Tuesday, 25 December 2018

Harga Petrol Turun Mulai Tahun Depan - Guan Eng


Harga runcit produk petroleum termasuk RON95 dijangka turun mulai 1 Jan 2019 sekiranya trend penurunan harga minyak dunia berterusan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata ini berikutan kaedah penetapan harga secara bulanan di bawah formula 'Mekanisme Harga Automatik' (APM) akan digantikan dengan penetapan harga jualan runcit secara mingguan dalam keadaan harga minyak dunia mengalami penurunan.

Katanya, ini membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia.

"Sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Jan 2019 memandangkan penetapan harga jualan runcit produk petroleum adalah secara bulanan.

"Ini memberikan kelebihan kepada pengguna sekiranya harga minyak dunia sedang naik, tetapi memandangkan trend harga minyak adalah menurun, kerajaan sedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak 7 Jun lepas, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter. 

Bagaimanapun, berhubung persoalan sekiranya harga minyak runcit kembali naik, Lim berkata ia akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.

Beliau berkata pengekalan harga itu adalah sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan pada tahun depan.

"Ini selaras dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membolehkan rakyat menerima faedah penurunan harga minyak tetapi membantu golongan B40 dengan subsidi bersasar bila harga minyak naik," katanya.

Beliau berkata bagi golongan bukan sasar, harga runcit petrol RON95 akan diapungkan secara terkawal bagi mengurangkan tanggungan subsidi kerajaan serta selaras dengan hasrat pemberian subsidi yang sepatutnya memanfaatkan golongan sasar sahaja khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Lim turut menolak dakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan PH telah mengenakan cukai jualan 30 sen seliter ke atas petrol RON95 sejak November lepas selain menyatakan jumlah kutipan cukai jualan sebanyak RM120 juta seminggu bagi produk petrol RON95 seperti didakwa diterima kerajaan


servis IKLAN RM50 3 BULAN : 

Servis cuci sofa dan kusyen TERUS KERUMAH ANDA sekitar Selangor dan Kuala Lumpur 

Baca Seterusnya...

Sunday, 23 December 2018

Tsunami Selat Sunda ratusan dikhuatiri maut.

Tsunami yang melanda Selat Sunda pada Sabtu (22/12/2018) sekitar pukul 21.27 WIB Malam telah memakan korban puluhan jiwa dan merosakkan bangunan di berbagai bahagian.

Pusat Data dan Informasi BNPB, Sutopo Purwo Nugroho, diulas dari melalui keterangan rasmi, Minggu (23/12/2018), mengatakan daerah yang terkesan paling parah adalah Kabupaten Pandeglang yang terdiri dari kawasan wisata Pantai Carita, Tanjung Lesung, Sumur, Teluk Lada, dan Panimbang, yang semuanya dibahagian Pulau Jawa, Indonesia.


Berdasarkan data terbaru Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) pada pukul 10:00 WIB, jumlah mangsa meninggal dunia akibat Tsunami kini menjadi 62 korban, luka-luka 584 orang manakala 20 orang dilaporkan masih hilang.

Tsunami juga dilaporkan hingga ke wilayah Lampung Selatan. Manakala di Pesisir Kalianda dan Pesisir Rajabasa, Lampung Selatan, yang juga dilanda tsunami, kerosakan yang terjadi di wilayah tersebut tidak terlalu kritikal namun turut menjejaskan bahagian Bakrieland. 


Unit penyelamat di Bakrieland yang mengawal selia di kawasan pantai Kalianda Lampung, mengatakan tidak ada korban jiwa di wilayah itu.

"Tidak ada korban jiwa, baik dari tamu maupun karyawan Hotel dan telah ditangani sesuai dengan prosedur keadaan darurat yang berlaku." Kata Chief Corporate Affairs Officer PT Bakrieland Development Tbk, Minggu.

"Saat ini Pengelola Kawasan Pantai Kalianda sedang melakukan inventarisasi kerusakan pada Hotel Grand Elty Krakatoa dan seluruh kawasan Krakatoa Nirwana Resort (KNR) termasuk Recreation Park akibat dari bencana alam tersebut." Tambahnya.

Baca Seterusnya...

Monday, 10 December 2018

Kisah Najib Jual Tapak TUDM Sungai Besi #1MDB

NAJIB JUAL TAPAK TUDM SUNGAI BESI, APA ATM DAPAT?!

Najib suka bantu rakyat yang tak bersyukur
Dari Facebook Najib Razak Dis 2018 :

Saya tahu ada yang masih menuduh saya "menjual" tapak TUDM Sungai Besi tanpa mengetahui kisah sebenar langkah ini.

Berkali-kali penjelasan sudah dibuat tetapi mereka tetap dengan tuduhan yang sama. Adakah mereka tidak membaca? 

Sebenarnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpendirian bahawa Pangkalan Udara (PU) Sungai Besi yang keluasan tanahnya 486 ekar tidak lagi sesuai dari aspek operasi dan keselamatan.


Berbanding 60 tahun dahulu, lokasi di tengah bandaraya dan dikelilingi kepesatan pembangunan dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk bermakna Pangkalan Udara di Sungai Besi ini amat terdedah dengan ancaman luar dan usaha risikan.

Sebab itu juga, mengapa kebanyakan lapangan terbang antarabangsa di dunia dipindahkan dari tengah bandaraya kepada kawasan pinggir bandar.

Selain itu, kebanyakan bangunan dan fasiliti di PU Sungai Besi ini sudah berusia 60 tahun ke atas serta dalam keadaan usang.

Oleh itu, satu perjanjian telah dibuat dengan 1MDB.

Apa yang ATM perolehi dengan penyerahan tanah 486 ekar Sg Besi?

