Friday, 31 March 2017

SPRM Serbu Pejabat Teresa Kok DAP #SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dekat Kuchai Lama di sini. Difahamkan, mereka tiba kira-kira jam 11 pagi.

Tindakan itu dipercayai susulan laporan dibuat Pengerusi Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (YAWAS).

Sumber SPRM ketika dihubungi BH mengesahkan serbuan itu tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Pada 16 Mac lalu, Jamal hadir ke pejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS Shah Alam untuk membuat laporan selepas mendakwa Kok menyeleweng dana YAWAS.

Jamal turut membawa dokumen berkaitan yang didakwanya bukti penyelewengan terbabit. - BeritaHarian



Mengelegak isi perut para pemimpin DAP terutama di Selangor bilamana mendapat perkhabaran pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini diserbu beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pembantu khas Teresa, Edmond Teoh yang pucat lesi memaklumkan perkara ini portal pembelit RoketKini dan secara semberono menuduh Datuk Jamal Yunos menabur fitnah terhadap Teresa Kok dan DAP sehinggakan pejabat operasi DAP Seputeh itu diterjah pegawai penguatkuasa SPRM.

tak lupa pada 13 Mac lalu Teresa Kok mendabik dada mahu menyaman Datuk Jamal Yunos yang membuat laporan terhadap tuduhan perbuatan beliau itu sehingga serbuan ini dibuat Teresa Kok masih tidak mengeluarkan saman kepada Jamal malah hanya membuat penafian diportal berita DAP untuk mastikan para penyokong DAP terpersona dengan drama rasuah bersiri dari para pemimpin DAP.

Tidak lupa kepada pemimpin ulung DAP anak kepada Penasihat DAP selama 51 Tahun Tuan Guru Lim Kit Siang yang kini telah didakwa dalam beberapa pertuduhan dan sedang menjalani proses mahkamah antara kepala rasuah yang sedang melenggahkan perbicaraan. Tidak mustahil drama petang petang pecah amanah Lim Guan Eng ini akan berlarutan dan semestinya pihak lain dipersalahkan terutama UMNO yang dilihat jahat sedangkan yang kini didakwa adalah pihak mereka.

Lepas ini, Tidak hairanlah Teresa Kok juga akan mengikut langkah LGE!
Baca Seterusnya...

Thursday, 30 March 2017

#RUU355 Tidak Perlu Membuat Spekulasi - Annuar Musa #TSAM

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa berkenaan Rang Undang Undang 355!

Keputusan BN tidak mengambil alih peranan dan tanggongjawab PAS dlm mengemukakan RUU PERSENDIRIAN mengenai Akta355 adalah satu bukti bagaimana dan betapa konsistennya AMALAN DAN TRADISI BN dalam memutuskan sesuatu perkara.

Ini adalah antara kunci kekuatan BN di mana solidarity party sentiasa di utamakan dlm suasana Saling MENGHORMATI antara sesama parti komponen. Keputusan di buat secara konsensus BN

Ini yg membezakan BARISAN PRO RAKYAT ie BN dgn PAKATAN PRO DAP ie PH.

Keputusan ini juga sekali gus melambangkan betapa KJAAN BN DAN PARLIMEN MSIA begitu menjunjung hak dan kebebasan setiap ahli parlimen.

Sekarang bola tetap di kaki Pas. Mereka parti yg ada gabungan SPT PKR...dan Ada individu yg selama ini "PEJUANG ISLAM", yg dulu bersama mereka. INI UJIAN BUAT PAS.KITA BAKAL LIHAT SEJAUH MANA SOLIDARITY SESAMA MEREKA TULIN DI PERTAHANKAN

Pendirian Resmi UMNO/BN terhadap bill persendirian itu sendiri belum di buat lagi.. Ini kerana masih byk perkara dan prosedur yg perlu di lalui dlm menggubal sesuatu akta. Kata perumpamaan inggeris "WE SHALL CROSS THE BRIDGE WHEN WE COME TO IT".

Sementara itu pihak pembawa RUU ini (TGHH) mempunyai kuasa dan hak untuk memberi penjelasan KEPADA MKAT, PARTI RAKAN KONGSI. MEREKA DLL. Mereka perlu memahami semua ini secara mendalam sebelum boleh menentukan samaada bersetuju ATAU sebaliknya nanti

Ada beberapa lagi kaedah dan option kearah KITA menjayakan hasrat ini....... 

Tidak perlu membuat spekulasi.


TAN SRI ANNUAR MASA
KETUA PENERANGAN
UMNO MSIA
30/3/17.



