Tuesday, 30 January 2018

Sempena Thaipusam KTM Komuter Beroperasi 24 Jam #SPAD #KTMKomuter


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren KTM Komuter '24 jam', selama tiga hari dua malam bermula Selasa ini, sempena sambutan Thaipusam.


Ini adalah demi memberikan kemudahan yang selesa kepada rakyat khususnya yang datang dari luar Kuala Lumpur terutama yang beragama Hindu yang perlu hadir ke Batu Caves untuk perayaan ini.

Untuk mengurangkan kesesakan, di stesyen Batu Caves para pengguna dianjurkan untuk mengunakan kad prabayar (rujuk gambar atas) untuk menaiki tren di stesyen tersebut. Tindakan ini.

Selamat Menyambut Thaipusam!
Baca Seterusnya...

Saturday, 27 January 2018

Annuar Musa Jadi Tukang Lelong Jualan Amal. #TSAM #TolakPakatan #PakatanProDAP

Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah menjadi jurulelong sempena jualan murah di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK). Kehandiran kira kira 10,000 rakyat untuk mengambil peluang membeli barangan dapur jelas ianya memperlihatkan program ini telah mendapat sambutan yang amat baik apatah lagi bila pemimpin kesayangan mereka menjadi jurujual maka rakyat berebut – rebut untuk mengambil kesempatan mahu membeli dengannya. 

10 Pemborong dan pengusaha yang membabitkan lebih 30 barangan seperti daging lembu, ayam, bawang, milo, minuman botol dan minyak serta gula dijual dengan harga 10 peratus lebih murah. Acara jualan ini berlangsung seawal jam 8 pagi.

Menurut Annuar, Program ini diadakan kerana untuk menandakan keperihatinan kerajaan dalam memahami kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Beliau juga memklumkan juga bahawa program ini akan diteruskan pada setiap jumaat minggu kedua, ketiga dan keempat dengan tiga lokasi berbeza iaitu di YKK, Dataran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Kok Lanas dan Dataran Guchil, Kadok Dalam.

Sekiranya pengusaha tempatan sanggup turunkan dengan harga yang lebih murah, maka mereka ini akan diberi peluang untuk turut serta dalam program ini kerana ianya secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha dan perniaga tempatan serta dapat mempelbagaikan jenis barangan yang hendak dijual dan ini sebenarnya adalah sebahagian dari rancangan untuk menambah baik bagi program yang sedia ada, tambah Annuar lagi.

Tans Sri ANNUAR (tengah) menyertai acara jualan sempena Program Jualan Istimewa Pusat Khidmat Amal dan Aktiviti Masyarakat Ketereh (KHADAM) di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat, Kota Bharu. - Foto Nor Amalina Alias / Berita Harian

Salah seorang pengunjug yang ditemui dalam Program Jualan Istimewa Pusat Khidmat Amal dan Aktiviti Masyarakat Ketereh (KHADAM) Bantu Rakyat di YKK, Puan Sariah Yahya, berusia 60 tahun. Beliau yang tinggal di Kampung Padang Mokkan, Melur memaklumkan bahawa, beliau amat teruja kerana dapat membeli barangan dapur untuk stok sebulan terus dengan harga jauh lebih murah, kerana melalui jualan ini beliau dapat menjimatkan wang antara RM100 ke RM200 dengan membeli daging lembu, ayam, telur, bawang dan pelbagai barangan dapur bagi keperluan keluarganya seramai lima orang, malah beliau amat berharap agar program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Manakala En Kang Eng Siaw daripada Kampung Tokong pula memaklumkan bahawa, program jualan barangan harian ini ternyata harganya lebih murah berbanding dengan yang dijual di Pasar Ketereh atau Pasar Tani yang sememangnya telah pun murah dan ini secara tidak langsung dapat meringankan kos perbelanjaan rakyat dan beliau menyarankan program ini dapat dilaksanakan pada setiap minggu.


Baca Seterusnya...

Friday, 26 January 2018

Barisan Nasional Lebih Baik Di Sosial Media - Ross Tapsell #KekalNajib #TSAM #BetterNation #PakatanProDAP

Kajian dan penyelidikan tahap penggunaan media social sebagai satu platform untuk meraih sokongan terhadap parti – parti politik di Malaysia, telah menarik minat pakar antarabangsa dalam menentukan parti manakah yang paling kehadapan dan komprehensif untuk menyampaikan mesejnya dikalangan pengguna dalam talian.

Dr Ross Tapsell yang juga merupakan Pengarah Institut Malaysia Universiti Kebangsaan Australia, dalam satu forum “Media dan politik baru di Asia Tenggara” di Universiti Sunway, Petaling Jaya telah menyatakan bahawa pengaruh Barisan Nasional (BN) kini telah bertambah baik dalam media sosial berbanding pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH). Ini disebabkan pembangkang gagal menaikan tahap sokongan dalam talian. Pada Pilihan Raya Umum 2013 mereka kelihatan agak kehadapan berbanding BN namun senario kini adalah sebaliknya.

Tapsell yang membuat penyelidikan berkenaan pengkhususan penggunaan media digital di Asia Tenggara juga memaklumkan bahawa, dalam penyelidikan penggunaan media sosial oleh BN dan PH jelas memperlihatkan BN melaksanakan kerja – kerja yang jauh lebih profesional dan beretika.

Penggunaan media baru ini membuktikan ianya adalah antara faktor penting terhadap keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013. Hal ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Kaedah “Perang Siber” telah berjaya digunakan dan dimanupulasi sepenuhnya oleh pembangkang untuk “menewaskan BN” termasuklah pada PRU 2008 yang boleh di katakan sebagai “pilihan raya media sosial pertama” dan sejarah tercipta pada PRU-12 dimana buat pertama kali BN gagal membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen semenjak kemerdekaan Malaysia dan kegagalan ini diteruskan pada PRU-13 meskipun BN berjaya membentuk kerajaan.

Namun dengan langkah yang lebih proaktif, komprehensif, penyusunan strategi yang ampuh di samping mengoptimumkan keberkesanan penggunaan media sosial serta perlantikan indvidu yang vocal dan lantang (dalam talian) selaku “Panglima Perang Media Sosial” maka kini, ianya jelas memperlihatkan BN lebih baik dan berkesan dalam strategi “peperangannya”. BN telah belajar daripada kesilapannya dan kini mengiktiraf kepentingan media sosial untuk kempen politik mereka berbandig pada tahun 2013 kerana pada waktu itu BN kuran yakin akan keberkesanan penggunaan media baru berbanding sekarang, ujar Tapsell lagi.