1) ATM dapat Pangkalan Udara di Sendayan di atas tanah 750 ekar yang jauh lebih besar.

Dengan keluasan tiga kali ganda daripada saiz fasiliti dibina sedia ada di PU Kuala Lumpur, PU Sendayan telah dilengkapi dengan fasiliti moden, sejajar dengan pelan modenisasi nasional TUDM. 

Ada yang bertanya mengapa Pangkalan Udara (PU) Sendayan yang satu kali lebih besar dari PU Sungai Besi tidak ada landasan penerbangan.

Ini di atas keperluan perancangan pihak TUDM sendiri kerana mereka percaya pangkalan-pangkalan lain di negara termasuk pembinaan dan kenaikkan taraf di PU yang lain oleh 1MDB seperti di Subang sudah memenuhi keperluan TUDM pada masa ini.

Kalau TUDM memerlukan landasan di PU Sendayan, kerajaan pada masa itu tentu akan membina juga.

PU Sendayan sudah bermula operasi pada 16 Mac tahun ini: https://bit.ly/2B3oSzz

Kos pembelian tanah, kos pemindahan dan kos pembinaan dibiayai oleh 1MDB.

Apa lagi yang ATM dan pihak polis dapat?

2) PDRM dapat Pangkalan Udara (PGU) PDRM Subang yang luasnya 40 ekar dengan 17 buah bangunan dan fasiliti baru yang lebih besar berbanding fasiliti lama. PGU ini juga membolehkan operasi PGU berjalan 24 jam tanpa henti yang tidak dapat dijalankan sebelum ini.

PGU Subang ini telah bermula operasi pada 28 Februari 2018. https://bit.ly/2RMNy6j

Kos pembelian tanah, kos pemindahan dan kos pembinaan juga dibiayai oleh 1MDB.


Apa lagi yang ATM perolehi?

3) ATM juga dapat menaiktaraf dan membina 6 lagi aset dan pangkalan mereka.

Ini termasuk PU Gong Kedak (Terengganu), PU Butterworth dan PU PDRM di Ipoh yang telah siap tahun lepas.

Manakala pembinaan dan kerja naik taraf masih dijalankan di PU Kuantan, PU Subang dan Rejimen Artileri Diraja (31 RAD) di Kajang.

Kos ini juga ditanggung oleh 1MDB.


Ada apa lagi yang ATM dapat?

4) Kesemua projek-projek yang bernilai RM2.7 bilion ini dianugerahkan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) - bukan kepada kroni.

Dengan ini, keselamatan aset-aset ini boleh dipastikan dan LTAT boleh menjana untung untuk wang pesara ATM.

Saya amat hairan mengapa saya sering dituduh menjual PU Sg Besi. Mengapa tidak pula mereka katakan saya kejam atau zalim kerana membina PU Sendayan yang jauh lebih besar dan canggih, PGU Subang untuk RMP yang lebih besar dan moden serta menaikkan taraf 6 lagi pangkalan ATM?

Walaupun 1MDB mengambil alih tanah ini dari pihak TUDM sama seperti tanah TRX, harga jualan RM400 juta juga tidak memberi gambaran yang penuh.

Antara syaratnya ialah 1MDB tidak boleh memulakan sebarang pembinaan di atas tanah tersebut dan terpaksa menanggung kos pinjaman untuk beberapa tahun sehingga kesemua 8 pangkalan ATM telah siap dibina dan memulakan operasi.

Setelah kesemua pembinaan dan pemindahan selesai, 1MDB boleh mula memaju dan membangunkan projek Bandar Malaysia yang mempunyak nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM200 bilion - jauh lebih tinggi dari hutang 1MDB kini.

Ini yang propaganda PH telah sembunyikan mengenai 1MDB sehingga kini seperti TRX bernilai RM40 bilion yang saya telah jelaskan di sini: https://bit.ly/2G7qoGq 

Begitu juga dengan peranan 1MDB dalam penyelesaian perjanjian legasi Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) berat sebelah yang akan dan telah membolehkan Petronas dan Tenaga untung sebanyak RM400 bilion dalam tempoh 20 tahun ini seperti saya jelaskan di sini: https://bit.ly/2Pq97aY

Oleh kerana ramai tidak suka baca dan sering panggil saya lukis, maka saya juga lukis kesimpulan untuk isu PU Sungai Besi ini.

DS Mohd Najib Tun Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia


Daeng : Najib sepatutnya tidak mendedahkan hal ini kerana jumlah pengundi daripada badan beruniform kini berpihak kepada kerajaan Pakatan Harapan. Yang mana kerajaan ada kisahkan kebajikan dan keperluan mereka. Mereka hidup selesa seperti mana Mahathir sendiri mengatakan mereka (penjawat awam) "GEMUK" (merujuk kepada pemalas, tidak efeysen dan manja) semasa di zaman pemerintahan Barisan Nasional yang sering memberikan penghargaan kepada usaha mereka. 

Hari ini mereka sendiri dihukum oleh Mahathir dengan mengurangkan kan perbelanjaan, dipotong bonus tahunan, disekat kenaikan gaji, tidak ada pengambilan baru dan berkira kira untuk menamatkan lebih ramai penjawat awam pada masa akan datang kerana ia adalah agenda utama DAP yang konsisten untuk mengecilkan saiz penjawat awam yang rata ratanya diduduki oleh orang Melayu.

Sehingga hari ini 17,000 telah dibuang kerja oleh Kerajaan Pakatan Harapan dari pelbagai gred terutama bagi yang berjawatan Kontrak.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 19 June 2018

DAP Mahu Speaker Dewan Rakyat?!


Ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh dikatakan bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, pemilihan Hannah Yeoh itu ekoran dari pengalaman beliau ketika mengendalikan Dewan Undangan Negeri Selangor serta dilihat sebagai seorang reformis yang berani membawa agenda perubahan yang boleh mengangkat kembali martabat dan peranan Parlimen Malaysia.

“DAP mencadangkan Hannah Yeoh dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat sebab beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai Speaker (Dun Selangor) yang menyokong agenda reformis.

“Selain daripada itu, Hannah juga merupakan seorang yang berani serta mempunyai idea dalam membawa pelbagai agenda-agenda besar untuk meletakkan institusi parlimen kembali dihormati,” kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu.


Sumber itu turut menjelaskan DAP mengharapkan agar pemilihan Hannah dapat memulihkan imej negara yang sebelum ini tercalar teruk dengan pelbagai skandal.

“Pemilihan Hannah juga bakal mengukir satu lagi sejarah baru negara sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang selama ini dimonopoli oleh kaum lelaki.

“Sebelum ini Parlimen kita sering menjadi bahan jenaka masyarakat dunia kerana gagal berfungsi seperti yang diharapkan serta sering menjadi perisai bagi menyelamatkan pemimpin negara yang korup, maka pemilihan Hannah ini dilihat sebagai satu keputusan yang tepat bagi memulihkan imej negara yang telah tercemar,” tegasnya lagi.

Sementara itu Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran ketika ditemubual sebuah portal baru-baru ini turut memberikan gambaran yang sama berhubunng perlantikan Hannah itu.

Kulasegaran yang juga merupakan ahli parlimen DAP Ipoh Barat berkata beliau telah berjumpa dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membincangkan mengenai perlantikan tersebut.

Sekiranya terpilih, Hannah bakal mencipta sejarah sebagai orang bukan Islam yang pertama dilantik menjawat jawatan tersebut.

Sidang pertama Dewan Rakyat dijadual berlangsung pada 25 Jun ini. – SuaraTV

DS : Padah kepada pencatur politik di negara ini, akhirnya satu persatu diragut didepan batang hidung?
Baca Seterusnya...

Thursday, 7 June 2018

Lorong Tol Mula Ditutup 12 hingga 24 Jun 2018 #MalaysiaMemilih #TolPercuma #PakatanHarapan



Lorong Tol mula ditutup mulai 12 hingga 24 Jun 2018?
Berita gembira ini ditagih oleh semua rakyat Malaysia yang dahagakan manifestor Pakatan Harapan yang menjanjikan Tol Percuma pada kempen Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu.

Dalam jelajah kempen PRU14, rata rata pemimpin (kerajaan hari ini) menjanjikan pelbagai tawaran yang boleh disama ertikan seperti kata kata dari sebuah filem bertajuk 'The God Father(1972)' yang berbunyi "I'll Make Him an OfferHe Can't Refuse" oleh watak Don Vito Carleone.

Selepas Kerajaan Pakatan Harapan memerintah belakulah kejadian yang tidak dijangkakan oleh seluruh rakyat Malaysia antaranya Kerajaan bersetuju dengan pendapat Parti Paling Dominan didalam Kerajaan Pakatan iaitu DAP untuk membuat penjawat awam. Dari jumlah yang dianggarkan akan dipecat 50,000 akan tetapi dimulakan dengan 17,000 penjawat awam yang berstatus kontrak dengan alasan 'mereka diterima berkerja kerana lantikkan politik'

Alasan yang sengaja dihebahkan adalah untuk para penyokong Pakatan bersetuju dengan arahan dan pelaksanaan tersebut (kerana dendamkan penjawat awam yang majoriti Melayu dan terbela dibawah pemerintahan Kerajaan sebelum ini) akhirnya pihak kerajaan gagal menyingkirkan pekerja pekerja ini contohnya SPAD (Diantara mereka ada pegawai lantikan kontrak/tetap) kononnya mahu dipindahkan ke Jabatan Pengangkutan Awam akhirnya dikekalkan dan ditukarkan nama kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat - APAD kerana mereka secara jelas tugas SPAD adalah berbeza dengan Jabatan Pengangkutan Jalan yang mana tenaga pakar yang dilantik berkerja bukan semata mata jalan raya tetapi mereka adalah yang arif tentang LRT dan MRT dan mereka juga bukan dilantikan dari mana mana parti politik.

Ini kerana sebelum ini admin sendiri telah menyuarakan didalam blog ini tentang SPAD sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab dalam hal hal yang berkaitan dengan pengurusan Pengangkutan Awam Darat. Kerajaan terlalu emosi dalam menjawap persoalan dan gopoh dalam mengeluarkan kenyataan yang akhirnya tidak memberi faedah kepada negara. Lihatlah kisahnya salah melaporkan hal tentang Hutang Negara untuk membuat alasan (tidak mampu menunaikan manifestor Pakatan) kerana kantung kerajaan sedang tenat sedangkan semua tahu rizab kerajaan yang ditinggalkan oleh DS Najib Razak bernilai lebih RM400 billion.

Hari ini harga Petrol dinaikkan ianya telah bercanggah dengan manifestor Pakatan Harapan yang mahu menurunkan harga petrol sehingga bawah RM1.50 alangkah malangnya pak lebai menang sorak kampung tergadai.

Yang berjaya ditutup mulai 12 - 24 Jun ini hanyalah "Lorong Tambah Nilai sahaja" sedangkan tol masih lagi dikenakan oleh Kerajaan sedangkan yang dijanjikan adalah percuma.

Harga barang usah risau, tetap tidak berubah malah makin mahal. Kerana tidak ada satu pun negara didalam dunia ini mampu menurunkan harga barang seperti zaman dahulu kala kerana mengikut takrif ekonomi harga barang dipengaruhi dengan faktor nilai mata wang, cukai, cuaca, pemintaan, pengeluaran, polulasi penduduk dan beberapa sebab lagi (tidak lupa jerung jerung (orang tengah) yang akan kembali berkuasa (main harga) selepas GST dimansuhkan dan dikembalikan dengan cukai lama SST).