Kerajaan hari ini terikat dengan proses dan tertib dalam pelbagai pindaan  yang dilakukan. Ini semua bergantung kepada ahli parlimen yang diwakilkan oleh rakyat yang mana sesuatu pindaan undang undang dapat dibuat apabila mendapat sokongan 2/3 dari ahli parlimen dalam dewan rakyat.

Soal 'siapa dan mengapa' tidak wujud disini kerana PAS sendiri yang mengusulkan Pindaan Rang Undang Undang 355 di dalam sidang dewan rakyat dalam usul persendirian.

Wakil Rakyat yang bakal mengundi dalam perkara ini PAS sekiranya berjaya menyatukan semua ahli parlimen dalam perkara ini ia akan memberikan tamparan hebat kepada barisan PRO-DAP seperti mana yang dikatakan oleh TSAM.

Nampaknya Lim Kit Siang al-bapak segala perkauman adalah antara yang cukup panas punggung dalam hal ini dan mengambil kesempatan bermain api perkauman dengan mendesak komponen BN agar menentang PAS dalam perkara RUU355.

Dengan ayat penuh perkauman LKSmencabar mana mana menteri MCA dalam kerajaan meletak jawatan adalah jarum halus yang cuba disuntik untuk memecahbelahkan barisan kepimpinan kerajaan hari ini sedangkan Kit Siang lupa yang menganjurkan perkara ini adalah dari pembangkang bukannya Kerajaan.

Asalkan dapat peluang nak bakar api perkauman memang ia kepakaran LKS. Belum jadi kerajaan pun dah bercakaran macam anjing dengan kucing.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 29 March 2017

SPAD Pantau Operasi Bas Sekolah #SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) ditubuhkan dalam misinya bagi memantau dan menyelenggarakan tranfomasi pengangkutan awam di Malaysia. Antara aspek yang diberi perhatian selain dari penguatkuasaan undang undang adalah memastikan tahap keselamatan para penggunanya ditambah baik dan sentiasa diberi perhatian.

Pada tiga bulan pertama tahun ini, SPAD dengan kerjasama agensi dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berserta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sering mengadakan operasi bersepadu dibeberapa buah terminal bas dan teksi agar pihak pengendali mematuhi garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihaknya.



Bukan sahaja di terminal, pihaknya turut juga memantau keadaan bas-bas sekolah yang sedang beroperasi dan memastikan pihak pengendali mempunyai kelayakkan yang sepatutnya sekiranya mahu mengendalikan bas tersebut.

Seperti yang disarankan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chow Sin Woon yang mahu pihak SPAD mengambil tindakkan pemantauan yang sewajarnya terhadap para pengusaha bas sekolah yang tidak berdaftar dan tidak mematuhi standard operasi dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Hal ini demi memastikan para pengendali bas sekolah mematuhi syarat syarat yang telah ditetapkan demi kepentingan keselamatan para penumpang ia itu kanak kanak yang dikuatiri terdedah dengan bahaya yang tidak disangka.

SPAD dan agensi yang berkenaan terus mempertingkatkan kerjasama dalam memastikan faktor keselamatan melibatkan kenderaan awam ini dapat dimaksimumkan demi mengurangkan sebarang kejadian yang tidak diingini belaku pada masa yang akan datang.

Terima Kasih dan syabas kepada SPAD!
Baca Seterusnya...

Tidak Seorang Pun Pekerja KTMB Hilang Pekerjaan - Aziz Kaprawi

KENYATAAN MEDIA

27 MAC 2017 | 28 JAMADILAWAL 1438H

Datuk Ab Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia

Tiada Pekerja KTMB Dibuang Akibat RNAA

1. Saya ingin menjelaskan bahawa TIDAK akan ada seorang pun pekerja KTMB yang bakal terlibat dengan Railway Network Access Agreement antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Raiway Assets Corporation (RAC) akan kehilangan pekerjaan.

2. Kesemua pekerja yang terlibat dengan RNAA ini akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB.

3. Malah, saya jamin gaji, faedah dan apa-apa kelebihan yang dinikmati sebagai pekerja KTMB ketika ini TIDAK akan hilang mahupun berkurangan.

4. RAC adalah badan berkanun persekutuan manakala KTMB adalah syarikat milik penuh kerajaan.

5. Oleh itu tidak timbul persoalan bahawa RNAA akan menyebabkan KTMB diambil alih oleh pihak swasta.

6. Perjanjian RNAA adalah selari dengan klausa 89 Akta Keretapi 1991 untuk mengasingkan antara pengendali perkhidmatan keretapi yang mana diuruskan oleh KTMB, DAN pemilikan, pengurusan dan penyelenggaraan segala aset-aset keretapi bakal diuruskan oleh RAC.

7. Saya juga ingin menyangkal tuduhan bahawa akibat daripada RNAA ini, harga tiket dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh KTMB bakal meningkat.

