Saturday, 27 January 2018

Annuar Musa Jadi Tukang Lelong Jualan Amal. #TSAM #TolakPakatan #PakatanProDAP

Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah menjadi jurulelong sempena jualan murah di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK). Kehandiran kira kira 10,000 rakyat untuk mengambil peluang membeli barangan dapur jelas ianya memperlihatkan program ini telah mendapat sambutan yang amat baik apatah lagi bila pemimpin kesayangan mereka menjadi jurujual maka rakyat berebut – rebut untuk mengambil kesempatan mahu membeli dengannya. 

10 Pemborong dan pengusaha yang membabitkan lebih 30 barangan seperti daging lembu, ayam, bawang, milo, minuman botol dan minyak serta gula dijual dengan harga 10 peratus lebih murah. Acara jualan ini berlangsung seawal jam 8 pagi.

Menurut Annuar, Program ini diadakan kerana untuk menandakan keperihatinan kerajaan dalam memahami kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Beliau juga memklumkan juga bahawa program ini akan diteruskan pada setiap jumaat minggu kedua, ketiga dan keempat dengan tiga lokasi berbeza iaitu di YKK, Dataran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Kok Lanas dan Dataran Guchil, Kadok Dalam.

Sekiranya pengusaha tempatan sanggup turunkan dengan harga yang lebih murah, maka mereka ini akan diberi peluang untuk turut serta dalam program ini kerana ianya secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha dan perniaga tempatan serta dapat mempelbagaikan jenis barangan yang hendak dijual dan ini sebenarnya adalah sebahagian dari rancangan untuk menambah baik bagi program yang sedia ada, tambah Annuar lagi.

Tans Sri ANNUAR (tengah) menyertai acara jualan sempena Program Jualan Istimewa Pusat Khidmat Amal dan Aktiviti Masyarakat Ketereh (KHADAM) di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat, Kota Bharu. - Foto Nor Amalina Alias / Berita Harian

Salah seorang pengunjug yang ditemui dalam Program Jualan Istimewa Pusat Khidmat Amal dan Aktiviti Masyarakat Ketereh (KHADAM) Bantu Rakyat di YKK, Puan Sariah Yahya, berusia 60 tahun. Beliau yang tinggal di Kampung Padang Mokkan, Melur memaklumkan bahawa, beliau amat teruja kerana dapat membeli barangan dapur untuk stok sebulan terus dengan harga jauh lebih murah, kerana melalui jualan ini beliau dapat menjimatkan wang antara RM100 ke RM200 dengan membeli daging lembu, ayam, telur, bawang dan pelbagai barangan dapur bagi keperluan keluarganya seramai lima orang, malah beliau amat berharap agar program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Manakala En Kang Eng Siaw daripada Kampung Tokong pula memaklumkan bahawa, program jualan barangan harian ini ternyata harganya lebih murah berbanding dengan yang dijual di Pasar Ketereh atau Pasar Tani yang sememangnya telah pun murah dan ini secara tidak langsung dapat meringankan kos perbelanjaan rakyat dan beliau menyarankan program ini dapat dilaksanakan pada setiap minggu.


Annuar Musa Jadi Tukang Lelong Jualan Amal. #TSAM #TolakPakatan #PakatanProDAP Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 27 January 2018
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...