Padah rakyat Malaysia mengundi kerajaan hari ini dengan berpandukan fitnah dan maklumat yang salah dan dimanipulasikan. 

Nak kata 'padan muka' Admin pun turut kena bayar tol. Sama samalah kita padan muka.
Baca Seterusnya...

Thursday, 31 May 2018

PM Manipulasikan Hutang Negara?! #ManipulasiHutangNegara


Dari Facebook Abu Bakar Aby (Orang kuat Tun M)

"Alhamdulillah..Tun M tetap menerima apa juga dugaan secara tenang dan tidak hilang fokas sama sekali utk menumbangkan kerajaan dibawah pimpinan kleptokrasi serta beliau sanggup mengetuai gerakkan menyelamatkan masa depan rakyat dan negara sahingga berjaya. Saya berdoa agar Tun M tidak tersilap membuat pilihan lagi. Gambar ini saya ambil sambil berbual."

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=271939480017339&id=100016038673363

Cuba kita zoom lihat dokumen apa yang berada diatas meja PM?!


"Manipulasi Hutang Negara"

Skrip apa ini?

#MalaysiaMemilih #ManipulasiHutangNegara
Baca Seterusnya...

Wednesday, 30 May 2018

Ramai Cina Sokong Pakatan Harapan #PakatanHarapan #Harapan


Pada piliharaya PRU14 yang lalu UMNO yang menggunakan tiket Barisan Nasional telah berjaya menarik UNDI MELAYU dalam 46% manakala PAS yang tidak bersama parti lain telah mendapat 28% diikuti oleh Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP telah mengutip 25%. 

Jumlah peratusan yang dikeluarkan ini jelas undi anak muda Melayu masih lagi berpihak kepada UMNO/PAS. Umumnya, jangan membuat tanggapan salah kononnya pengundi muda kali ini telah diberikan kepada Pakatan Harapan kerana kita sedia maklum Parti Melayu pada masa ini berpecah kepada 5 pada pertembungan yang merugikan umat Melayu. Yang wajar diberi perhatian adalah, kemana perginya undi anak muda berbangsa cina pada PRU14 yang lalu? 

DAP mendominasi Pakatan Harapan dengan menjadikan PM Mahathir kuda tunggangnya seperti yang di beritahu si celupar Hew Kuan Yau yang kini sedang mengatur agendanya secara , Tidak hairanlah beliau hanya menuruh sahaja desakan DAP ada PKR dari kalangan wakil Cina. 

Tapi ramai cuba memnyembunyikan fakta yang mana pengundi keturunan Cina pada PRU14 telah memberikan 92% undi kepada Pakatan Harapan. Jadi tidak hairanlah tindakan mereka pada ketika ini lebih kepada tindakan popular dikalangan orang cina seperti hal hal bersentuhan Tanah, Agama dan Raja antaranya isu memadam status agama di kad pengenalan warganegara Malaysia yang dibangkitkan wakil parti kerajaan , memecat penjawat awam berstatus kontrak yang majoritinya berbangsa Melayu menjelang hari raya yang kurang dari satu (1) bulan sekarang dan tuntutan yang melibatkan Perkara 153 Pelembagaan Persekutuan.

Kini jangan hairan ada Melayu mempersoalkan Sultan dan Majlis Raja Raja seperti yang dilakukan oleh badut tua A. Kadirr Jasin yang juga bekas wartawan utusan, tindakan beliau mendapat sokongan padu daripada golongan golongan ini.

Bonus dan imbuhan penjawat awam antara yang menjadi pertikaian Kerajaan hari ini memandangkan Menteri Kewangannya dari seorang yang pandai membotakkan bukit di Pulau Pinang sahaja.

Admin ada melihat sebuah video yang telah viral selepas PRU14 yang mana didalam video tersebut bagaimana YB DAP 'menyamun' dalam kempen PRU14. Tonton dan lihat apa yang dicanang dihadap orang cina didalam bahasa cina.



Siapa tak mahu tanah hak milik kekal? Implikasi terhadap tindakkan tersebut adakah beliau difikirkan?!

Barisan Nasional pada PRU13 telah melaksanakan amanah yang diberikan tanpa mengikut status bangsa dalam pemerintahannya. Walaubagaimanapun undi cina kepada Pakatan Harapan telah berjaya menjatuhkan parti yang banyak berjasa dari sejak negara ini merdeka.

FAKTOR TUN MAHATHIR MEMENANGKAN PAKATAN HARAPAN JUGA ADALAH SALAH KERANA RATA RATA CINA DAP HANYA MENUNGGANG BELIAU SAHAJA.



Baca Seterusnya...

Monday, 28 May 2018

TIDAK Turunkan Harga Barang?! #NoGST #GST

Peniaga di seluruh negara dikehendaki menyalurkan penjimatan daripada penetapan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) standard enam peratus kepada kadar sifar mulai 1 Jun ini dalam bentuk harga yang lebih rendah kepada pengguna.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata peniaga juga diseru untuk tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan menurunkan harga barangan dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna.

Beliau berkata kerajaan tidak akan melaksanakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) pada 1 Jun ini dan akan mengumumkan tarikh pelaksanaannya kemudian.

"Oleh itu, semua peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan berikutan cukai barang dan perkhidmatan yang dikenakan pada kadar enam peratus akan disifarkan mulai 1 Jun ini," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kementerian Kewangan sebelum ini mengumumkan bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport akan dikenakan GST pada kadar sifar, berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.