8. RNAA TIDAK akan menyebabkan harga tiket dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh KTMB.

9. Tambahan pula, tuduhan yang mengatakan perjanjian ini bakal menyebabkan KTMB semakin terdedah kepada ketirisan dan kronisme adalah tidak betul.

10. Sebaliknya, perjanjian ini berupaya untuk mengurangkan ketirisan dan kronisme kerana ia menjadikan pengurusan setiap syarikat ini lebih fokus kepada bidang tugas masing-masing. 



----TAMAT----
Baca Seterusnya...

Tuesday, 28 March 2017

Anthony Loke Buktikan Anda Bukan Seorang Pengencut - Choo Wei Sern #MCA

Kenyataan Media 

Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA Eric Choo Wei Sern

Anthony Loke harus berani bercakap benar mengenai isu hukum hudud dan PAS

Saya ingin merujuk kepada kenyataan media Ahli Parlimen Seremban merangkap Setiausaha Organisasi DAP, YB Loke Siew Fook (atau lebih dikenali sebagai “Anthony Loke”), pada 27 Mac 2017 di mana beliau telah menyatakan bahawa “tidak perlu takut” kepada hukum hudud tidak bermaksud menyokong hudud.

Dalam kenyataan media yang sama, YB Anthony Loke juga telah menyatakan bahawa DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS kerana PAS melanggari dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu hudud.

Berdasarkan kenyataan media YB Anthony Loke tersebut, saya ingin melontarkan tujuh (7) soalan berikut kepada YB Anthony Loke:-

1. Apakah pendirian DAP terhadap usul persendirian terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965? Adakah DAP menyokong atau membantah pindaan yang dicadangkan terhadap Akta tersebut?

2. Sekiranya DAP membantah pindaan yang dicadangkan terhadap Akta tersebut, apakah langkah yang telah diambil oleh DAP untuk membantah pindaan tersebut?

3. Adakah rakan-rakan kongsi DAP, sama ada PKR, PAS, PAN dan/ atau Parti Pribumi, menyokong pindaan terhadap Akta tersebut?

4. Sekiranya mana-mana satu rakan kongsi DAP menyokong pindaan terhadap Akta tersebut, apakah langkah yang akan diambil oleh DAP sekiranya DAP membantah pindaan terhadap Akta tersebut?

5. DAP telah seringkali menyatakan bahawa ianya telah memutuskan hubungan dengan PAS. Namun demikian, rekod dalam kesemua suratkhabar jelas menunjukkan bahawa pada 3 haribulan Jun 2015, PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP dan DAP hanya telah membuat keputusan yang sama 13 hari kemudian pada 16 haribulan Jun 2015. Adakah PAS yang menolak DAP atau sebaliknya?

6. Tambahannya, pada 10 haribulan Jun 2015, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng telah dilaporkan sebagai telah menyatakan bahawa DAP hanya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan bukannya PAS. Oleh yang demikian, adakah DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS atau dengan Presiden PAS YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sahaja?

7. Selain itu, Kerajaan negeri Selangor kini terdiri daripada wakil-wakil rakyat dari PKR, DAP, PAS dan PAN. Sekiranya DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS, apakah hubungan DAP dan PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor? Adakah ia betul bahawa PAS telah menolak DAP tetapi DAP masih ingin bekerjasama dengan PAS demi tujuan dan manfaat politik DAP sendiri?

Saya berharap bahawa YB Anthony Loke akan menjadi seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dengan menjawab soalan-soalan yang melibatkan kepentingan rakyat. Soalan-soalan yang dilontarkan ini senang untuk dijawab dan saya berharap bahawa YB Anthony Loke tidak akan menjadi seorang pengecut seperti sesetengah kawan-kawannya dalam DAP yang tidak berani menjawab soalan-soalan yang ringkas seperti ini.


Choo Wei Sern (Eric)

Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA 
Pengerusi Biro Profesional Muda dan Hal Ehwal Pelajar-Pelajar Institut Pengajian Tinggi

Sumber : MCA Online

Choo Wei Sern


Barisan pakatan pembangkang masih teraba raba dalam mencari kesepakatan dalam semua isu termasuk dalam hal yang melibatkan kepentingan parti masing masing, Admin secara peribadi menyokong tindakkan Choo Wei Sern agar Anthony Loke tak perlu berdalih dalam menjawap 7 soalan yang diajukan kepadanya.

DAP terkenal dalam kelantangan dalam pelbagai isu meskipun ia dapat dirundingkan secara ilmiah akan tetapi dalam soal yang diutarakan diatas DAP selaku taukey kepada para pemecah perpaduan masyarakat di Malaysia hari ini jelas gagal menunjukkan pendirian sebenar dan hanya bermain tarik tali dan tidak berhadapan dengan isu yang dibangkitkan.

