Thursday, 4 January 2018

Kit Siang Sebagai Perdana Menteri Jika Pakatan Memerintah?! #KekalNajib #TolakPakatan #BetterNation

Pakatan Ketum (PK) adalah gelaran yang lebih sesuai dan layak dari nama Pakatan Harapan kerana apa yang dilaksanakan oleh mereka hanya bersifat sementara. Perkara yang paling menjadi kelakar adalah mengenai calon Perdana Menteri. Peringkat awal nama Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dipersetujui sebulat suara untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sementara, sebelum digantikan oleh Anwar Ibrahim. Tetapi kini nama Mahathir Mohamad pula sebagai Perdana Menteri Sementara manakala Wan Azizah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Perancangan ini semuanya adalah bersifat sementara sehinggalah Anwar dibebaskan. Memang sesuai dengan nama Pakatan Sementara sebab semuanya sementara. 

Yang menjadi “Lebai Malang” adalah Muhyidin Yassin. Kesemua jawatan tertinggi samada Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri tiada namanya untuk dicadangkan berbeza ketika beliau berada di dalam UMNO.

Skrip Pakatan Sementara itu sebenarnya telah di tulis oleh Pemimpin Diktator parti DAP, Lim Kit Siang. Ini disebabkan jawatan Perdana Menteri itu adalah idaman dan cita – cita utamanya meskipun beliau menafikan. Hal ini didedahkan sendiri oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat kerana selaku ahli parti DAP sebelum ini, memang acap kali dia dan ahli – ahli DAP yang lain mendengar Kit Siang meletakkan harapan mahu mengetuai negara semenjak dulu lagi.

Beng Huat melahirkan rasa bimbang atas hal ini kerana sekiranya Kit Siang berjaya dalam mencapai impiannya maka pemerintahan bersifat diktator akan dilaksanakan oleh beliau. Kit Siang terkenal dengan karektornya sebagai seorang yang tidak bertolak ansur. Perkara ini jelas berlaku sebagaimana mereka yang menentang anaknnya Lim Guan Eng.

Dalam hal ini, tidak kedengaran Tan disaman oleh Kit Siang, malah pada 31 Disember lalu Lim Guan Eng enggan mengulas cadangan untuk mencalonkan Mahathir Sebagai calon Perdana Menteri sementara Pakatan Pembangkang. Ini secara tidak langsung telah menimbulkan spekulasi dalam hal yang berkenaan.

Tunku Abdul Aziz Tungku Ibrahim yang juga merupakan bekas Pengarusi DAP juga mencabar Kit Siang agar menjawab tuduhannya yang mendakwa bahawa beliau memang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri dan untuk mengukuhkan lagi dakwaan, sebab itu beliau enggan melepaskan jawatan tertinggi dalam DAP supaya dapat terus mengwal parti tersebut.

Manakala dalam isu GST, jelas pembangkang hanya bersifat sementara sahaja. Mereka tidak pernah menamakan cukai yang bakal digantikan setelah memansuhkan cukai GST sekiranya mereka memerintah kelak dan ironinya betul ke agaknya pembangkang mahu memansuhkan GST?, kerana dulu mereka kata akan melaksanakan sifar GST. Hakikatnya, memang mereka hanya menabur janji sementara untuk meraih undi. 


Dalam pembentangan bajet alternatif pakatan berkenaan pada 2017 lalu, Pakatan Harapan bercadang untuk menghapuskan tol. Yang hebatnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berbanding dengan PH adalah dalam perlaksanaan janjinya berbanding menabur janji sebagaimana PH yang mencadangkan untuk menghapuskan tol tetapi kerajaan Barisan Nasional telah pun menghapuskan tol

Sebagaimana yang telah diumumkan di dalam inisiatif Belanjawan 2018, berkuatkuasa 1 Januari, 4 plaza tol akan menghentikan kutipannya. Plaza tol – tol tersebut ialah, Batu Tiga dan Sungai Rasau di Shah Alam, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) di johor Bahru. 

Barisan Nasional dibawah pentadbiran Najib telah mengotakan apa yang dijanjikan bukannya bersifat sementara sebaliknya ianya bersifat kekal. Negeri – negeri yang diperintah PH selepas PRU12 kesemuanya bersifat sementara. Contohnya seperti di negeri Pulau Pinang, kerjasama DAP dengan PAS hanya sementara, selepas mendapat kuasa DAP terus menendang PAS keluar. Begitu juga di negeri Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim hanya menjadi Menteri Besar sementara yang mana akhirnya ditendang keluar dan digantikan dengan Azmin Ali

Gandingan “kerjasama” PAS, DAP dan PKR di Selangor ketika ini juga bersifat sementara kerana diyakini selepas PRU14 nanti nasib PAS akan menjadi seperti di negeri Pulau Pinang. Apakah tiada konflik yang bakal berlaku kelak di Putrajaya sekiranya PH memerintah?. Mana mungkin PKR dan DAP hanya melihat sahaja tanpa berbuat apa – apa. Nescaya satu pergaduhan besar akan berlaku dan seterusnya negara akan menjadi tidak stabil.

Mustahil DAP hanya membiarkan sahaja kerana mereka mempunyai kerusi yang banyak di parlimen. Mereka tetap mahukan Kit Siang menjadi Perdana Menteri. Sejarah membuktikan, pakatan pembangkang yang sebegini coraknya tidak akan kekal lama kerana nescaya akan berlaku pertelingkahan dan pergaduhan sesama mereka. 

Oleh itu, pilihlah parti yang boleh menjamin keselesaan yang berkekalan dan bukannya yang bersifat sementara sebagaimana Pakatan Harapan.
Kit Siang Sebagai Perdana Menteri Jika Pakatan Memerintah?! #KekalNajib #TolakPakatan #BetterNation Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 4 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...