Tapsell juga memuji pemimpin BN seperti Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Dimana beliau telah memainkan peranannya yang cukup efektif dan berkesan dalam siri – siri ucapannya, serta program – program atau wacana – wacana politiknya yang juga telah ditularkan di media sosial sebagai medium komunikasi yang berkesan. Ucapannya yang penuh bersemangat, penerangannya yang jelas serta berfakta, tidak gentar dengan tohmahan pembangkang dan beretika dalam membalas isu – isu yang “di lambung” oleh pembangkang. Ini secara tidak langsung menambah keyakinan BN dalam memenangi “perang siber” dan seterusnya mempastikan BN akan kembali menang dengan majoriti dua pertiga dalam PRU-14 kelak.

Tidak dinafikan juga peranan yang dimainkan oleh Tun Faisal Ismail Aziz selaku Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Beliau tidak kurang hebat dan juga cukup lantang bersuara di dalam media social bagi memperjelas dan mempertahankan sesuatu isu yang di suarakan oleh pihak pembangkang, ujar Tapsell lagi.
Baca Seterusnya...

Layan Berita Palsu Tak Perlu Piliharaya?! #TSAM #PakatanProDAP #KekalNajib #BetterNation

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah menyarakan agar kerajaan perlu lebih tegas dalam menguatkuasaan undang – undang terhadap pihak yang menyebar berita palsu. Ini untuk mengelakkan perbuatan yang tidak beretika itu membunuh demokrasi Negara dan pad masa yang sama pihak yang bertangungjawab perlu mengkai undang – undang sedia ada seperti mana yang dilakukan dinegara lain bagi menangani masalah penyebaran berita palsu.

Menjelang pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) gejala penyebaran berita palsu ini dijangka semakin hebat dan rancak untuk meraih undi rakyat dan pada masa yang sama Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan kekangan masa untuk menjawab tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan khususnya dari pembangkang.

Annuar Musa juga menyatakan bahawa, penyebaran berita palsu ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ianya turut berlaku di Negara – Negara Eropah. Manakala di Malaysia, fitnah terbaru yang dipalsukan ialah berkaitan dengan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir serta berita palsu berkenaan bangunan UMNO Temerloh ditakluki pihak tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya sering disasarkan oleh penfitnah – penfitnah di luar sana khususnya dari pembangkang dan mereka “membudayakan fitnah” sebagai satu kemestiaan atau modal bercerita yang tidak betul dan tidak beretika bagi mempengaruhi rakyat untuk merebut kuasa.

Tidak ketinggalan juga berita palsu yang berkaitan dengan kedudukan ekonomi Negara yang tujuannya hanyalah untuk menakutkan pelabur dengan mengatakan Malaysia hampir bangkrap semata – mata mahu memancing undi, ujar Annuar lagi sewaktu beliau ditemui oleh para media selepas Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Bantuan Orghe Parlime Terre (OPT) di kediamannya di Bukit Merak, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau juga dengan jujurnya menyatakan bahawa kini tiada apa yang mampu dilakukan oleh parti dari sudut perundangan. Ini disebabkan ianya hanya bergantung kepada penguatkuasaan undang – undang yang sedia ada sahaja. Justeri itu di peringkat parti, kesemua jentera perlu kerja kuat untuk menangani fitnah ini dan perlu dijawab kurang dari empat jam.

Pembentulan akan dibuat dan hal ini bukan mudah sebenarnya kerana terpaksa menghubungi pihak yang berkenaan untuk menyediakn jawapan. Tetapi ianya tetap akan dilakukan dengan cara palin terbaik demi menangkis apa jua berita palsu, tambah Annuar lagi.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 24 January 2018

Datuk Huan Diugut Bunuh Kerana Bongkar Skandal DAP Pulau Pinang?!




BUKIT MERTAJAM 24 Jan. - Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan hari ini membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) petang semalam.


Menurut Cheng Guan beliau menerima SMS itu daripada nombor yang tidak dikenali kira-kira pukul 3 petang dengan kata-kata “cakap banyak kau mati”.


“Saya percaya SMS ini dihantar untuk menakut-nakutkan saya sebab saya terlalu lantang mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang namun yang penting saya tak gentar.

“Cuma saya buat laporan polis agar pihak polis dapat siasat perkara ini dan mahu jaminan keselamatan kepada keluarga saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Mertajam di sini.


Jelasnya, sebagai anak jati Pulau Pinang beliau berhak bersuara sekiranya ada kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti sebelum ini isu Pasukan Peronda Sukarela dan terbaharu skandal terowong dasar laut. - sumber
Baca Seterusnya...

Monday, 22 January 2018

"Mahathirisme" Perspektif MCA #MCA

Dato’ Sri Ti Lian Ker yang juga ahli jawatankuasa Pusat MCA telah mengeluarkan kenyataan medianya terhadap pemimpin DAP dan PKR berkaitan dengan “kepulangan Mahathirisme” kekancah politik Negara.

Dato’ Sri Ti Lian Ker telah menyatakan bahawa Refromasi kini sudah bertukar kepada “Reformati” iaitu bagi melambangkan pergerakan reformasi Anwar Ibrahim kini yang telah pun mati. Begitu juga DAP yang diterajui oleh Lim Kit Siang, juga terbujur layu seiring dengan “matinya” gerakan reformasi. Kalau dahulu gerakan reformasi yang juga di sertai oleh DAP dilihat begitu bersungguh – sungguh untuk menjatuhkan Mahathir sebagai Perdana Menteri. Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan gerakan mereka ini seperti; Mahathir memerintah dengan kuku besi, mengamalkan kronisme, tamak dengan projek – projek mega, mengamalkan rasuh dan salahguna kuasa yang membebankan rakyat dan Negara.

Sementara itu DAP pula dengan lantang dan penuh provokasi memperjuangkan prinsip perjuangan mereka untuk sebuah Negara demokrasi sosialis berteraskan kepada prinsip sama rata, hak asasi dan keadilan social atas nama Malaysian Malaysia. Tempelaknya lagi.

Dato’ Sri Ti Lian Ker juga menyatakan bahawa beliau amat hairan kerana kedua – dua puak ini telah menghasut rakyat dari semua lapisan untuk turut sama berjuang dengan mereka, sehingga mereka sanggup menggadai nyawa, sumber dan tenaga tanpa kira masa dan keadaan semata – mata untuk menjatuhkan Mahathir, yang didakwa oleh mereka merupakan Perdana Menteri yang paling kejam, raja segala rasuah dan akan memufliskan Negara dengan penyalahgunaan kuasa mutlaknya.

Pemerintahan Mahathirisme yang sinonim dengan segala macam kezaliman, kekejaman dan ketidakadilan telah ditentang dari segenap pihak oleh golongan reformis yang diketuai oleh Anwar Ibrahim atas nama gerakan Reformasi. Apatah lagi ianya di tunjangi dari golongan muda yang inginkan perubahan. Ramai dari mereka yang mendapat pendidikan agama, yang berdakwah dan percaya pada nilai – nilai dan dahagakan nilai – nilai suci tidak sanggup melihat Negara ini terus diterajui oleh Perdana Menteri yang bernama Tun Dr Mahathir. Tambah beliau lagi.