Bagaimanakah pula jika pakatan yang tidak konsisten dalam melontarkan pendirian ini mahu memerintah negara ini?

Baca Seterusnya...

Sunday, 26 March 2017

Sultan Ibrahim Ada Lesen Keretapi! #SPAD #BangsaJohor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memandu keretapi (Keretapi Tanah Melayu Berhad - KTMB) dari Johor Ke Kuala Lumpur.

Sultan Johor telah bertolak dari stesen Johor Bahru Sentral (JB Sentral) pada jam 9.27pg dan akan berhenti di stesen Kluang dan Segamat terlebih dahulu sebelum sampai di stesen Kuala Lumpur.



Keretapi yang mempunyai nombor pendaftaran 1002 telah bertolak dari platform 4 bersama – sama dengan keluarga Diraja dan kakitangan KTMB. 

Setiusaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani, Datok Bandar Johor Bahru A. Rahim Nin dan Pegawai Daerah Johor Bahru Muhamad Fuad Radzuan turut sama berlepas untuk mengiringi Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim memperolehi lessen memandu keretapi Kelas 26 pada 28 Jun 2010.

Video di artikel asal : http://www.nst.com.my/news/2017/03/224379/johor-sultan-becomes-ktmb-train-driver-day-jb-kl-route
Baca Seterusnya...

Saturday, 25 March 2017

Peserta Sekolah Tajaan DAP Buat Laporan Polis Terhadap Annuar Musa?!

Sekumpulan anak muda DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa atas cubaan menjatuhkan reputasi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Anak muda yang kononnya ini merujuk kepada penyokong DAP sebenarnya mereka adalah satu pasukan yang dilatih didalam Sekolah Demokrasi yang ditaja penuh oleh DAP dalam ertikata lain balaci DAP yang dibayar gaji?

(Gambar) Teknik yang diajar secara tersusun, bergambar foto dengan memegang motif sebenar laporan Polis, DAP mengatakan orang lain perkauman sedangkan DAP yang subur bersikap perkauman, begitu dengan rasuah, DAP mengatakan orang lain rasuah sedangkan setiausah parti itu sendiri kini naik turun mahkamah kerana skandal rasuah jutaan ringgit! - Gambar dari Roketkini

Apakah itu Sekolah Demokrasi?

Bengkel dua hari dua malam mendedahkan para peserta kepada hal-hal kenegaraan, demokrasi dan politik dengan kaedah santai dan sekali-sekala menghiburkan. Diadakan dalam tiga tingkatan. Tingkatan satu menumpukan kepada idea-idea dalam politik dan cabaran-cabaran semasa. Tingkatan Dua mendekatkan peserta kepada soal-soal perlaksanaan idea dan realpolitik. Tingkatan Tiga melatih peserta untuk bergiat di lapangan.

Sebelum ini Tan Sri Annuar Musa mengeluarkan kenyataan secara umum iaitu menganjurkan satu pertandingan bagi SEMUA RAKYAT MALAYSIA agar dapat mengemukakan bahan / fakta / penulisan berkaitan pegangan politik Lim Kit Siang di Malaysia. Adakah ia menjadi kesalahan?

Kini mereka menggunakan (mengarahkan?) pelajar pelajar mereka kononnya atas nama Sekolah Demokrasi membuat laporan polis terhadap Tan Sri Annuar Musa mungkin DAP menyedari bahawa bakal terdapat banyak incriminating evidence seperti yang ditulis oleh blog thekl-chronicle yang mana pertandingan ini akan membuka dan membuktikan bahawa Lim Kit Siang merupakan seorang pemimpin yang rasis dan chauvunis, Maka dari itu jalan terakhir DAP telah mengambil langkah terdesak dengan menggunakan para pelajar sekolah demokrasi yang telah dibasuh mindanya?!
Baca Seterusnya...

Friday, 24 March 2017

SPAD Buka Peluang Pada Golongan Anak Muda #SPAD

SPAD baru-baru ini telah menganjurkan satu sesi interaksi bersama "Young LPT Enthusiasts." Sesi ini dianjurkan untuk memberikan peluang kepada anak-anak muda untuk mengenali dengan lebih mendalam kerja dan usaha di sebalik tirai bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam darat negara. 

Ia juga bertujuan melahirkan pemimpin masa hadapan yang sedar akan kepentingan menggunakan pengangkutan awam darat daripada kalangan remaja.



Seramai 6 orang anak muda yang berumur daripada 16 sehingga 20 tahun telah dipilih untuk program yang pertama kalinya diadakan ini. 

