Wednesday, 10 January 2018

Najib Atasi Banyak Kelemahan Pentadbiran Lalu - Annuar Musa #KekalNajib #TSAM #BetterNation

Gaya tersendiri dalam mencorak pentadbiran Negara yang menggabungkan idea, pemikiran serta dasar dasar yang baik yang dipelajari melalui pengalamannya ketika menjadi menteri kabinet sewakt era pentadbiran Mahathir serta Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas memperlihatkan sisi berbeza selaku pemimpin nombor satu Negara. 

Tidak hairanlah Datuk Seri Najib nampak kekuatan dan kelemahan pentadbiran kerajaan yang perlu diperbaiki memandangkan beliau telah lama berkhidmat dalam kabinet dan pernah juga bekerja dengan Mahathir. Perkara ini di nyatakan olah Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa selaku panel dalam program mingguan, “Anda Tanya Kami Jawab”, anjuran UMNO online dan Penerangan UMNO Malaysia. 

Datuk Seri Najib juga berfikiran seperti Mahathir, di mana sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri, bagi memperlihatkan Malaysia sebagai Negara maju, maka terbina lah menara berkembar KLCC. Manakala di era kepimpinan Datuk Seri Najib pula, beliau mencadangkan agar sebuah lagi menara perlu dibina bagi disesuaikan dengan zaman era kemodenan dan kemajuan terkini. Maka lahirlah idea untuk membina sebuah lagi menara ikonik yang dipanggil Menara Wawasan, ujar Annuar lagi.

Apa yang membezakan di antara kedua pemimpin ini ialah pendekatan yang digunakan ternyata berbeza tidak meniru dan ada cara tersendiri.

Sebagaiamana yang diketahui cara atau pendekatan Mahathir berbeza dan sebagai contoh dalam kaedah perlaksanaan pembinaan menara berkembar KLCC yang mana ideanya tidak dikongsi atau di bawa berbincang bersama dengan Jemaah menteri. Apa yang berlaku sewaktu mesyuarat kabinet pada waktu tersebut ialah kehadiran secara mengejut satu rombongan yang memperlihatkan model menara berkembar KLCC. 

Situasi ini amat mengejutkan Jemaah menteri yang sedang bermesyuarat pada ketika itu kerana tiada perbincangan berkenaan hal ini malah kertas kerja cadangan pembinaan menara berkembar KLCC juga tidak pernah ada untuk dibincangkan dan apa yang terjadi selepas itu ialah, kesemua tenaga kerja dan pakar bagi pembinaan menara berkembar KLCC datangnya dari luar negeri. Tambah Annuar lagi. 

Annuar menyatakan pula bahawa, pendekatan Datuk Seri Najib ternyata berbeza. Selaian berbincang dengan Jemaah menteri, beliau juga lebih mengutamakan arkitek arkitek tempatan dalam merialisasikan pembinaan menara ikonik baru ini.

Dalam perkara yang melibatkan pinjaman wang dari Negara luar. Kaedah pinjaman ini juga berbeza untuk kedua dua pemimpin ini. Di mana di zaman Mahathir, Negara kita telah membuat pinjaman wang dari Negara Jepun bagi membiayai projek – projek mega, seperti Empangan Kenyir, penyaluran air dari Pahang ke Selangor dan lain – lain lagi. Malah Mahathir telah memaklumkan pinjaman di zamannya amat rendah kadar faedahnya berbanding dengan zaman Dato Seri Najib.

Memang tidak dinafikan kadar faedahnya amat rendah, tetapi apa yang rakyat tidak tahu, kaedah pinjaman tersebut dibuat berdasarkan matawang Yen dan setelah matawang tersebut ditukar ke matawang kita, maka perbezaanya hampir empat ke lima kali ganda daripada jumlah hutang dan ianya terpaksa dibayar oleh kerajaan.

Namun setelah Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengubah kaedah ini kepada kaedah yang lebih baik. Oleh itu kini, setiap kali pinjaman wang dari Negara luar dibuat, beliau akan mempastikan pinjaman tersebut hendaklah dibuat dalam matawang ringgit dan hamper 95 peratus pinjaman Negara adalah berdasarkan kepada matawang kita dan bukannya matawang asing. 

Manakala dalam isu subsidi juga memperlihatkan perbezaan dalam pendekatan diantara keduanya. Di zaman Mahathir banyak diperkenalkan subsidi namun ianya tidak telus dan bocor merata rata kerana tidak ada perancangan yang cekap dalam soal pengagihan subsidi. Lantaran itu apabila Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, maka beliau telah merialisasikan semula subsidi. Konsep subsidi dikekalkan tetapi ianya ditukarkan kepada subsidi bersasar. Contohnya subsidi BR1M akan dapat terus kepada golongan sasar.

Annuar juga memaklumkan bahawa apa yang cuba beliau jelaskan adalah, Datuk Seri Najib pada masa kini sedang dan telah cuba untuk mengubah mana mana kelemahan yagn ada di dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.

Yang jelas dan nyata kini, perubahan yang sedang dan telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib pada masa kini adalah satu nilai tambah yang lebih baik berbanding dengan kepimpinan Mahathir dulu dan caranya lebih sesuai dengan keadaan semasa. 

Kesimpulannya, pendekatan dan cara pentadbiran Datuk Seri Najib ketika ini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan dengan zaman Mahathir dulu.
Najib Atasi Banyak Kelemahan Pentadbiran Lalu - Annuar Musa #KekalNajib #TSAM #BetterNation Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 10 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...