Manakala Lim Kit Siang dan DAP secara lantang menuduh, menghina dan menyalahkan MCA sebagai parti yang berdosa pada orang cina dan etnik – etnik lain kerana menggadaikan hak mereka apatah lagi MCA bersetuju dengan kesitimewaan orang melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak. Ini amat kontradik dengan DAP kerana mereka sememangnya dari awal penubuhannya lagi telah mempersoalkan hak – hak kesitimewaan orang Melayu dan kedudukan rasmi agama islam yang telah termaktub dalam perlembagaan. 

DAP secara konsisten menekan dan memperlekehkan serta menuduh MCA mengorbankan hak kesamarataan yang diperjuangkan oleh DAP. Sifat dan sikap melampau mereka ini bermula beberapa dekad dahulu lagi, sejak kemerdekaan dan terutamanya semasa pemerintahan Mahathir. MCA juga dituduh sebagai parti pencacai sewaktu zaman Mahathir memerintah yang bermatlamatkan kononnya hanya untuk menjawat jawatan Menteri, sehingga tidak mempedulikan hak kesamarataan orang cina dan kaum lain dengan orang Melayu.

Menurut Dato’ Sri Ti Lian Ker lagi, kekebalan DAP di kawasan majoriti cina kerana eksploitasi emosi perkauman yang melampau dan DAP terus relevan sebagai parti politik yang menjadi parasit keatas sentimen perkauman (terutamanya kepada masyarakat cina). DAP menjadikan kawasan majoriti Cina sebagai sasaran kubu politik mereka. Sentimen perkaum dan chauvinisme mereka begitu tebal seklai sehinggakan DAP boleh meletakkan sesiapa sahaja sebagai calon mereka tanpa profil atau sumbangan politik dan DAP akan tetap menang dan senang di kawasan itu.

Ironinya, kini segalanya menjadi nyata dan hati serta niat hati sebenar pemimpin – pemimpin ini terbongkar. Hakikatnya kedua – dua pemimpin ini bermain politik kotor dan penuh muslihat. Mereka dengan ketara dan jelas hanya mempermainkan penyokong – penyokong mereka semata – mata. Laungan dan tempikan keramat mereka terdahulu hanyalah satu helah perjuangan dan penipuan politik. Prinsip – prinsip perjuangan mereka adalah semata – mata hanya untuk menggerakkan naluri, imiginasi dan emosi penyokong mereka yang telah sekian lama menjadi boneka politik yang boleh dikorbankan bila perlu. 

Kedua pemimpin yang bermuka – muka ini iaitu Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah bersepakat dan bersetuju untuk mengembalikan jawatan Perdana Menteri kepada Mahathir sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum ke -14. Keputusan keduanya ini telah menghampakan para penyokong “hard core” mereka, kerana telah menghancurkan kepercayaan dan perjunangan mereka terdahulu.

Mahathirisme untuk sekali lagi kembali bermaharajalela dan, jari kukunya telah mula menular dan mencakar dengan mainan “manoeuvre” atau manipulasi politik dalam parti PPBM. Mahathirisme kembali “menghantui” dan yang kelakarnya bukan lagi dalam parti UMNO tetapi kini dalam gabungan Pakatan Harapan yang mana penyokong – penyokong DAP dan PKR ditelan bulat – bulat.

Bermula dengan penubuhan parti PPBM, para penyokong-penyokong Muhyiddin Yassin telah beranggapan bahawa Presiden PPBM adalah “top dog”, mereka amat terkejut apabila Mahathir yang meletakkan diri sebagai Pengerusi PPBM, telah meminggirkan Presiden parti. Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PPBM Kamarulazman Habibur Rahman telah mengatakan bahawa Mahathir telah berjaya merampas kuasa dari Muhyiddin Yassin yang telah dijadikan “pawn” yang boleh dikorbankan dalam percaturan politik Mahathir. Selepas itu satu demi satu pemimpin yang percaya dan meletakkan harapan mereka pada Muhyiddin telah meninggalkan parti kerana tidak boleh menerima kenyataan kembalinya Mahathirisme. 

Hari ini dan tidak boleh di sangkal lagi sememangnya maruah PKR dan DAP telah berkecai kerana mereka tanpa segan dan silu telah memeluk kembali Mahathirisme dengan menjadikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka. Inilah rupanya prinsip perjuangan pemimpin Reformasi dan Malaysian Malaysia ketika ini.

Diakhir kenyataan medianya, Dato’ sri Ti Lian Ker telah menujukan satu peribahasa Cina kepada kesemua penyokong – penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang selama ini telah ditipu berdekad lamanya;

路遥知马力,日久见人心 lù yáo zhī mǎ lì,rì jiǔ jiàn rén xīn

Yang bermaksud; jarak perjalanan akan menentukan kekuatan seekor kuda, manakala masa pula akan membongkar keikhlasan seseorang pemimpin kita.
Baca Seterusnya...

Pemandu Teksi Juga Boleh Sertai UBER/GRAB - Nancy #SPAD #GRAB #UBER

Para pemandu teksi di negeri Sabah tidak wajar untuk membuat protes ataupun piket untuk menyuarakan ketidakpuasan hati dalam berkaitan hal ehwal industry teksi di Sabah. Kerajaan pimpinan Barisan Nasional adalah kerajaan yang sentiasa berlapang dada dalam hal berkaitan industri sepertimana yang dinyatakan dengan jelas YAB Perdana menteri dalam usaha meningkatkan kecekapan dan daya saing bagi merealisasikan usaha transformasi pengangkutan awam Negara ini.

Bagi hal ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa memberikan perkhidmatanya untuk mencari jalan penyelesaian dalam isu isu yang melibatkan pengangkutan awam termasuk teksi.

Para pemandu teksi diharap tidak termakan dakyah mana mana pihak asing (tidak berkaitan dengan industry ini) yang cuba mewujudkan persepsi buruk dan mengambil kesempatan terhadap mereka.

SPAD adalah saluran rasmi kerajaan untuk menguruskan hal hal berkaitan dan sentiasa memberikan focus dan opsyen dalam hal teksi yang dihimpit dengan pelbagai masalah bersifat sementara mahupun jangka masa panjang.

Badan rasmi ini tiada kepentingan terhadap ,mana mana pihak melainkan ia adalah untuk mewakili industri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hajah Nancy Shukri semalam menyatakan kerajaan mahu semua terlibat dalam hal berkaitan pemandu E-Hailing. Pemandu teksi tradisi, GRAB, UBER perlu berada dalam satu garis panduan yang sama tidak ada pengecualian.


"Drivers providing ride sharing services in Sabah have to be on par with taxi drivers, with PSV licence and vehicle inspection by Puspakom.?