Keenam-enam anak muda yang terpilih adalah:  Ashraff, berumur 20 tahun daripada Kuala Lumpur, Adam Zikry berumur 17 tahun daripada Skudai Johor,  Razim, berumur 22 tahun daripada Kulim, Kedah, Amirur Rashid Zaid, berumur 17 tahun daripada Pontian Johor, Ho Yee Tat Adison berumur 17 tahun daripada Kelana Jaya, Selangor dan Aliff Mohd Rafik, berumur 16 tahun daripada Kuala Lumpur.



Semasa sesi tersebut (bermula pada 20 Mac 2017), mereka telah mengunjungi pelbagai tempat menarik, bermula dengan ibu pejabat SPAD. Anak-anak muda ini telah berpeluang untuk bertemu dengan YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD dan diberikan penerangan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif serta fungsi-fungsi SPAD.



Seterusnya mereka telah dibawa ke Terminal Bersepadu Selatan bagi penerangan mengenai operasi bas Kemudiannya mereka telah mengunjungi Bas Academy RapidKL, Cheras Selatan, di mana mereka diberi peluang untuk mencuba simulator bas yang digunakan untuk melatih pemandu bas RapidKL. Akhir sekali mereka dibawa untuk melawat depoh MRT bagi penerangan mengenai operasi MRT pihak Rapid.




Baca Seterusnya...

Thursday, 23 March 2017

Annuar Musa Lebih Sayangkan The Red Warrior?! #TSAM

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) memaklumkan penarikan dirinya dari bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

Makluman ini disampaikan sendiri oleh beliau di dalam sidang akhbar di lobi Parlimen pagi tadi. Penarikan diri beliau ini disifatkan atas kerelaan beliau sendiri bukan menerima desakkan mana mana pihak. Secara tidak langsung DYTM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau dikenali dengan panggilan Tengku Mahkota Johor telah menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.



Dari apa yang belaku dalam perkara ini TSAM dilihat lebih sayangkan Pasukan Kelantan pasukan negeri Kelahiran beliau berbanding menggalas tugas di dalam FAM meskipun dilihat persaingan sengit bakal belaku sekiranya beliau meneruskan niat asalnya.

Memetik dari status facebook rasmi beliau yang tertulis

"
Saya akan menumpukan perhatian saya dalam membantu PASUKAN KELANTAN terutama meningkatkan lagi program bolasepak akar umbi utk melahirkan lebih ramai bakat di kalangan anak negeri YANG MENJADI TERAS PEMBINAAN PASUKAN KELANTAN selama ini."

Jelas beliau berfikiran teliti dengan niat mahu melahirkan lebih ramai bakat muda dari negeri kelahiran beliau dan jika dilihat dari para pemain tempatan hari ini Kelantan antara negeri yang ramai melahirkan banyak bakat bakat baru yang berjaya mengharumkan nama negera ini diperingkat antarabangsa antaranya penjaga gawang gol negara Khairul Fahmi Che Mat contohnya.





Status penuh facebook Tan Sri Annuar Musa :
https://www.facebook.com/tansri.annuarmusa/posts/1432680223470965

PEMILIHAN PRESIDEN FAM BAGI SESSI 2017/2021

1.Saya telah menerima pencalunan bagi JAWATAN PRESIDEN FAM dan telah di sahkan akan bertanding bersama seorang lagi calun yaitu DYTM TENGKU MAHKOTA JOHOR(TMJ),dalam Kongres FAM Sabtu ini.

2.Saya telah menegaskan bahawa walaupun ada pertandingan,saya mengharapkan suasana ke arah pertandingan yang tenang,harmoni,saling menghormati dan dengan penuh semangat kesukanan.

3.Saya juga mengharapkan tiada lobi berlebihan,ada tempoh bertenang dan tiada kempen atau rasuah dalam apa jua bentuk.Keharmonian keluarga besar bolasepak Msia mesti sentiasa di utamakan.Saya juga menolak sebarang bentuk PROXY

4.Alhamdulillah,setakat ini suasana itu sedikit sebanyak telah ujud walaupun terdapat peristiwa tertentu berbaur fitnah dan lobi.Sikap diam dan kadang kala mengalah saya mungkin sedikit sebanyak membantu kearah keharmonian ini.

5.Muttakhir ini kedengaran juga tuduhan bahawa SAYA AKAN MENANG KERANA YB KHAIRY JAMALUDDIN mengarahkan perwakilan utk memilih saya.Perkara ini bukan saja TIDAK BENAR tetapi juga boleh menjejaskan hubungan FAM-KBS di masa depan.Sebagai persatuan yg bernaung di bawah Kementerian,perkara sedemikian mesti kita elakkan

6.Mengambil kira semua senario tersebut saya merasakan ADALAH PENTING FAM UTK MEMPUNYAI BARISAN EXCO YG BERWIBAWA SERTA MEMPUNYAI HUBUNGAN YG BAIK DGN KERAJAAN DAN SEMUA STAKE HOLDERS YG LAIN.BARISAN PENGURUSAN YG BAKAL DI PILIH MESTI MEMULAKAN TUGAS DGN MENDAPAT SOKONGAN SEMUA PIHAK.

