Monday, 22 January 2018

"Mahathirisme" Perspektif MCA #MCA

Dato’ Sri Ti Lian Ker yang juga ahli jawatankuasa Pusat MCA telah mengeluarkan kenyataan medianya terhadap pemimpin DAP dan PKR berkaitan dengan “kepulangan Mahathirisme” kekancah politik Negara.

Dato’ Sri Ti Lian Ker telah menyatakan bahawa Refromasi kini sudah bertukar kepada “Reformati” iaitu bagi melambangkan pergerakan reformasi Anwar Ibrahim kini yang telah pun mati. Begitu juga DAP yang diterajui oleh Lim Kit Siang, juga terbujur layu seiring dengan “matinya” gerakan reformasi. Kalau dahulu gerakan reformasi yang juga di sertai oleh DAP dilihat begitu bersungguh – sungguh untuk menjatuhkan Mahathir sebagai Perdana Menteri. Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan gerakan mereka ini seperti; Mahathir memerintah dengan kuku besi, mengamalkan kronisme, tamak dengan projek – projek mega, mengamalkan rasuh dan salahguna kuasa yang membebankan rakyat dan Negara.

Sementara itu DAP pula dengan lantang dan penuh provokasi memperjuangkan prinsip perjuangan mereka untuk sebuah Negara demokrasi sosialis berteraskan kepada prinsip sama rata, hak asasi dan keadilan social atas nama Malaysian Malaysia. Tempelaknya lagi.

Dato’ Sri Ti Lian Ker juga menyatakan bahawa beliau amat hairan kerana kedua – dua puak ini telah menghasut rakyat dari semua lapisan untuk turut sama berjuang dengan mereka, sehingga mereka sanggup menggadai nyawa, sumber dan tenaga tanpa kira masa dan keadaan semata – mata untuk menjatuhkan Mahathir, yang didakwa oleh mereka merupakan Perdana Menteri yang paling kejam, raja segala rasuah dan akan memufliskan Negara dengan penyalahgunaan kuasa mutlaknya.

Pemerintahan Mahathirisme yang sinonim dengan segala macam kezaliman, kekejaman dan ketidakadilan telah ditentang dari segenap pihak oleh golongan reformis yang diketuai oleh Anwar Ibrahim atas nama gerakan Reformasi. Apatah lagi ianya di tunjangi dari golongan muda yang inginkan perubahan. Ramai dari mereka yang mendapat pendidikan agama, yang berdakwah dan percaya pada nilai – nilai dan dahagakan nilai – nilai suci tidak sanggup melihat Negara ini terus diterajui oleh Perdana Menteri yang bernama Tun Dr Mahathir. Tambah beliau lagi.

Manakala Lim Kit Siang dan DAP secara lantang menuduh, menghina dan menyalahkan MCA sebagai parti yang berdosa pada orang cina dan etnik – etnik lain kerana menggadaikan hak mereka apatah lagi MCA bersetuju dengan kesitimewaan orang melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak. Ini amat kontradik dengan DAP kerana mereka sememangnya dari awal penubuhannya lagi telah mempersoalkan hak – hak kesitimewaan orang Melayu dan kedudukan rasmi agama islam yang telah termaktub dalam perlembagaan. 

DAP secara konsisten menekan dan memperlekehkan serta menuduh MCA mengorbankan hak kesamarataan yang diperjuangkan oleh DAP. Sifat dan sikap melampau mereka ini bermula beberapa dekad dahulu lagi, sejak kemerdekaan dan terutamanya semasa pemerintahan Mahathir. MCA juga dituduh sebagai parti pencacai sewaktu zaman Mahathir memerintah yang bermatlamatkan kononnya hanya untuk menjawat jawatan Menteri, sehingga tidak mempedulikan hak kesamarataan orang cina dan kaum lain dengan orang Melayu.

Menurut Dato’ Sri Ti Lian Ker lagi, kekebalan DAP di kawasan majoriti cina kerana eksploitasi emosi perkauman yang melampau dan DAP terus relevan sebagai parti politik yang menjadi parasit keatas sentimen perkauman (terutamanya kepada masyarakat cina). DAP menjadikan kawasan majoriti Cina sebagai sasaran kubu politik mereka. Sentimen perkaum dan chauvinisme mereka begitu tebal seklai sehinggakan DAP boleh meletakkan sesiapa sahaja sebagai calon mereka tanpa profil atau sumbangan politik dan DAP akan tetap menang dan senang di kawasan itu.

Ironinya, kini segalanya menjadi nyata dan hati serta niat hati sebenar pemimpin – pemimpin ini terbongkar. Hakikatnya kedua – dua pemimpin ini bermain politik kotor dan penuh muslihat. Mereka dengan ketara dan jelas hanya mempermainkan penyokong – penyokong mereka semata – mata. Laungan dan tempikan keramat mereka terdahulu hanyalah satu helah perjuangan dan penipuan politik. Prinsip – prinsip perjuangan mereka adalah semata – mata hanya untuk menggerakkan naluri, imiginasi dan emosi penyokong mereka yang telah sekian lama menjadi boneka politik yang boleh dikorbankan bila perlu. 

Kedua pemimpin yang bermuka – muka ini iaitu Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah bersepakat dan bersetuju untuk mengembalikan jawatan Perdana Menteri kepada Mahathir sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum ke -14. Keputusan keduanya ini telah menghampakan para penyokong “hard core” mereka, kerana telah menghancurkan kepercayaan dan perjunangan mereka terdahulu.

Mahathirisme untuk sekali lagi kembali bermaharajalela dan, jari kukunya telah mula menular dan mencakar dengan mainan “manoeuvre” atau manipulasi politik dalam parti PPBM. Mahathirisme kembali “menghantui” dan yang kelakarnya bukan lagi dalam parti UMNO tetapi kini dalam gabungan Pakatan Harapan yang mana penyokong – penyokong DAP dan PKR ditelan bulat – bulat.

Bermula dengan penubuhan parti PPBM, para penyokong-penyokong Muhyiddin Yassin telah beranggapan bahawa Presiden PPBM adalah “top dog”, mereka amat terkejut apabila Mahathir yang meletakkan diri sebagai Pengerusi PPBM, telah meminggirkan Presiden parti. Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PPBM Kamarulazman Habibur Rahman telah mengatakan bahawa Mahathir telah berjaya merampas kuasa dari Muhyiddin Yassin yang telah dijadikan “pawn” yang boleh dikorbankan dalam percaturan politik Mahathir. Selepas itu satu demi satu pemimpin yang percaya dan meletakkan harapan mereka pada Muhyiddin telah meninggalkan parti kerana tidak boleh menerima kenyataan kembalinya Mahathirisme. 

Hari ini dan tidak boleh di sangkal lagi sememangnya maruah PKR dan DAP telah berkecai kerana mereka tanpa segan dan silu telah memeluk kembali Mahathirisme dengan menjadikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka. Inilah rupanya prinsip perjuangan pemimpin Reformasi dan Malaysian Malaysia ketika ini.

Diakhir kenyataan medianya, Dato’ sri Ti Lian Ker telah menujukan satu peribahasa Cina kepada kesemua penyokong – penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang selama ini telah ditipu berdekad lamanya;

路遥知马力,日久见人心 lù yáo zhī mǎ lì,rì jiǔ jiàn rén xīn

Yang bermaksud; jarak perjalanan akan menentukan kekuatan seekor kuda, manakala masa pula akan membongkar keikhlasan seseorang pemimpin kita.
"Mahathirisme" Perspektif MCA #MCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 22 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...