Wednesday, 3 January 2018

MCA Dan Gerakan Teguh Dalam Barisan Nasional #MCA #KekalNajib #BetterNation

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan rakan sejawatnya dari Gerakan Datuk Liang Teck Meng telah menyatakan bahawa Perhimpunan MCA-Gerakan Teguh Bersama yang diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA adalah bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerja antara kedua – dua parti kompenan Barisan Nasional ini. Ianya juga untuk menzahirkan komitmen dan tekad dalam persiapan bersama bagi menghadapi Pilihan Raya ke-14 serta menampilkan pencapaian masing – masing.


Kehadiran peserta lebih dari 2000 orang terdiri daripada pemimpin pusat, negeri dan tempatan dari kedua – dua parti telah mencerminkan kejayaan perhimpunan ini. 

Kebersamaan dan mempunyai pengalaman kerjasama yang lama di bawah struktur BN adalah satu kelebihan dalam menegakkan tadbir urus kesederhanaan di dalam negara yang berbilang bangsa sebagaimana Malaysia.

MCA dan Gerakan masing – masing mendukung misi memerangi pelampau agama dan melindungi hak – hak bukan islam. Kesannya sangat efektif dari usahasama kedua parti sebelum ini.

Ong telah memaklumkan bahawa bermula dua bulan lepas lima perbincangan telah diadakan yang dipimpin oleh Presiden parti masing – masing. Dimana MCA telah dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai manakala Gerakan pula dipimpin oleh Presidennya iaitu Datuk Seri Mah Siew Keong. 


Hasilnya mereka telah mencapai kesepakatan yang baik. Strategi telah dirangka tentang bagaimana untuk mengukuhkan hak dan peluang masyarkat Cina. Selain daripada itu juga adalah untuk mempastikan mereka memainkan peranan yang lebih besar dalam Wawasan Negara kearah pembangunan dan maju.

Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk menyatukan semua masyarakat di Malaysia selain dari menyatukan komuniti masyarkat Cina dan sebagai langkah permulaan, maka MCA dan Gerakan bersedia menjadi contoh melalui kerjasama dengan mengadakan perhimpunan “MCA-Gerakan Teguh Bersama”, ujar Ong lagi.
MCA Dan Gerakan Teguh Dalam Barisan Nasional #MCA #KekalNajib #BetterNation Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 3 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...