7.Tiada gunanya KALAU RUMAH SUDAH TAPI PAHAT MASIH BERBUNYI...atau MANDAT PIHAK YG MENANG DI PERTIKAI,atau pihak yang tewas akhirnya di perlekehkan.Jika itu berlaku keharmonian dalam warga besar bolasepak Msia tidak terwujud.Itu bukan satu keadaan YANG LEBIH BAIK DARI KEADAAN SEDIA ADA.Malah kita seolah undur kebelakang "from bad to worse"

8.Justeru setelah berfikir dengan mendalam dan menimbang semua perkara SAYA MEMBUAT KETETAPAN UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA CALUN YG SATU LAGI YAITU DYTM TENGKU MAHKOTA JOHOR AGAR BAGINDA DI BERI "KEMENANGAN TANPA BERTANDING"dan di istihar sebagai PRESIDEN FAM YG BARU.

9.Komitmen dan kesungguhan yang di tunjukkan DYTM TMJ boleh menjadi aset yg penting kpd FAM.Sokongan dan Perkenan DYMM Tuanku Sultan Johor juga adalah suatu penghormatan kepada bolasepak Malaysia.Justeru DYTM TMJ perlu di beri peluang yg seluas luasnya utk melakukan sesuatu utk bolasepak Msia dan mengotakan segala janji Baginda
Bagi saya pula saya pernah pada 16hb Nov lalu menghantar text sms kpd DYTM TMJ mencadangkan Baginda memegang sendiri jawatan Presiden.Waktu itu saya ada berjanji utk mengiktiarkan agar Baginda menang TANPA BERTANDING.Hari ini saya tunaikan janji itu.

10.Saya berdoa PERUBAHAN YANG SEKIAN LAMA DI NANTI DAN DI JANJIKAN akhirnya menjadi realiti

11.Saya akan menumpukan perhatian saya dalam membantu PASUKAN KELANTAN terutama meningkatkan lagi program bolasepak akar umbi utk melahirkan lebih ramai bakat di kalangan anak negeri YANG MENJADI TERAS PEMBINAAN PASUKAN KELANTAN selama ini.

12.Selain itu tugas utama saya adalah utk menyempurnakan amanah RAKYAT KAWASAN SAYA(PARLIMEN KETEREH,KELANTAN)serta memikul amanah Parti SEBAGAI KETUA PENERANGAN UMNO MSIA dalam persiapan menghadapi PRU14,Insyaallah

13.Kepada semua perwakilan KE KONGRES FAM sabtu ini serta Presiden gabungan FAM yg memberi SOKONGAN YG KUAT kepada saya hingga saat ini,SAYA UCAPKAN SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASEH

14.Saya pohon maaf kerana keputusan ini TIDAK SAYA BINCANG DGN SESIAPAPUN kerana saya tidak mahu di pengaruhi oleh sesiapa TERUTAMA MEREKA YG BERSUNGGUH SUNGGUH MAHU SAYA BERTANDING,tetapi sebaliknya biar ia merupakan KEPUTUSAN SAYA SENDIRI YG SAYA LAKUKAN SECARA JUJUR DAN IKHLAS DAN SETELAH BERISTIKHARAH DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN FAM DAN BOLASEPAK MSIA.

15.Kepada saf DYTM PRESIDEN DAN EXCO FAM yg baru Saya ucapkan TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS....

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

"MAJULAH SUKAN UTK NEGARA"

TAN SRI ANNUAR MUSA
Khamis 23/3/2017
Parlimen Malaysia



last wish..Teruskan usaha murni TSAM! Tahniah TMJ!

Baca Seterusnya...

Wednesday, 22 March 2017

Video Pemandu Bas Buli Pengguna Jalanraya Akan Disiasat #SPAD

SPAD MENYIASAT ADUAN BAS BULI PENGGUNA JALANRAYA



Insiden bas ekpress yang dirakam memandu secara berbahaya di Lebuh Raya Karak sabtu lepas akan disiasat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Satu video yang menunjukkan kenderaan yang dinaiki tiga penumpang termasuk seorang kanak – kanak berusia setahun dipercayai telah cuba dihimpit oleh sebuah bas ekspress yang dimilki oleh Darul Naim Express Sdn Bhd. Pemandu bas berkenaan juga memandu secara berbahaya di Lebuh Raya berkenaan. 