Subromaniam berkata semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar tersebut.

Katanya kerajaan akan mengambil langkah-langkah tegas bagi memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Peniaga boleh merujuk soalan lazim berkaitan tempoh peralihan enam peratus kepada kadar sifar yang telah dimuat naik dalam laman web www.customs.gov.my dan portal gst.customs.gov.my. -- BERNAMA



DS : Syarikat yang mengaut pendapatan RM500,000 sahaja yang berkaitan dengan cukai GST ini di Malaysia. Walaubagaimanapun peniaga pastinya tidak akan menurunkan harga barang ini kerana barangan tersebut bermusim memandangkan kini menjelang lebaran Hari Raya Puasa kurang dari 3 minggu dari sekarang.

Tindakan populis ini hanyalah retorik pihak Kerajaan untuk meraih sokongan penyokong Pakatan Harapan yang secara tidak langsung sebagai tiket untuk memperbodohkan rakyat Malaysia yang sebelum ini termakan dengan janji manis kononnya mereka menyalahkan GST sebagai punca harga barang naik sedangkan beberapa faktor yang memberikan kesan kepada harga barang antaranya kualiti barang tersebut, pilihan, pendapatan, cuaca, jumlah penduduk Malaysia dan beberapa lagi.

Selepas 1 Jun ini GST akan ditetapkan kepada 0% (Yang sebelum ini 6%) tetapi pihak pembekal pastinya tidak akan menurukan harga barang memandangkan beberapa faktor laik yang tidak menyebelahi mereka antaranya kos pengangkutan, sewa premis dan sebagainya. Barangan yang telah diserap dengan GST pastinya akan nampak sedikit perbezaan akan tetapi tidak kepada barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini mengenakan caj. 

Dalam erti kata lain harga tetap kekal. Malah GST Masih kekal tidak boleh dimansuhkan kerana ia akan mengundang gelombang yang jauh lebih teruk pada masa akan datang.

Baca Seterusnya...

Wednesday, 23 May 2018

Kakitangan Harap Kerajaan Tidak Bubar #SPAD

Pekerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang ditubuhkan pada tahun 2010 tidak menjangkakan ia akan dibubarkan. 

Salah seorang kakitangan yang tidak mahu didedahkan identitinya memberitahu kepada wartawan menyatakan rasa terkejut apabila suruhanjaya itu mahu dibubarkan oleh kerajaan sepertimana yang disampaikan oleh PM Tun Dr. Mahathir pada sidang media petang tadi. 

"Kami semua memang tidak jangka perkara ini berlaku sebab kami buat kerja... pelantikan staf di sini bukan pelantikan politik... pelantikan kami sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kami (SPAD) memudahkan pengurusan untuk pengangkutan darat. Berbeza dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), mereka lebih kepada pengangkutan persendirian. Kami harap kerajaan dapat pencerahan sebenarnya apa fungsi SPAD, " kata kakitangan tersebut. 

Beliau memberitahu mereka masih belum dimaklumkan bila tarikh terakhir mereka akan berkerja akan tetapi masih mengharapkan pertimbangan yang baik akan belaku oleh pihak Kerajaan. 

SPAD sebelum ini dilihat secara umumnya sebuah badan pemantau bebas yang berkecekapan dalam hal hal yang melibatkan pengangkutan awam dan rata ratanya memberikan maklumbalas yang positif oleh para pengguna pengangkutan awam. 

Antara operasi berjaya yang telah dilakukan oleh SPAD antaranya operasi membenteras penipuan 'ulat tiket dan ulat teksi' yang membelenggu para pengguna di terminal teminal hentian bas, teksi dan lapangan terbang.

Sebelum ini tidak ada badan yang bertindak efektif dalam menangani  masalah itu sehingga tertubuhnya SPAD. Kini masalah sedemikian tidak lagi menjadi hal yang kritikal memandangkan pihak SPAD sering melakukan pemantauan dan operasi operasi bersepadu bersama dengan agensi lain antaranya pihak Polis Di Raja Malaysia.


Baca Seterusnya...

Tuesday, 22 May 2018

#SPAD Menyamar Untuk Tangkap Prebet Sapu?

WALAPUN operasi kerap dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap ulat teksi atau prebet sapu dilokasi tumpuan awam, masih ramai yang berani buat demikian meskipun telah ditegaskan akan diambil tindakkan. 

Semalam dua suspek ditahan oleh penguat kuasa SPAD kerana disyaki menjalankan aktiviti ‘prebet sapu’ di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 

SPAD menggunakan teknik penyamaran untuk mengesan ‘prebet sapu’ yang mana pemandu teksi akan bersikap berpura pura penuh disiplin sekiranya kehadiran pegawai anggota SPAD di lokasi operasi. 

Jurucakap SPAD memaklumkan Ops Khas Parasid itu mengesan 2 lelaki memujuk pelanggan diterminal berkenaan sebelum ditahan selepas membuat pemeriksaan mendapati kedua dua suspek menawarkan perkhidmatan teksi tanpa melalui kaunter yang ditetapkan. 

“Sepasukan anggota penguat kuasa SPAD KLIA bersama seorang pegawai melaksanakan Operasi Khas Parasit bagi membanteras kegiatan ulat dan kereta sapu di Terminal KLIA dengan cara penyamaran. 

“Hasil daripada operasi yang dilaksanakan, pasukan penguat kuasa SPAD KLIA berjaya membuat tangkapan terhadap dua suspek masing-masing melakukan aktiviti ulat kereta sapu dan sebuah kenderaan persendirian disita,” katanya 

Jurucakap SPAD berkata, kedua dua suspek dikesan memujuk pelanggan disitu dengan harga tambang yang ditawarkan antara RM85 sehingga RM150 bagi perjalanan sekitar lembah kelang. 