Wujud andaian yang kononnya pemandu E-Hailing (UBER/GRAB) mendapat laluan mudah dan kurang dipantau oleh pihak berkuasa adalah khabar angin yang tidak benar kerana mereka yang mengunakan sistem E-Hailing di negeri Sabah juga turut melalui proses yang sama sepertimana pemandu teksi tradisi perkara ini telah ditetapkan dan kini sedang dalam proses pelaksaan menyeluruh.

Nancy turut memberitahu para pemandu teksi tradisi juga turut sama migrasi kepada sistem E-Hailing sekiranya mahu, hal ini jelas peluang sama rata dalam industri ini boleh dinikmati bersama.

Sehingga hari ini sejumlah 600 pemandu teksi tradisi telah pun migrasi ke Uber dan sejumlah 2,200 telah menyertai Grabcar , kata Hajah Nancy.

"Ini bukan lah untuk mengalak kan pemandu teksi biasa menyertai servis E-Hailing tetapi hanya ingin memberi tahu mereka juga ada peluang jika mahu" katanya lagi.

Soal tambang pemandu teksi tradisi yang mahu dikurangkan ia boleh dilakukan jika mereka mahu akan tetapi ia perlu berfungsi sebagai konsep tambang harga siling dan pemandu boleh mengenakan tambang lebih murah sekiranya mereka mahu.

Pihak kerajaan mengesyorkan agar para pemandu teksi tradisi mengikut teknologi dan memahami permodenan dalam industri hari ini.

"Kerajaan tidak mahu melihat industri teksi tradisi pupus" kata Hajah Nancy.

Dengan garis panduan baru, pemandu teksi UBER / GRAB juga perlu melalui proses yang turut dilakukan oleh para pemandu teksi tradisi seperti perlu membuat pemeriksaan di Puspakom mengikut jadual dan memiliki lessen PSV yang sama seperti pemandu teksi tradisi dan ini menunjukkan undang undang tetap terpakai kepada pemandu E-Hailing tidak ada yang terkecuali.
Baca Seterusnya...

Thursday, 18 January 2018

Bas Elektrik Akan Membawa Perkhidmatan Bas Berhenti-henti Ke Era Baru #SPAD

Perkhidmatan bas henti – henti di Terengganu telah dipertingkatkan perkhidmatannya. Ini kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menandatangani kontrak perkhidmatan bas henti – henti dengan MARA Liner Sdn Bhd. Peristiwa bersejarah ini menandakan ketibaan perkhidmatan myBas Kuala Terengganu di bawah Program Trasnformasi Perkhidmatan Bas Berhenti – henti (Stage Bus Service Transformation atau SBST).

Majlis menandatangani kontrak yang penuh bersejarah ini telah disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri. Pihak SPAD telah di wakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, iaitu Encik Mohd Azharuddin bin Mat Shah dan pihak MARA Liner Sdn Bhd pula diwakili oleh Pegawai Operasi MARA Liner Sdn Bhd iaitu Encik Zahrail Affendy bin Mohamed.


Penduduk Terengganu dan sekitarnya akan menikmati perkhidmatan yang boleh diyakini dari 30 buah bas yang baru. Ianya bakal diperkenalkan secara berperingkat – peringkat kelak, dimana program myBas Kuala Terengganu akan menawarkan perkhidmatan yang merangkumi 7 laluan utama (trunk route) dan satu laluan pengantara (feeder), dengan jumlah jarak keseluruhan meliputi 235.9km.

Dato’ Seri Nancy telah memberitahu bahawa, Kuala Terengganu bakal menjadi Bandar pertama yang menerima myBas elektrik dibawah program SBST, yanag mana 30% adalah bas elektrik. Pengenalan bas elektrik ini amat baik bagi alam sekitar kerana ianya mempunyai impak yang rendah terhadap persekitaran dan langkah yang positiif ini adalah selari dengan wawasan Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan perkhidmatan bas yang boleh dipercayai dan mampan.

Pada tahun 2015, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan SBST di tiga buah ibu negeri yang bertujuan untuk memperbaiki akses di kawasan – kawasan di mana perkhidmatan bas berhenti – henti masih penting. Kuala Terengganu adalah Bandar keempat dan pertama seumpamanya di Pantai timur myBas diperkenalkan di bawah program SBST.

Kebajikan pengguna adalah perkara asas dalam perlaksanaan program myBas ini. Pihak SPAD selaku pihak yang berkuasa, akan bertanggungjawab bagi merancang kawasan liputan, kos operasi dan juga akan menerima semua kutipan tambang. Manakala pihak pengendali perkhidmatan ini pula akan dibayar dengan kadar yang berasaskan setiap kilometer perjalanan setiap bas, dan mereka perlu patuh terhadap mutu perkhidmatan yang telah dipersetujui bersama.

Program SBST diwujudkan adalah untuk nilai jangka masa panjang bagi perkhidmatan bas berhenti – henti. Perkhidmatannya yang lebih kepada “perkhidmatan masyarakat” terhadap sesuatu kawasan. Ini secara tidak langsung dapat membangunkan satu perkhidmatan bas yang lebih selamat dan boleh diharapkan dikawasan yang tidak memuaskan sebelum ini.

Untuk rekod, perkhidmatan myBas di Kangar, Seremban dan Ipoh telah merekodkan jumlah penumpang kumulatif sebanyak 9.3 juta (atau 400,000 penumpang sebulan dengan beroperasi di 51 laluan merentasi 1,434km.

Ketua Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin bin Mat Shah telah memaklumkan bahawa, SPAD amat berharap program perkhidmatan ini akan mendapat sambutan yang hangat selepas mereka merasai sendiri keselesaan dan kecekapan myBAS khususnya kepada warga Kuala Terengganu yang akan mencuba perkhidmatan ini kelak.
Baca Seterusnya...

#PPBM Jadi Keldai #DAP Untuk Pungkut Undi Melayu. #TSAM #PakatanProDAP

Pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) yang memperlihatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memperolehi agihan kerusi terbanyak menunjukkan seolah – olah ada muslihat terancang oleh DAP yang tujuannya hanyalah untuk menagih undi melayu di dalam Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kelak.



Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO menyifatkan ianya sesuatu yang tidak kena dan penuh muslihat. Ini berdasarkan pengistiharan mereka yang hanya menghitung 165 kerusi dan bukannya 222 kerusi Parlimen bagi seluruh Negara. Angka ini jelas sememangnya ada muslihat tersembunyi oleh parti DAP kerana untuk melantik Perdana Menteri mengapa tidak dikira kesemua sekali kerusi parlimen sebanyak 222 dan bukannya hanya 165 kerusi sahaja, tambah Annuar lagi.


Annuar Musa juga memberitahu bahawa, muslihat ini menggambarkan supaya PPBM memperolehi lebih banyak kerusi berbanding parti yang lain dalam PH dan secara tidak langsung PPBM akan menjadi parti yang paling tinggi kerusinya dalam PH walhal apabila di kira kembali semula jumlah kerusi di Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai 1/3 kerusi.