Pihak SPAD menyatakan akan menyiasat berhubung dengan kes tersebut mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD)

Keterangan juga telah diambil oleh SPAD dari pihak yang terlibat, dan berjaya mengesan pemandu terbabit serta telah mengambil keterangan darinya. Siasatan dan keterangan juga telah diambil dari syarikat pengendali bas Darul Naim Ekpress. Sehubungan dari itu, pihak SPAD telah menggantung permit kenderaan yang terlibat di sepanjang tempoh siasatan.

SPAD berkata, jika pihak terlibat didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman mengikut akta yang diperuntukkan sekiranya mereka terbukti bersalah. Manakala pemandu yang memandu secara membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain akan diambil tindakan yang sewajarnya.

Dalam video rakaman berdurasi 51 saat yang dimuat turun di dalam laman Facebook menunjukkan pemandu bas menunjukan isyarat seperti sedang marah kepada pemandu kereta terbabit dan cuba mengejar kereta tersebut dengan cara pemanduan yang merbahaya dan dipercayai cuba menghimpit pemandu kereta berkenaan.

Baca Seterusnya...

#UEC Bukan Soal Iktiraf Atau Tidak Iktiraf - Tan Sri Annuar Musa #TSAM

NAMPAK JANGGAL..

Apa yang bermain difikiran Tan Sri Annuar Musa tentang isu ‘Unified Examination Certificate (UEC)’ yang hanya melibatkan 60 buah sekolah persendirian (Cina) di Malaysia. Pesepsi buruk yang kuat berlegar diruangan komen Facebook dan pesanan ringkas Whatapps memperlihatkan bahawa Annuar Musa mencari nahas atau lebih dilihat meludah kepada perjuangan orang Melayu di Malaysia yang sememangnya tidak berkompromi tentang hal yang sedemikian.

Hal ini timbul gara gara ucapannya di sidang Dewan Rakyat pada 16 Mac yang lalu menyentuh isu UEC dan pesepsi yang berlegar kini seolah olah Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan mengiktiraf UEC sekaligus dilihat menjadi penjilat kepada Dong Zong atau dikenali dengan nama Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah Sekolah Cina Malayia.

Malah ada yang menyelar beliau melangkau pucuk pimpinan hari ini kerana membuat pertemuan dengan Dong Zhong tanpa menuruti PM Najib Razak. 


Kalau dirujuk dalam hansard parlimen perkara itu ini amat jelas. Tapi kemungkinan sebabnya terdahulu itu ada sebuah media bukan Bahasa Melayu menggunakan 'caption' atau tajuk sensasi  mengatakan TSAM dipecat kerana sokong UEC. 

Sebelum ini UEC telahpun diiktiraf sebagai sijil kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Maktab Perguruan. Pengiktirafan itu ada dalam sekular bertulis kerajaan. 

Cumanya, UEC tidak diiktiraf secara spesifik sebagai sijil kelayakan untuk masuk ke Institut Pengajian Awam Swasta (IPTA) dan sebagai sijil untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam (JPA).

Tetapi ramai yang tidak dapat membezakan perihal ini dan mengambil jalan pintas dengan merangkumkan semua kepada persepsi "iktiraf dan tidak diiktiraf"

Kenapa ia tidak diiktiraf bagi IPTA dan Perkhidmatan Awam? Antaranya masalahnya ialah taraf Bahasa Melayu di korikulum mereka dikatakan tidak setara dengan korikulum Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Isi kandungan subjek Sejarah yang mereka ajar dikatakan tidak memadai dengan content Sejarah yang dikehendaki oleh Kementerian. Content Sejarah mereka ialah 30% sejarah dunia, 30% sejarah negara China dan 30-40% sejarah Asia yang mana sejarah Malaysia menjadi sebahagian dari sejarah Asia. Berkenaan hal inilah menyebabkan TSAM sendiri berjumpa dengan Dong Zhong untuk mendapatkan gambaran sebenar akan perkara ini. Dan segalanya tersingkap bilaman Dong Zhong mengakui dimana subjek Bahasa Melayu di sekolah mereka tidak mematuhi standard Sijil Pelajaran Malaysia.

Oleh itu kita tidak boleh bercakap berdasar pada sentimen melainkan kita duduk, kita mendengar, berbincang dan kemudian boleh membuat keputusan. Soal iktiraf atau tidak diiktiraf. Itu kuasa Kerajaan. Sekarang ini, UEC belum boleh diiktiraf. Itu pendirian Kerajaan.

Dong Zhong kini sudah mengalami perubahan kepimpinan di bawah kepimpinan Datuk Temenggong Lau maka rundingan dapat dilakukan memandangkan pihaknya bersikap lebih terbuka perbincangan boleh dibuat.

