Thursday, 18 January 2018

Bas Elektrik Akan Membawa Perkhidmatan Bas Berhenti-henti Ke Era Baru #SPAD

Perkhidmatan bas henti – henti di Terengganu telah dipertingkatkan perkhidmatannya. Ini kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menandatangani kontrak perkhidmatan bas henti – henti dengan MARA Liner Sdn Bhd. Peristiwa bersejarah ini menandakan ketibaan perkhidmatan myBas Kuala Terengganu di bawah Program Trasnformasi Perkhidmatan Bas Berhenti – henti (Stage Bus Service Transformation atau SBST).

Majlis menandatangani kontrak yang penuh bersejarah ini telah disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri. Pihak SPAD telah di wakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, iaitu Encik Mohd Azharuddin bin Mat Shah dan pihak MARA Liner Sdn Bhd pula diwakili oleh Pegawai Operasi MARA Liner Sdn Bhd iaitu Encik Zahrail Affendy bin Mohamed.


Penduduk Terengganu dan sekitarnya akan menikmati perkhidmatan yang boleh diyakini dari 30 buah bas yang baru. Ianya bakal diperkenalkan secara berperingkat – peringkat kelak, dimana program myBas Kuala Terengganu akan menawarkan perkhidmatan yang merangkumi 7 laluan utama (trunk route) dan satu laluan pengantara (feeder), dengan jumlah jarak keseluruhan meliputi 235.9km.

Dato’ Seri Nancy telah memberitahu bahawa, Kuala Terengganu bakal menjadi Bandar pertama yang menerima myBas elektrik dibawah program SBST, yanag mana 30% adalah bas elektrik. Pengenalan bas elektrik ini amat baik bagi alam sekitar kerana ianya mempunyai impak yang rendah terhadap persekitaran dan langkah yang positiif ini adalah selari dengan wawasan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan perkhidmatan bas yang boleh dipercayai dan mampan.

Pada tahun 2015, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan SBST di tiga buah ibu negeri yang bertujuan untuk memperbaiki akses di kawasan – kawasan di mana perkhidmatan bas berhenti – henti masih penting. Kuala Terengganu adalah Bandar keempat dan pertama seumpamanya di Pantai timur myBas diperkenalkan di bawah program SBST.

Kebajikan pengguna adalah perkara asas dalam perlaksanaan program myBas ini. Pihak SPAD selaku pihak yang berkuasa, akan bertanggungjawab bagi merancang kawasan liputan, kos operasi dan juga akan menerima semua kutipan tambang. Manakala pihak pengendali perkhidmatan ini pula akan dibayar dengan kadar yang berasaskan setiap kilometer perjalanan setiap bas, dan mereka perlu patuh terhadap mutu perkhidmatan yang telah dipersetujui bersama.

Program SBST diwujudkan adalah untuk nilai jangka masa panjang bagi perkhidmatan bas berhenti – henti. Perkhidmatannya yang lebih kepada “perkhidmatan masyarakat” terhadap sesuatu kawasan. Ini secara tidak langsung dapat membangunkan satu perkhidmatan bas yang lebih selamat dan boleh diharapkan dikawasan yang tidak memuaskan sebelum ini.

Untuk rekod, perkhidmatan myBas di Kangar, Seremban dan Ipoh telah merekodkan jumlah penumpang kumulatif sebanyak 9.3 juta (atau 400,000 penumpang sebulan dengan beroperasi di 51 laluan merentasi 1,434km.

Ketua Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin bin Mat Shah telah memaklumkan bahawa, SPAD amat berharap program perkhidmatan ini akan mendapat sambutan yang hangat selepas mereka merasai sendiri keselesaan dan kecekapan myBAS khususnya kepada warga Kuala Terengganu yang akan mencuba perkhidmatan ini kelak.
Bas Elektrik Akan Membawa Perkhidmatan Bas Berhenti-henti Ke Era Baru #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 18 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...