Berdasarkan kepada kenyataan DAP, mereka juga akan bertanding di Sabah dan Sarawak dan ianya dapat di simpulkan begini; DAP mahu bertanding di Sabah sebanyak 8 kerusi, yang mana lebih empat dari PRU yang sebelum ini. DAP juga memaklumkan bahawa mereka akan bertanding di Sarawak sebanyak 11 kerusi dan di Semenanjung pula akan bertanding sebanyak 35 kerusi. Ini menjadikan jumlah kesemua kerusi yang mereka pertandingkan ialah sebanyak 54 kerusi. Namun begitu, PPBM tidak pula bertanding di Sabah dan Sarawak. Ini bermaksud kerusi PPBM hanya mampu memperolehi 52 kerusi sekiranya menang semua berbanding DAP yang mempunyai 54 kerusi kalau mereka menang semua.


Oleh itu Annuar Musa merumuskan, dalam pengiraan ini, sudah tentu ianya termasuk Sabah dan Sarawak maka dengan jelas mengambarkan bahwa bukanlah PPBM yang mendominasi kerusi tertinggi tetapi sebaliknya parti DAP lah yang paling berkuasa dalam PH.

Annuar Musa dengan tegas menyatakan bahawa hal ini adalah sememangnya adalah muslihat DAP melalui PH di mana mereka mahu membina persepsi rakyat yang ingin memperlihatkan PPBM merupakan parti utama dalam PH dan bakal menerajui dan menguasai PH.

Selama ini apa yang diketahui parti DAP lah yang menguasai PH, justeru itu mereka mengaburi mata rakyat dengan taktik pembahagian kerusi ini. DAP akan menafikan kiranya ditanya kepada mereka bahawa DAP yang menguasai PH dan nescaya mereka akan menafikan dengan alasan mereka hanya mempunyai 35 kerusi berbanding dengan PPBM yang mempunyai 51 kerusi. 


Hakikatnya DAP mempunyai 54 kerusi atau lebih termasuk Sabah dan Sarawak yang mana perkara asasnya bukan soal berapa kerusi yang diberi, tetapi berapa kerusi yang boleh dimenangi oleh mereka. 

Strategi mereka yang memberikan PPBM 52 kerusi untuk bertanding di kawasan yang sememangnya merupakan kubu kuat UMNO dan untuk menang adalah tipis berbanding dengan DAP yang akan bertanding di kawasan yang sudah boleh dikatakan kerusi – kerusi tersebut dimenangi oleh mereka. Ini jelas pembahagian kerusi ini hanyalah satu taktik bagi PH, terutamanya buat DAP yang bertujuan untuk membuat helah dalam membina persepsi dikalangan rakyat terutama orang melayu bahawa bukan DAP yang menguasai PH tetapi PPBM sebenarnya yang berkuasa dan hakikatnya sememangnya begitu, ujar Annuar Musa
Baca Seterusnya...

Wednesday, 17 January 2018

Sistem Transit Rapid (RTS) Singapura Hanya 30 minit. #SPAD #RTS

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Shah telah memaklumkan bahawa perjalanan ke Singapura dengan menggunakan Sistem Transit Rapid (RTS) akan hanya mengambil masa selama 30 minit berbanding lebih sejam ketika ini. Tempoh singkat ini termasuklah proses pemeriksaan imigresen dan kastam oleh kedua - dua Negara.

Projek RTS yang menghubungkan Malaysia dari Stesen Bukit Chagar, Johor Bahru dengan Woodlands North, Singapura dijangka akan mula dibina pada tahun 2019 dan mula beroperasi pada akhir tahun 2024 dan ianya mampu mengurangkan kesesakan di Tambak Johor sehingga 15 peratus.

Ketika ini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tebrau Shuttle, hanya berkeupayaan membawa 300 penumpang sejam dan apabila RTS mula beroperasi kelak ianya berkeupayaan membawa penumpang sehingga 10,000 penumpang sejam sehala atau 72,000 penumpang sehari. 

Mohd Azharuddin Mat Shah
Beliau menambah bahawa, kekerapan tren RTS ini adalah setiap 4 minit ketika waktu puncak dan 6 minit waktu biasa dengan jarak perjalanan sejauh 4 kilometer dan selepas 6 bulan RTS beroperasi, KTMB Tebrau Shuttle akan ditamatkan.

Mohd Azharuddin berkata demikian sewaktu sesi taklimat kepada pihak media sempena majlis menandatangani perjanjian dua hala memuktamadkan perlaksanaan projek RTS pada Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia - Singapura Ke-8 di Singapura.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan dakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong telah menyaksikan perjanjian ini, yang telah ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur merangkap Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan.

Pembinaan stesen RTS Bukit Chagar akan disepadukan sekali dengan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) dan hab pengangkutan termasuk 1,000 lot tempat kereta serta juga akan menempatkan CIQ Singapura. Ini secara tidak langsung membolehkan pemeriksaan kastam dan imigresen kedua – dua Negara dapat dilaksanakan sekali gus, ujar Mohd Azharuddin lagi.

Kemudahan ini juga membolehkan para penumpang yang bertolak ke Singapura dan penumpang dari Malaysia hanya perlu menjalani pemeriksaan kastan dan imigresen kedua dua Negara di satu stesen sahaja, begitu juga sebaliknya ketika mahu pulang, pemeriksaan dibuat di stesen Woodlands North.

Beliau juga turut menambah bahawa sememangnya menjadi hasrat untuk menyambung RTS dengan projek Keretapai Berkelajuan Tinggi (HSR) kelak iaitu sambungan dari laluan HSR dari Iskandar Puteri ke RTS di Bukit Chagar namun masih belum ada apa – apa perancangan yang khusus mengenainya ketika ini.
Baca Seterusnya...

#PRU14 Mustahil Mahathir Boleh Menang Guna Tiket #DAP. #PakatanProDAP #TolakPakatan #KekalNajib

DAP diyakini tidak akan memberi kerusi kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),  Mahathir Mohamad untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) kelak, meskipun beliau diumukan sebagai calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan (PH).

Kejujuran DAP hanya untuk mengangkat  Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri bergantung kepada kesanggupan mereka memberikan bekas Perdana Menteri itu kerusi untuk bertanding. Hal ini dinyatakan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tungku Ibrahim.


Nasib Mahathir tidak diketahui samada menang atau kalah, sekiranya bertanding di atas tiket PPBM. Ini jelas memperlihatkan Dr Mahathir hanya digunakan oleh DAP untuk meraih sokongan atau undi orang melayu.

Berdasarkan senario sekarang sememangnya parti DAP adalah yang paling ‘selamat’ sekiranya Mahathir bertanding menggunakan tiket parti DAP kerana mempunyai sokongan yang kuat dari masyarakat cina dan jika benar mereka mahu Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi, sepatutnya mereka memberi tiket DAP untuk bertanding pada PRU-14 kelak, ujar Tunku Abdul Aziz.