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana memujuk dan Seksyen 16 (1) akta sama kerana mengadakan sesuatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali,” katanya. 

Teknik penyamaran ini adalah jalan terbaik untuk membendung tindakkan tidak bertanggungjawab ini bagi menyelesaikan masalah yang menghimpit para penumpang yang terpaksa membayar lebih tambang yang tidak sepatutnya, SYABAS SPAD

Salah seorang Suspek yang ditahan oleh pihak SPAD di KLIA



Baca Seterusnya...

Friday, 4 May 2018

#SPAD Buat Lawatan Rasmi Ke Wilayah Utara #PenangSentral

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi SPAD, Pn Qamar Wan Noor dan pihak pengurusan SPAD telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Wilayah Utara pada Khamis, 3 Mei 2018


Pada lawatan ini, rombongan SPAD telah meninjau kemajuan projek hab pengangkutan awam berintegrasi Penang Sentral, yang mempunyai kemudahan untuk bas, teksi, pengguna KTMB, dan feri.




Rombongan SPAD juga telah melawat Pusat Kawalan Bas (Bus Control Centre) Rapid Penang, yang memantau pergerakan semua bas yang dioperasikan oleh Rapid Penang, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd.





Pusat kawalan tersebut yang terletak di Pengkalan Weld mampu membantu Rapid Penang mengawal segala pergerakan bas di wilayah utara, termasuk bas Rapid Kamunting dan Rapid Manjung yang beroperasi di utara Perak.





Projek ini juga adalah selaras dengan rancangan tempatan dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang di bawah kerajaan negeri. Projek ini merupakan inisiatif pihak swasta iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) melalui kerajaan persekutuan.

Tanah projek Penang Sentral yang melibatkan 28 bidang tanah di kawasan seksyen bandar Butterworth telah diberikan kepada Penang Sentral Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh MRCB.


Kesemua pengangkutan awam ini diletakkan di bawah satu bumbung yang menawarkan satu sistem pengangkutan awam yang komprehensif. Selain itu, ia adalah pemangkin kepada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang dapat merealisasikan rancangan di dalam pelan tersebut.
Baca Seterusnya...

Thursday, 3 May 2018

Empat Suspek 'Prebet Sapu' Ditahan Di KLIA #SPAD

LAGI EMPAT suspek ditahan oleh Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Terminal KLIA dan KLIA 2, selepas dikesan menjalankan aktiviti ‘prebet sapu’ dilokasi tersebut pada pagi semalam. 

Operasi Khas Parasit dilaksanakan selepas mendapat aduan daripada orang ramai itu yang disertai seorang pegawai dan 25 orang anggota itu mengunakan modus penyamaran bermula pada jam 8.00 pagi kemarin dan tamat pada jam 5.00 pagi semalam. 

Jurucakap SPAD memberitahu, hasil operasi ini pihaknya menahan empat orang suspek yang didapati memujuk pelanggan di terminal berkenaan dan tiga daripadanya adalah pemandu yang menggunakan aplikasi e-hailing yang berdaftar. 

Salah seorang suspek yang ditahan oleh SPAD
"Operasi dilaksanakan bagi membanteras kegiatan ulat dan kereta sapu di Terminal KLIA dan KLIA 2. Modus operandi operasi adalah secara penyamaran dan pemantauan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

"Hasil daripada operasi yang dijalankan, Pasukan Penguatkuasa SPAD berjaya membuat tangkapan terhadap empat suspek masing-masing ulat kereta sapu dan ulat aplikasi. Kami turut menyita tiga kenderaan persendirian," kata jurucakap SPAD. 

Beliau menambah, hasil siasatan mendapati mereka memujuk pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan mereka bagi perjalanan sekitar Puchong, Balakong, Seri Kembangan dan Kuala Lumpur dengan caj sekitar RM70 sehingga RM100 sehala. 

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana memujuk. 

"Operasi ini dijalankan secara berterusan kerana pihak kami menerima banyak aduan daripada orang awam berhubung aktiviti ulat teksi. Pihak kami juga kesal dengan tindakan pemandu e-hailing yang menyalahgunakan aplikasi berkenaan. 

"Taktik menggunakan aplikasi e-hailing ini dilihat semakin berleluasa sebagai satu daripada cara mengelak daripada ditahan kerana menjalankan prebet sapu. Sedangkan mereka memujuk penumpang terlebih dahulu tanpa menggunakan aplikasi berkenaan sebelum memasukkan butiran penumpang kononnya pelanggan yang membuat permintaan untuk mengambil mereka di lokasi," katanya lagi.
Baca Seterusnya...

SKYPARK Percuma Sebulan #SPAD #SkyPark

Stesen Terminal Skypark yang baru dibuka dijangka akan menerima 3,250 penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan tersebut untuk sehari. Stesen yang mula beroperasi pada 1hb Mei 2018 ini menyediakan perkhidmatan pertama seawal jam 5.30 pagi dan terakhir jam 9.25 malam. Manakala dari Terminal Skypark akan bermula jam 7.50 pagi dan berakhir jam 11.20 malam. 

Sebagai permulaan, bermula pada 1hb Mei hingga 31 Mei ini perkhidmatan ini akan beroperasi dengan kekerapan 60 ke 180 minit. Manakala bermula 1 Jun ianya akan beroperasi setiap 60 minit sekali.


Pembukaan stesen dan perkhidmatan tren disediakan itu adalah alternatif mod perjalanan melalui rel kepada orang ramai khususnya untuk memberi tumpuan kepada penumpang yang kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan di Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang Jaya serta mereka yang tinggal dan bekerja di sekitar kawasan berkenaan.

