Sunday, 7 January 2018

Komponen BN Akan Pastikan Kemenangan Lebih Besar PRU14 #PRU14 #MCA

Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai telah memaklumkan bahawa MCA dan Gerakan akan meraih undi pada PRU14 berdasarkan kepada komiymen padu mereka untuk berkhidmat kepada rakyat. Perkara ini dinyatakan sewaktu sidang media selepas program Perhimpunan Teguh Bersama diantara parti MCA dan Gerakan di Wisma MCA.


MCA dan Gerakan juga berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan sama sebagaimana sebelum ini selain beriltizam untuk meraih keputuan terbaik pada Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14). Kesilapan besar yang lalu telah membrikan satu pengajaran yang berguna kepada MCA dan Gerakan. 

Liow juga menyatakan, perhimpunan kedua dua parti komponen ini merupakan satu sejarah kerana para peserta bersemangat tinggi dan jelas memberikan satu wajaran kepada rakyat dan berharap agar rakyat melihat dan menilai akan kesungguhan kedua parti ini dalam memperjuangan nasib rakyat dan masa depan Negara.

Menjelang PRU14, kedua – dua parti akan melancarkan jerayawara Visi Nasional di seluruh Negara bagi menyebarkan maklumat kepada akar umbi kerana ianya penting untuk rakyat Malaysia kerana kedua – dua pati ini akan menonjolkan wawasan dan visi negara. Liow berpendapat ramai rakyat tidak faham dan tidak tahu negara mempunyai visi yang cukup baik dan program ini adalah untuk memahamkan rakyat khususnya kepada masyarkat cina, ujarnya lagi.

Untuk rekod, pada PRU13, MCA hanya memenangi 7 kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU 2008. Pada PRU13, MCA bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri.
Komponen BN Akan Pastikan Kemenangan Lebih Besar PRU14 #PRU14 #MCA Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 7 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...