Namun dari pandangan beliau, atas sebab untuk menarik undi,  Mahathir telah dinamakan sebagai Perdana Menteri sementara dan sebenarnya DAP memang tidak mahukan Mahathir sebagai Perdana Menteri. Perkara ini telah dinyatakan oleh beliau sewaktu mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menawarkan parlimen Gombak kepada Dr Mahathir dalam PRU-14 nanti.

Manakala Bekas Setiausaha Organisasi DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman memaklumkan bahawa DAP suka melihat orang melayu bergaduh sesama sendiri, lantaran itu mereka tidak akan memberikan kerusi mereka kepada Mahathir kerana ianya mempunyai peratusan pengundi cina yang tinggi dan kuat. Justeru itu di kawasan yang majoriti pengundinya melayu adalah tempat atau kerusi yang amat sesuai untuk Dr Mahathir bertanding kerana ianya akan menguntungkan DAP bila melayu bergaduh sesama sendiri.

Beliau menambah bahawa, sekiranya Mahathir kalah maka tamatlah peranannya dan kalau  Mahathir menang sekalipun maka nescaya beliau hanya akan jadi “Pak Turut” DAP sahaja.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 16 January 2018

#REFORMASI : Kini Anwar Insaf Meliwat Kerana Mahathir?!

PELAKU salah, pencuri, pembunuh apabila mereka ditangkap akan diadili. Dan sekiranya didapati bersalah, maka pesalah bakal menjalani hukuman di dalam penjara. Di sana mereka akan mendalami ilmu agama dan akan sedar serta menginsafi diri. Akhirnya kembali menjadi orang yang berguna kepada masyarakat sekiranya mereka cepat menyesuaikan diri.

Kebiasaannya mereka ini akan memaafkan sesiapa sahaja yang telah menjatuhkan hukuman dan menyumbat mereka ke dalam penjara. Kerana itulah ‘hadiah’ terbaik kepada mereka untuk memperbaiki kesilapan diri dan pulang kembali ke pangkal jalan. Namun, sekiranya pelaku yang disumbat ke dalam penjara kerana dianiaya dan bukannya disebabkan kesilapan diri sendiri, kemungkinan besar mereka tidak akan memaafkan kerana penganiayaan itu telah mengheret keturunan mereka turut sama dihina. 

Satu sahaja perkara yang masuk akal berkenaan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim memaafkan Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Anwar telah insaf dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana memenjarakan beliau atas kesalahan yang telah dilakukannya. 



'Reformasi' adalah laungan untuk membela seorang pemimpin yang telah dianiaya yang dijunjung dan diagungkan oleh lebih puluhan ribu orang kira-kira 20 tahun dahulu. Kita dapat lihat ketika perhimpunan di Masjid Negara serta di segenap atas jalan raya, penyokong-penyokong yang membela Anwar kerana teraniaya oleh diktatorini. Sabahn hari dan minggu di dataran Merdeka pastinya akan ada demonstrasi haram. Ada yang ditangkap dan bermandi water cannon dan 'menikmat, rasa gas pemedih mata. 

Ini semua perlu dijelaskan kepada pendukungg reformis. Cerita dongeng yang Anwar hebahkan kepada mereka bahawa konspirasi menjatuhkan beliau adalah tidak benar. Segala pertuduhan yang disabitkan kepada Anwar ketika itu adalah benar belaka. Hanya dasar ini sahaja Anwar akan memaafkan Dr.Mahathir kerana Dr. Mahathirlah yang telah mengingsafkan Anwar selayaknya.

Kepada pendukung gerakan reformasi, perjuangan anda sudah dirompak oleh Anwar dan keluargnya. Niat suci murni perjuangan pada ketika itu mahu mengejar keadilan dan mendapat pahala kerana mempertahakan orang yang dianiaya telah ditipu oleh mangsa perjuangan mereka.

Perjuangan reformasi sudah terkubur dan sudah tidak ada lagi yang perlu diperjuangkan. Diktator yang difikirkan berdosa terhadap Anwar selama ini kini bergelar hero kepada Anwar dan keluarganya. Anwar telah mendapat keinsafan, anda sebagai pendukung gerakan reformasi masih berosa kepada rakyat Malaysia dan anggota keselamatan negara.

Negara ketika itu dihina bukan sahaja oleh kamu, malahana masyarakat antarabangsa yang terpengaruh oleh gerakan reformasi turut mengutuk undang undang negara. Pembangunan negara terganggu dek gerakan reformasi. Rakyat ketakutan dan tidak yakin serta malu mengaui diri sebagai rakyat Malaysia dek kerana laungan reformasi yang kononnya mangsa tidak diadili sebaiknya.

Berdosanya gerakan reformasi kepada rakyat Malaysia tidak boleh diampunkan selagi mereka tidak kembali kepada memperbetulkan keadaaan dan segala apa yang telah pelbagai pihak lontarkan penghinaan kepada negara berdaulat ini.


DATUK RAZLAN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan.
Baca Seterusnya...

Kes Seleweng Tanah Felda Ada Kaitan Dengan Mahathir?!

Dakwaan bahawa pemilik Synergy Promenade Sdn Bhd (Synergy Promenade), mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad, perlu disiasat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata siasatan rapi perlu dilakukan apatah lagi jika terdapat unsur hubungan politik antara pihak berkenaan.

Synergy Promenade adalah syarikat yang terbabit dalam isu pemindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak untuk pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Mohd Puad berkata, mana-mana pihak yang terbabit dengan penukaran hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak dan kewujudan unsur penipuan seperti didakwa Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, perlu dikenakan tindakan undang-undang.

"Pendedahan itu juga secara tidak langsung menafikan dakwaan liar oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan) bahawa warga asing mendapat hak pemilikan ke atas tanah FELDA.

"Dakwaan Khairuddin dibuat berdasarkan nombor kad pengenalan dua beradik berkenaan (Noraini Soltan dan Abd Rahman Soltan), yang ada angka 71, sehingga satu laporan polis dibuat oleh beliau.

"Sedangkan, ramai pemimpin pembangkang seperti (Presiden PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, (Setiausaha Agung PKR) Datuk Saifuddin Nasution dan (Ahli Parlimen Ampang) Zuraida Kamaruddin, juga memiliki kad pengenalan yang ada angka 71," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan blogger, Lim Sian See, yang dibuat menerusi akaun Facebook miliknya, bahawa pemilik Synergy Promenade, Noraini dan Abd Rahman, mempunyai hubungan baik dengan keluarga Dr Mahathir.

Sian See mendakwa, Noraini adalah usahawan berjaya yang menerima pembiayaan dan latihan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), untuk membangunkan syarikat Spiro Plastics pada 1992 ketika Tun Ismail Mohd Ali, yang juga abang ipar Dr Mahathir menjadi Pengerusi PNB.