Keretapai Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan bahawa, stesen yang bermula dar KL Sentral itu telah menerima sambutan yang amat baik daripada penumpang yang ingin merasai pengalaman pertama mereka. 

Tiga set tren dengan tiga gerabak telah disediakan dan beroperasi pada setiap hari yang akan memberi perkhidmatan sebanyak 26 kali bermula dari Stesen KL Sentral hinggalah ke Terminal Skypark dan sebaliknya, ujar KTMB lagi. 

Kemampuan tren ini ialah dengan memuatkan 300 penumpang dengan 200 tempat duduk disediakan. Bagi tempoh sebulan pertama, orang ramai akan diberi peluang untuk menggunakan perkhidmatan ini secara percuma sebelum ianya mendapat kelulusan tambang daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 

Seorang penumpang bernama Zarina Ismail berumur 47 tahun, dimana beliau pertama kali menggunakan perkhidmatan dari KL Sentral ke Subang Jaya memaklumkan bahawa, perkhidmatan ini boleh dijadikan sebagai alternatif perjalanan ke tempat kerja. 

Beliau yang menetap di Subang Bistari dan bekerja di Petaling Jaya sebelum ini menggunakan kereta untuk ketempat kerja. Beliau telah mencuba menggunakan perkhidmatan ini dan mengakui ianya boleh membantu menjimatkan masa dan minyak kereta, apatah lagi masanya yang sangat fleksible. Secara tidak langsung beliau boleh merancang untuk ketempat kerja, ujarnya lagi. 

Manakala bagi Siti Norlida Badiozaman yang berumur 32 tahun yang telah menggunakan perkhidmatan ini bagi merasai sendiri pengalaman bersama dengan keluarganya memaklumkan bahawa, perkhidmatan ini amat efisen, tempat duduk penumpang selesa dan urusan untuk mendapatkan tiket juga mudah. Beliau berharap perkhidmatan ini akan memudahkan setiap orang yang ingin menggunakan perkhidmatan ini, uajrnya lagi.
Baca Seterusnya...

Monday, 30 April 2018

Perkhidmatan Subang SkyPark link Percuma Sebulan #SPAD

Perkhidmatan Subang SkyPark link mula dibuka esok. Projek Landasan Berkembar Elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang merupakan satu projek di bawah Kementerian Pengangkutan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam berasaskan rel kepada pengguna Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) khususnya serta kepada penduduk kawasan sekitar secara amnya.


Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik akan mengguna pakai sistem sedia ada di Lembah Klang yang menyediakan perkhidmatan kereta api KTM Komuter.


Anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En Azharuddin Mat Sah telah mengadakan lawatan kerja ke Laluan Subang Jaya- Terminal SkyPark. Bersama adalah Lembaga Ahli KTM Berhad dan Encik Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif KTM Berhad. Perkhidmatan Subang SkyPark link ini akan beroperasi secara percuma mulai esok untuk sebulan. ( 1-31 Mei 2018)






PERINCIAN PROJEK LANDASAN KERETAPI DARI SUBANG KE TERMINAL SKYPARK SUBANG

Projek Landasan Berkembar Elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang ini bertujuan menyediakan pengangkutan awam berasaskan rel kepada pengguna Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah serta penduduk sekitar untuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur dan seterusnya ke KLIA Sepang. Perkhidmatan rel yang mesra alam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sedia da serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan jaringan integrasi degan sistem pengangkutan rel antara KTMB, LRT serta MRT.


Baca disini : 

Baca Seterusnya...

Friday, 27 April 2018

MCA Yakin Pengundi Cina Wangsa Maju sokong BN #MCA

Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Yew Teong Look merupakan calon Barisan Nasional (BN) di Wangsa Maju pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Beliau ditampilkan semula setelah kerusi parlimen ini telah diwakili oleh calon UMNO Mohd Shafei Abdullah pada PRU13. 

Keadaan ini telah menimbulkan sedikti polimik khususnya dari kalangan penyokong UMNO setelah calon MCA dumumkan sebagai calon di parlimen Wangsa Maju. Namun keadaan ini tidak lama kerana masing masing faham bahawa PRU kali ini bukanlah medan untuk bertelagah dan berpecah. Kerana yang lebih penting untuk merampas kembali kerusi daripada pembangkang. 

Oleh yang demikian dengan berakhirnya polimik ini maka Presiden MCA Liow Tiong Lai amat yakin bahawa parlimen Wangsa Maju akan kembali dimenangi oleh BN apatah lagi melihatkan sokongan terbuka calon BN daripada MCA yang kembali ditampilkan pada PRU14. 

Berdasarkan tinjauan dan gerak kerja yang dilakukan, Tion Lai menjelaskan bahawa sokongan orang cina terhadap Yew di kawasan Wangsa Maju amat tinggi kerana mereka sudah kenal lama dengan Yew dan Liow Tiong Lai juga menyambut baik kenyataan Mohd Shafie kini yang ternyata sudah selari dengan kehedendak pucuk pimpinan BN dengan memaklumkan bahawa beliau akan memberi sokongan kepada calon BN yang bertanding pada PRU14.

Baca Seterusnya...

Thursday, 26 April 2018

Ong Ka Chuan Terus Bantu Calon Barisan Nasional #MCA #PRU14 #GE14

Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga Menteri Perdaganagn Antarabangsa dan Industri II, reda kerana namanya tidak tercalon semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai calon Barisan Nasional (BN) di parlimen Tanjung Malim. Kerusi parlimen ini akan diwakili oleh Datuk Dr Mah Hang Soon yang juga Pengerusi MCA Perak dan juga EXCO kerajaan negeri. 

