Thursday, 4 January 2018

Portal #TheRakyat Senjata Ampuh Media Barisan Nasional - Liow Tiong Lai #MCA #BetterNation #KekalNajib

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga salah seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan bahawa, Portal the Rakyat yang diwujudkan mampu menangkis fitnah pembangkang menjelas PRU-14 nanti.


Keupayaan media media baru bakal menentukan PRU-14 yang dijangka sengit dan mencabar. Oleh itu portal theRakyat adalah medium terbaik kerajaan bagi menangkis fitnah dan pembohongan dengan memberi fakta dan gambaran yang betul dan tepat kepada rakyat, khususnya kepada para pengundi di Negara ini.

Presiden MCA itu berkata demikian sewaktu di temui selepas majlis pelancaran theRakyat oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Beliau turut memberitahu bahawa, disebabkan bahang PRU sudah mula terasa dan BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi saingan sengit kali ini, maka dengan kewujudan Portal theRakyat telah memberikan nafas baru kepada komponen BN sebagai satu wadah untuk memenangi hati rakyat pada PRU-14 kelak dan secara tidak langsung BN dapat memerangi segala fitnah serta pembohongan yang dikeluarkan dalam media sosial oleh pembangkang.

Manakala Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan juga menyatakan bahawa, Portal theRakyat yang memasukkan elemen bual bicara, infografik, video dan pelbagai lagi telah menjadikan ianya lebih segar dan berinteraktif. Ini secara tidak langsung ianya mampu menarik golongan muda dan pengundi baru untuk melayari portal ini untuk mendapatkan penjelasan dan sekali gus menangkis tomahan pembangkang. Apatah lagi semua maklumat boleh di perolehi dengan hanya satu klik dan dimana – mana sahaja seiring dengan perkembangan teknologi terkini, ujarnya lagi. 

Sementara itu, Presiden MIC juga turut menyifatkan Portal theRakyat sebagai unik kerana ianya memperlihatkan semangat perpaduan dan setiakwan yang utuh diantara pemimpin – pemimpin BN selain menjadi medan penyaluran dasar kerajaan dalam pembangunan rakyat dan nescaya Portal theRakyat ini akan menjadi suara keramat BN menjelang PRU-14 nanti dan beliau percaya ianya juga akan terus mendampingi rakyat selepas PRU-14, tambahnya lagi.

Oleh itu, MIC akan menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk meyakinkan rakyat terutamanya masyarkat India tentang keiklhasan BN dan MIC dalam memperjuangkan nasib komuniti ini.

Tan Sri M.Kayveas yang juga Presiden myPPP turut sependapat dengan Presiden MIC, beliau menyatakan juga bahawa Portal theRakyat akan digunakan secara maksimum untuk menyalurkan segala perkara yang berfakta, tepat dan terkini kerana ianya adalah satu platform yang kuat dan utuh dan terbaik pernah diwujudkan oleh BN bagi menghadapi PRU-14.

Lanskap politik tanahair nyata telah berubah dengan kewujudan dan penyebaran pelbagai bentuk media sosial di dalam dunia maya dan ianya telah mengakibatkan pembangkang berjaya meracuni fikiran rakyat dengan berita yang tidak sahih. Maka dengan adanya Portal theRakyat ianya akan digunakan dengan sebaik – baiknya oleh myPPP untuk menyumbang maklumat yang menjurus kepada kebajikan dan pembangunan rakyat.
Portal #TheRakyat Senjata Ampuh Media Barisan Nasional - Liow Tiong Lai #MCA #BetterNation #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 4 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...