"Dengan bantuan PNB, syarikat itu berkembang maju menjadikan Noraini dikenali sebagai vendor Proton, malah beliau sering berperanan sebagai pengerusi penganjur beberapa Persatuan Vendor Proton (PVA)," dakwanya.

Dr Mahathir juga didakwa rapat dengan PVA dan kerap membincangkan isu persatuan itu, malah anak beliau, Datuk Seri Mukhriz juga didakwa ada kaitan dengan Noraini.

Sehubungan itu, Mohd Puad, yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata, pembangkang tidak seharusnya cuba mempolitikkan isu tanah FELDA di Jalan Semarak.

"Yang penting, Perdana Menteri sudah mengarahkan audit forensik dibuat terhadap kes berkenaan," katanya.

Sumber : Berita Harian
Baca Seterusnya...

Sunday, 14 January 2018

Siapa Guan Eng yang Mahu Tipu? - Wee Ka Siong #MCA

Ternyata strategi DAP untuk mengalih perhatian terhadap isu penyelewengan wang rakyat untuk projek pembinaan Terowong Penang serta tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng di atas pembelian banglo tidak berkesan dan tidak menjadi. DAP secara khususnya telah bersetuju untuk menjadikan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sementara sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) dan strategi ini untuk mengalihkan tumpuan rakyat ternyata gagal.

Selain menamakan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara, pada masa yang sama juga mereka mengharapkan agar Tun Mahathir boleh membawa keyakinan kepada PH dan yang paling penting adalah berperanan untuk menggangu dan menyerang kepimpinan BN dan Datuk Seri Najib.

Tujuannya adalah untuk melekakan rakyat terhadap isu UMNO dan Barisan Nasional dan secara tidak langsung rakyat akan turut leka dan terlepas pandang terhadap isu Tun Mahathir yang juga seorang membela perasuah dan salah laku DAP.

Hal ini membolehkan Tun Mahathir boleh menyelamatkan diri dari di tumpu dengan kes baru yang terdedah, seperti isu penjualan tanah di Johor kepada Singapura dengan harga murah serta perjanjian air yang ternyata merugikan Negara.

Ironinya Tun Mahathir yang dilihat kononnya seorang yang serba tahu dan bermaklumat berkenaan banyak isu berkaitan UMNO dan Datuk Najib, secara tiba tiba menjadi bodoh sekejap dan seolah olah tidak tahu apa apa berkenaan wang rakyat Pulau Pinang yang telah lesap sebanyak RM302 juta dan bakal lesap pula sebanyak RM16 Billion di masa akan datang.

Perkara yang paling ‘win’ dan tak masuk akal ialah apabila sebuah syarikat fesyen pakaian telah tersenarai menjadi kontraktor untuk membina terowong Pulau Pinang atau ‘Penang Tunnel’ dan hasil siasatan, mereka mempunyai saham sebanyak 39% dari jumlah keseluruhan saham syarikat khas terbabit.

Timbul Persoalan, siapa Guan Eng yang mahu tipu?.

Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang Timbalan Presiden MCA menyatakan, dalam isu pembinaan terowong ini, pada tahun 2013 dua syarikat dari Negara China yang didakwa berpengalaman dan memiliki modal berbayar sebanyak RM4.6 Billion telah dilantik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai “Special Vehicles Company“ (SPV) untuk membina terowong dasar laut yang berniali RM6.3 Billion dan terkini setelah disiasat nama syarikat membuat fesyen baju pula tercatit sebagai pembina terowong ini. Hal ini amat pelik dan luar biasa dengan cara pembohongan DAP ini, ujarnya lagi.

Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong juga memaklumkan, kaedah pemberian dan kelulusan projek ini pula adalah berdasarkan kepada “Permintaan Kertas Cadangan” dan bukannya secara Tender terbuka sebagaimana lazimnya dan timbul persoalan adakah syarikat China yang dilatik terdahulu untuk membina terowong Pulau Pinang telah dibatalkan kontraknya dan digantikan dengan syarikat fesyen tempatan ini?. Soal beliau lagi.

Sehubungan dengan itu Dr Wee Ka Siong menggesa agar kerajaan Pulau Pinang seharusnya memberikan jawapan akan persoalan ini kepada rakyat di negeri itu kerana mereka berhak untuk tahu di atas perlantikan syarikat fesyen tempatan yang tiada pengalaman, tidak seperti syarikat yang didakwa dilantik sebelum ini yang kononnya mempunyai pengalaman dan kewangan yang baik bagi membina projek mega terowong dasar laut tersebut.
Baca Seterusnya...

Saturday, 13 January 2018

Pemandu Teksi Ugut Kerajaan - "Kalau Nak Jumpa, Saya 'ON' Je" - Liow Tiong Lai #SPAD #MCA

Sistem perkhidmatan ‘e-Hiling’ telah dibenarkan beroperasi susulan pindaan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Namun ianya telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan persatuan pemandu teksi akan kewujudan sistem ini.

Justeru itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri liow Tiong Lai bersedia berjumpa dengan mana – mana persatuan pemandu teksi yang merasakan tidak berpuas hati dengan kewujudan sistem ‘e-Hailing’ ini dan seterusnya bersedia untuk menerangkan kepada kumpulan yang tidak berpuas hati tersebut menegnai perkhidmatan sistem ini.

Tiong Lai menambah bahawa, sistem ‘e-Hailing’ ini sedang dalam peringkat untuk memastikan ianya sama dengan platform teksi, yang mempunyai syarat – syarat yang juga sama seperti pemeriksaan kenderaan di Puspakom selain jenis lesen memandu.

Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan agar tidak perlulah untuk mengugut kerajaan dan sepatutnya komen yang sedemikian tidak sepatutnya di keluarkan oleh orang yang bertanggungjawab. Apa jua isu yang berkaitan ianya boleh dibawa berbincang dan boleh berjumpa dengannya pada bila – bila masa, ujarnya lagi.

Namun sehingga kini, beliau masih belum menerima surat daripada pihak pemandu teksi, sebagaiman yang didakwa oleh pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang mendakwa surat yang dihantar tidak dilayan oleh pihaknya.

Terdahulu, Shamsubahrin secara telah mengugut kerajaan dengan mendakwa sekitar 70 peratus pemandu teksi akan mengundi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PUR-14) kelak sekiranya isu antara teksi konvensional, Grab dan Uber tidak diselesaikan oleh pihak kerajaan.

Datuk Seri Ling Tiong Lai berkata demikain selepas menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ‘Pride of Workmanship Award” anjuran kelab – kelab Rotary Malaysia kepada 36 kakitangan KTMB di KL Sentral.
Baca Seterusnya...

