTS) akan hanya mengambil masa selama 30 minit berbanding lebih sejam ketika ini. Tempoh singkat ini termasuklah proses pemeriksaan imigresen dan kastam oleh kedua - dua Negara.

Projek RTS yang menghubungkan Malaysia dari Stesen Bukit Chagar, Johor Bahru dengan Woodlands North, Singapura dijangka akan mula dibina pada tahun 2019 dan mula beroperasi pada akhir tahun 2024 dan ianya mampu mengurangkan kesesakan di Tambak Johor sehingga 15 peratus.

Ketika ini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tebrau Shuttle, hanya berkeupayaan membawa 300 penumpang sejam dan apabila RTS mula beroperasi kelak ianya berkeupayaan membawa penumpang sehingga 10,000 penumpang sejam sehala atau 72,000 penumpang sehari. 

Mohd Azharuddin Mat Shah
Beliau menambah bahawa, kekerapan tren RTS ini adalah setiap 4 minit ketika waktu puncak dan 6 minit waktu biasa dengan jarak perjalanan sejauh 4 kilometer dan selepas 6 bulan RTS beroperasi, KTMB Tebrau Shuttle akan ditamatkan.

Mohd Azharuddin berkata demikian sewaktu sesi taklimat kepada pihak media sempena majlis menandatangani perjanjian dua hala memuktamadkan perlaksanaan projek RTS pada Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia - Singapura Ke-8 di Singapura.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan dakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong telah menyaksikan perjanjian ini, yang telah ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur merangkap Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan.

Pembinaan stesen RTS Bukit Chagar akan disepadukan sekali dengan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) dan hab pengangkutan termasuk 1,000 lot tempat kereta serta juga akan menempatkan CIQ Singapura. Ini secara tidak langsung membolehkan pemeriksaan kastam dan imigresen kedua – dua Negara dapat dilaksanakan sekali gus, ujar Mohd Azharuddin lagi.

Kemudahan ini juga membolehkan para penumpang yang bertolak ke Singapura dan penumpang dari Malaysia hanya perlu menjalani pemeriksaan kastan dan imigresen kedua dua Negara di satu stesen sahaja, begitu juga sebaliknya ketika mahu pulang, pemeriksaan dibuat di stesen Woodlands North.

Beliau juga turut menambah bahawa sememangnya menjadi hasrat untuk menyambung RTS dengan projek Keretapai Berkelajuan Tinggi (HSR) kelak iaitu sambungan dari laluan HSR dari Iskandar Puteri ke RTS di Bukit Chagar namun masih belum ada apa – apa perancangan yang khusus mengenainya ketika ini.
Sistem Transit Rapid (RTS) Singapura Hanya 30 minit. #SPAD #RTS Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 17 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...