Tuesday, 2 January 2018

Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti DAP Tidak Sah - G.Asoghan #DAP #PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14

G.Asoghan yang juga merupakan bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, telah mendesak agar Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti DAP diadakan semula kerana tidak mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Pemilihan CEC baru – baru ini yang dikendaliakn oleh sebuah firma audit bebas iaitu Grant Thornton di katakan tidak mengikut syarat yang dikemukakan oleh RoS termasuk tidak mempamirkan senarai penuh perwakilan yang layak mengundi beserta nombor kad pengenalan mereka dalam pebagai bahasa.

Selain daripada itu berlakunya manupulasi terhadap kertas undi dimana kertas undi tidak mempunyai nombor siri selain proses kiraan undi yang dibuat secara tertutup tanpa pemerhatian dan wakil calon. 

G.Asoghan
Asoghan juga mendakwa, seramai 15 orang perwakilan dan anggota DAP telah memberi surat aduan kepada RoS berkenaan perjalanan semula CEC yang diadakan pada 12 November lalu dan mereka mendesak agar RoS mengambil perhatian yang serius berkenaan perkara ini kerana mereka mahukan pemilihan yang bersih.

Dalam perkara yang sama mereka mendakwa bahawa kertas undi hanya bertulis dengan nombor dan bukan nama calon ini memudahkan mereka mengubah suai kertas undi dengan menukar nombor tersebut sebagai contoh, nombor 1 boleh ditukar kepada 11 atau 21.

RoS telah mengarahkan agar CEC diadakan semula ekoran jabatan ini belum menerima dan tidak mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.

Untuk rekod, Lim Kit Siang dan lim Guan Eng kekal menganggotai CEC selepas mendapat undi terbanyak pada pemilihan 12 November lepas. Masing – masing memperolehi undi sebanyak 1,199 dan 1,180 undi. Guan Eng terus kekal sebagai setiausaha agung parti DAP.

Asoghan juga telah menggesa Guan Eng untuk menjelaskan akan keputusan mereka memilih Grant Thornton yang berpengkalan di Amerika Syarikat sebagai juru audit bebas meskipun ianya tidak dipersetujui oleh akar umbi parti tersebut dan penggunaan logo Roket untuk bertanding dalam PRU akan datang juga turut dipersoalkan kerana sehingga kini RoS belum mengesahkan pemilihan semula CEC parti itu.
Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti DAP Tidak Sah - G.Asoghan #DAP #PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14 Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 2 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...