Sebagai seorang yang akur kepada keputusan kepada pucuk pimpinan BN, pemakluman oleh pucuk pimpinan BN yang beliau tidak dicalonkan diterimanya dengan hati terbuka malah langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus membantu calon MCA dan parti komponen BN lain dalam kempen PRU14 kali ini. Ini bersesuaian dengan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung MCA. 

Malah beliau akan menjelajah keseluruh Negara bagi membantu calon MCA dan parti komponen BN dan beliau dengan penuh tanggungjawab telah meminta semua penyokongnya agar terus menyokong MCA dan semua parti komponen untuk mempastikan kemenangan BN pada PRU14. 

Untuk rekod, Ka Chuan adalah pemimpin MCA yang cemerlang dalam menggalas tanggungjawabnya, beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chendering selama empat penggal bermula tahu 1986 hingga 1999 dan pernah dilantik menjadi EXCO kerajaan negeri Perak. 

Manakala pada PRU 2004 beliau tewas kepada calon DAP di parlimen Batu Gajah sebelum berpindah dan menang di parlimen Tanjung Malim pada tahun 2008 dan terus mengekalkan kerusi di parlimen tersebut sehingga tahun 2013.
Baca Seterusnya...

Monday, 23 April 2018

MRT Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya Siap 24 Peratus! #SPAD #BetterNation

Datuk Najmuddin Abdullah yang juga Pengarah komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah memaklumkan bahawa kerja pembinaan bawah tanah bagi Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (SSP) ketika ini berjalan lancar dengan tahap pencapaian kemajuan pembinaan sehingga 24 peratus dan berjalan mengikut jadual. 

Najmuddin juga memaklumkan bahawa kerja kerja pembinaan terowong kini berjalan lancar menerusi Mesin Pengorek Terowong (TBM) dan setakat ini hanya satu stesen sahaja sudah menjalankan pembinaan terowong bawah tanah manakala 11 lagi akan dibuat secara berperingkat. 

Sewaktu sidang akhbar selepas demonstrasi keupayaan pemadaman kebakaran dan menyelamat MRT bagi kerja – kerja bawah tanah, beliau juga memaklumkan bahawa kesemua bahagian dalam projek pembinaan tersebut telah menjalankan kerja kerja mereka dengan pesat malah lebih cepat dari yang dijangkakan. 

Manakala Pengarah Projek MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, Satpal S. Bhogal yang turut hadir dalam demonstrasi tersebut telah mengulas mengenai pasukan Pemadam kebakaran dan Penyelamat MGKT dengan menyatakan bahawa MGKT ini telah melipatgandakan usaha serta memperkasakan keupyaan memadam kebakaran dan menyelamat dengan penambahan aset aset penyelamat yang baru seperti kereta pemadam kebakaran, ambulans paramediks dan kenderaan angkat berat serta perlindungan impak pelbagai guna. 

Bhogal turut menjelaskan bahawa perkhidmatan kecemaran perlu dipertingkatkan ekoran semakan semula terperinci mengenai risiko, keperluan liputan jajaran yang lebih besar, tempoh masa pengeluaran mangsa dan kesukarannya serta kepakaran amat diperlukan bagi menangani sebarang insiden bawah tanah yang rumit.


Baca Seterusnya...

SABAR! Utamakan Semangat Barisan Nasional - Liow Tiong Lai #MCA

Kemelut sebagaiman parti komponen Barisan Nasional di Wangsa Maju lazimnya akan berlaku apabila parti yang sepatutnya mewakili parlimen berkenaan tidak terpilih dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sekali lagi MCA berjaya terpilih atas kesepakatan dan persetujuan pucuk pimpinan BN. 

Datuk Seri Yew Teong Look akan menjadi calon di parlimen Wangsa Maju pada PRU14 kali ini. Keputusan ini sedikit sebanyak telah mengecewakan penyokong parti UMNO kerana mereka amat berharap agar UMNO terpilih menjadi calon pula pada PRU kali ini. 

Para penyokong UMNO Wangsa Maju kononnya telah ‘merajuk dan memboikot’ BN kerana merasakan segala usaha dan penat lelah selama ini sia – sia memandangkan Ketua UMNO bahagian Wangsa Maju tidak tercalon pada PRU kali ini. Mereka berpendapat dengan majoriti pengundi melayu iaitu sebanyak 60% maka UMNO berhak diberi peluang sekali lagi kali ini. 


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengulas hal ini kepada pemberita sewaktu di temui di pejabat UMNO negeri yang mana beliau telah menggesa agar para penyokong BN di kawasan parlimen Wangsa maju supaya terus bersatu dan menghormati semangat kesepakatan BN mengenai pengagihan kerusi kerana BN mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi itu dari pembangkang jika parti komponen bekerjasama. 

Beliau meminta agar kesemua penyokong bersabar dan seharusnya perlu mengutamakan semangat BN kerana ianya lebih penting. Tiong Lai juga menjelaskan bahawa BN mempunyai konsensus yang meminta untuk kesemua parti dalam BN bersatu memenangkan calon BN. 

Pada PRU13, Wangsa Maju yang diwakili oleh Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah telah tewas kepada calon PKR, Datuk Tan Kee Kwong dengan 5,511 undi. 

Berkenaan komposisi 22 calon MCA di Selangor pada PRU14 kali ini, Tiong Lai amat berpuas hati secara keseluruhannya termasuklah calon MCA yang paling muda iaitu Lee Yee Yuan berumur 28 tahun. Seorang arkitek yang bertauliah. 

Lee akan bertanding di kerusi DUN Sekinchan buat kali pertama dan berdasarkan kepada senario terkini, BN mempunyai peluang terbaik untuk merampas kembali kerusi itu dari calon DAP, Ng Suee Lim yang telah disandangnya selama 3 penggal.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...