Monday, 1 January 2018

Chong Sin Woon Calon BN Di Seremban #MCA #TolakPakatanPRU14

Senator Datuk Chong Sin Woon yang juga selaku Ketua Pemuda MCA bakal menjadi calon untuk MCA bagi kerusi Parlimen Seremban pada PRu-14 kelak. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Presiden parti MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pemilihan beliau Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan kerana gerak kerja beliau yang baik serta mempunyai komitmen yang tinggi dalam memberi khidmat kepada penduduk Seremban. Apatah lagi Chong mempunyai keperibadian yang popular dalam kalangan penduduk setempat dan beliau juga sangat dinamik.



Presiden MCA itu yang melakukan lawatan ke Pasar Besar Seremban yang turut disertai oleh Pengerusi MCA Negeri Sembilan iaitu Datuk Seri King Lim Chin Fui telah menyeru penduduk di Seremban untuk memberikan sokongan kepada calon MCA ini kerana perwakilan kaum cina amat diperlukan di dalam kerajaan bagi memberikan khidmat berterusan khususnya kepada masyarakat cina. Liow turut mengingatkan kepada pengundi cina agar jangan mudah terpedaya dengan racun emosi yang acapkali digunakan oleh pembangkang untuk meraih undi. 

Bagi menghadapi PRU-14 pula, MCA telah pun menghantar senarai pendek calon - calonnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Barisan Nasional. 

Pada masa yang sama juga, MCA berterima kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan yang sentiasa menjaga kebajikan kaum cina meskipun kaum itu tiada dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Sementara itu, Chong mengucapkan terima kasih kepada MCA atas pemilihannya dan beliau berjanji akan melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab serta komitmen yang tinggi dan telah menyeru kepada pengundi Seremban agar memberi peluang kepadanya untuk membawa suara Seremban ke dalam Parlimen kerana sebelum ini tidak banyak isu isu Seremban yang di bawa masuk ke Parlimen.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Seremban kini adalah dari parti DAP dimana Anthony Loke Siew Fook adalah penyandangnya dengan menewaskan calon MCA, Datuk Dr Yeow Chai Thiam (mendiang) dan 3 calon Bebas pada PRU-13 yang lalu.
Chong Sin Woon Calon BN Di Seremban #MCA #TolakPakatanPRU14 Daeng Selili Rating: 5 Monday, 1 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...