Thursday, 11 January 2018

Perjuang "Amar Makruf Nahi Mungkar" Ditahan Polis Dikuatiri Mabuk?!

Hero sang ketum filem "Tombiruo" yang baru dianugerahkan gelaran Datuk, ditahan pihak polis selepas didakwa menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam ketika berada di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara hari ini.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata ketika ini siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis.

"Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.

"Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak," katanya ketika dihubungi sumber

Baca juga :




Susulan itu, pelakon dan pengarah berkenaan ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.
Baca Seterusnya...

Najib Razak Masuk Kaabah #KekalNajib #BetterNation [GAMBAR DI MEKAH]



Lawatan PM atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi bermula semalam hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia pada tahun lalu.

"Selain itu, adalah menjadi hasrat Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Datuk Seri Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, rombongan Perdana Menteri turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, bonda Perdana Menteri Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.

Kos tanggungan peribadi

Ahli keluarga Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan berkenaan telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci.

Hanya Tun Rahah yang turut bersama Datuk Seri Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi bukan seperti senarai yang viral baru baru ini kononnya semua menaiki pesawat yang sama.

Nama anggota keluarga dan kenalan Perdana Menteri itu dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program menunaikan ibadah umrah.



Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi dan dengan izin Allah SWT Perdana Menteri Malaysia diberikan kemuliaan oleh Allah SWT menjadi tetamu yang bukan calang calang manusia dapat diberikan kesempatan untuk masuk kedalam Kaabah.

Semoga menginsafkan kita!









Gambar sumber : Pelbagai / Facebook

Sumber 

Baca Seterusnya...

Wednesday, 10 January 2018

Najib Atasi Banyak Kelemahan Pentadbiran Lalu - Annuar Musa #KekalNajib #TSAM #BetterNation

Gaya tersendiri dalam mencorak pentadbiran Negara yang menggabungkan idea, pemikiran serta dasar dasar yang baik yang dipelajari melalui pengalamannya ketika menjadi menteri kabinet sewakt era pentadbiran Mahathir serta Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas memperlihatkan sisi berbeza selaku pemimpin nombor satu Negara. 

Tidak hairanlah Datuk Seri Najib nampak kekuatan dan kelemahan pentadbiran kerajaan yang perlu diperbaiki memandangkan beliau telah lama berkhidmat dalam kabinet dan pernah juga bekerja dengan Mahathir. Perkara ini di nyatakan olah Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa selaku panel dalam program mingguan, “Anda Tanya Kami Jawab”, anjuran UMNO online dan Penerangan UMNO Malaysia. 

Datuk Seri Najib juga berfikiran seperti Mahathir, di mana sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri, bagi memperlihatkan Malaysia sebagai Negara maju, maka terbina lah menara berkembar KLCC. Manakala di era kepimpinan Datuk Seri Najib pula, beliau mencadangkan agar sebuah lagi menara perlu dibina bagi disesuaikan dengan zaman era kemodenan dan kemajuan terkini. Maka lahirlah idea untuk membina sebuah lagi menara ikonik yang dipanggil Menara Wawasan, ujar Annuar lagi.

Apa yang membezakan di antara kedua pemimpin ini ialah pendekatan yang digunakan ternyata berbeza tidak meniru dan ada cara tersendiri.

Sebagaiamana yang diketahui cara atau pendekatan Mahathir berbeza dan sebagai contoh dalam kaedah perlaksanaan pembinaan menara berkembar KLCC yang mana ideanya tidak dikongsi atau di bawa berbincang bersama dengan Jemaah menteri. Apa yang berlaku sewaktu mesyuarat kabinet pada waktu tersebut ialah kehadiran secara mengejut satu rombongan yang memperlihatkan model menara berkembar KLCC. 

Situasi ini amat mengejutkan Jemaah menteri yang sedang bermesyuarat pada ketika itu kerana tiada perbincangan berkenaan hal ini malah kertas kerja cadangan pembinaan menara berkembar KLCC juga tidak pernah ada untuk dibincangkan dan apa yang terjadi selepas itu ialah, kesemua tenaga kerja dan pakar bagi pembinaan menara berkembar KLCC datangnya dari luar negeri. Tambah Annuar lagi. 

Annuar menyatakan pula bahawa, pendekatan Datuk Seri Najib ternyata berbeza. Selaian berbincang dengan Jemaah menteri, beliau juga lebih mengutamakan arkitek arkitek tempatan dalam merialisasikan pembinaan menara ikonik baru ini.

Dalam perkara yang melibatkan pinjaman wang dari Negara luar. Kaedah pinjaman ini juga berbeza untuk kedua dua pemimpin ini. Di mana di zaman Mahathir, Negara kita telah membuat pinjaman wang dari Negara Jepun bagi membiayai projek – projek mega, seperti Empangan Kenyir, penyaluran air dari Pahang ke Selangor dan lain – lain lagi. Malah Mahathir telah memaklumkan pinjaman di zamannya amat rendah kadar faedahnya berbanding dengan zaman Dato Seri Najib.

Memang tidak dinafikan kadar faedahnya amat rendah, tetapi apa yang rakyat tidak tahu, kaedah pinjaman tersebut dibuat berdasarkan matawang Yen dan setelah matawang tersebut ditukar ke matawang kita, maka perbezaanya hampir empat ke lima kali ganda daripada jumlah hutang dan ianya terpaksa dibayar oleh kerajaan.

Namun setelah Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengubah kaedah ini kepada kaedah yang lebih baik. Oleh itu kini, setiap kali pinjaman wang dari Negara luar dibuat, beliau akan mempastikan pinjaman tersebut hendaklah dibuat dalam matawang ringgit dan hamper 95 peratus pinjaman Negara adalah berdasarkan kepada matawang kita dan bukannya matawang asing. 

Manakala dalam isu subsidi juga memperlihatkan perbezaan dalam pendekatan diantara keduanya. Di zaman Mahathir banyak diperkenalkan subsidi namun ianya tidak telus dan bocor merata rata kerana tidak ada perancangan yang cekap dalam soal pengagihan subsidi. Lantaran itu apabila Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, maka beliau telah merialisasikan semula subsidi. Konsep subsidi dikekalkan tetapi ianya ditukarkan kepada subsidi bersasar. Contohnya subsidi BR1M akan dapat terus kepada golongan sasar.

Annuar juga memaklumkan bahawa apa yang cuba beliau jelaskan adalah, Datuk Seri Najib pada masa kini sedang dan telah cuba untuk mengubah mana mana kelemahan yagn ada di dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.

Yang jelas dan nyata kini, perubahan yang sedang dan telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib pada masa kini adalah satu nilai tambah yang lebih baik berbanding dengan kepimpinan Mahathir dulu dan caranya lebih sesuai dengan keadaan semasa. 

Kesimpulannya, pendekatan dan cara pentadbiran Datuk Seri Najib ketika ini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan dengan zaman Mahathir dulu.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...