Friday, 26 January 2018

Barisan Nasional Lebih Baik Di Sosial Media - Ross Tapsell #KekalNajib #TSAM #BetterNation #PakatanProDAP

Kajian dan penyelidikan tahap penggunaan media social sebagai satu platform untuk meraih sokongan terhadap parti – parti politik di Malaysia, telah menarik minat pakar antarabangsa dalam menentukan parti manakah yang paling kehadapan dan komprehensif untuk menyampaikan mesejnya dikalangan pengguna dalam talian.

Dr Ross Tapsell yang juga merupakan Pengarah Institut Malaysia Universiti Kebangsaan Australia, dalam satu forum “Media dan politik baru di Asia Tenggara” di Universiti Sunway, Petaling Jaya telah menyatakan bahawa pengaruh Barisan Nasional (BN) kini telah bertambah baik dalam media sosial berbanding pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH). Ini disebabkan pembangkang gagal menaikan tahap sokongan dalam talian. Pada Pilihan Raya Umum 2013 mereka kelihatan agak kehadapan berbanding BN namun senario kini adalah sebaliknya.

Tapsell yang membuat penyelidikan berkenaan pengkhususan penggunaan media digital di Asia Tenggara juga memaklumkan bahawa, dalam penyelidikan penggunaan media sosial oleh BN dan PH jelas memperlihatkan BN melaksanakan kerja – kerja yang jauh lebih profesional dan beretika.

Penggunaan media baru ini membuktikan ianya adalah antara faktor penting terhadap keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013. Hal ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Kaedah “Perang Siber” telah berjaya digunakan dan dimanupulasi sepenuhnya oleh pembangkang untuk “menewaskan BN” termasuklah pada PRU 2008 yang boleh di katakan sebagai “pilihan raya media sosial pertama” dan sejarah tercipta pada PRU-12 dimana buat pertama kali BN gagal membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen semenjak kemerdekaan Malaysia dan kegagalan ini diteruskan pada PRU-13 meskipun BN berjaya membentuk kerajaan.

Namun dengan langkah yang lebih proaktif, komprehensif, penyusunan strategi yang ampuh di samping mengoptimumkan keberkesanan penggunaan media sosial serta perlantikan indvidu yang vocal dan lantang (dalam talian) selaku “Panglima Perang Media Sosial” maka kini, ianya jelas memperlihatkan BN lebih baik dan berkesan dalam strategi “peperangannya”. BN telah belajar daripada kesilapannya dan kini mengiktiraf kepentingan media sosial untuk kempen politik mereka berbandig pada tahun 2013 kerana pada waktu itu BN kuran yakin akan keberkesanan penggunaan media baru berbanding sekarang, ujar Tapsell lagi.

Tapsell juga memuji pemimpin BN seperti Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Dimana beliau telah memainkan peranannya yang cukup efektif dan berkesan dalam siri – siri ucapannya, serta program – program atau wacana – wacana politiknya yang juga telah ditularkan di media sosial sebagai medium komunikasi yang berkesan. Ucapannya yang penuh bersemangat, penerangannya yang jelas serta berfakta, tidak gentar dengan tohmahan pembangkang dan beretika dalam membalas isu – isu yang “di lambung” oleh pembangkang. Ini secara tidak langsung menambah keyakinan BN dalam memenangi “perang siber” dan seterusnya mempastikan BN akan kembali menang dengan majoriti dua pertiga dalam PRU-14 kelak.

Tidak dinafikan juga peranan yang dimainkan oleh Tun Faisal Ismail Aziz selaku Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Beliau tidak kurang hebat dan juga cukup lantang bersuara di dalam media social bagi memperjelas dan mempertahankan sesuatu isu yang di suarakan oleh pihak pembangkang, ujar Tapsell lagi.
Barisan Nasional Lebih Baik Di Sosial Media - Ross Tapsell #KekalNajib #TSAM #BetterNation #PakatanProDAP Daeng Selili Rating: 5 Friday, 26 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...