Penekanan terutama dalam rundingan tersebut adalah soal Bahasa Melayu dan Sejarah dan terpulanglah kepada hasil rundingan itu nanti. Sama ada nak iktiraf atau tidak.

Pada pendapat TSAM, isu UEC ini tidak boleh dilihat secara perkauman. UEC bukan soal orang Cina. UEC adalah soal pendidikan dan soal content yang perlu menepati dasar pelajaran kebangsaan, perlu mematuhi akta pelajaran, dan perlu menghormati perlembagaan negara. Itu tidak ada kompromi. Itu wajib.

Standard sekolah-sekolah persendirian Cina mestilah selari dengan perlembagaan negara, tidak bercanggah dengan akta, menghormati dasar pelajaran kebangsaan. Ramai kata UEC bercanggah dengan perlembagaan. Ada yang kata UEC bercanggah dengan akta pelajaran. Menurut TSAM ia tidak bercanggah dengan perlembagaan. Malah ia wujud sebelum wujud perlembagaan, sebelum Merdeka. untuk makluman Dong Zhong wujud sejak 1954, sebelum negara kita Merdeka.

Sekolah-sekolah persendirian Cina wujud ini sebelum negara kita Merdeka. Apabila kita Merdeka, Malaysia membuat perlembagaannya akan tetapi sekolah-sekolah ini dibenar untuk diteruskan juga. Ini bermakna bila ia dibenarkan, bererti ia adalah sah. Dan ia bukan sekolah haram. Dalam erti kata lain ia lulus di bawah akta yang ada dan dibenarkan di bawah perlembagaan Malaysia.

Mengikut perlembagaan, sekolah ini dibenarkan beroperasi tetapi ia tidak selari dalam dasar kerajaan, ini bermakna ia tidak layak menerima bantuan kerajaan, mereka kena tanggung sendiri semuanya seperti bangunan sendiri, tenaga pengajar sendiri, buku sendiri dan lain lain lagi.

60 buah sekolah memilih untuk kekal sebagai sekolah persendirian Cina dengan persijilan mereka sendiri. Isu sekarang bukan soal kewujudan sekolah (yang konononya tak bercanggah dengan perlembagaan dan undang-undang). Cuma persijilannya tak boleh diiktiraf di bawah persijilan SPM kerana ia tidak mengikut korikulum pendidikan kebangsaan.

Isu UEC ini perlu ditangani dengan penuh hemah bukannya emosional. Malaysia menghargai orang yang mencintai bahasa, yang memperjuangkan dasar pelajaran kebangsaan dan orang Melayu khususnya.
Baca Seterusnya...

Friday, 17 March 2017

'Can I Hisap You?' : Suspek Gangguan Seksual Berjaya Ditahan #SPAD

SUSPEK YANG MENGGANGU PENUMPANG LRT TELAH DITAHAN OLEH POLIS BANTUAN PRASARANA.

Polis Bantuan Prasaran telah berjaya menahan seorang suspek dalam kejadian yang diklasifikasikan menggangu ketenteraman awam. Kejadian ini berlaku di dalam LRT Kelana Jaya dimana suspek seorang lelaki dipercayai telah mengganggu seorang wanita dalam LRT tersebut.

Pada 13 Mac 2017. Seorang pelajar bernama Nur Dini Van Haeran dari Universiti Swasta di Lembah Klang yang berumur 21 tahun telah menyiarkan kejadian gangguan terhadapnya di Facebook miliknya, berdasarkan maklumaman yang diperolehi, pihak polis bantuan Prasaran telah bertidak pantas. Mereka telah berjumpa dan bercakap dengan Dini bagi memperolehi maklumat yang lebih jelas dan terperinci berkenaan suspek melalui rakaman CCTV.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Rail Sdn Bhd iaitu, Dato Ir Zohari Sulaiman (anak syarikat Prasarana) telah memaklumkan, setelah mendapat pengesahan dari Dini, pihak mereka telah membuat tindakan dengan mencari dan menjejak suspek di beberapa lokasi hentian LRT. Akhirnya suspek berjaya di tangkap di Stesen LRT Taman Jaya.

Suspek yang berumur 37 tahun berasal dari Lembah Subang telah diserahkan kepada pihak polis setelah disahkan sendiri oleh mangsa.

Suspect yang ditahan
Sehubungan dengan itu, Zohari juga telah mengingatkan supaya para pengguna LRT supaya sentiasa berwaspada dan berhati – hati dan sekiranya terdapat situasi yang sama berlaku atau lain- lain keadaan yang tidak menyenangkan hendaklah melaporkan kepada kakitangnnya atau polis bantuan yang bertugas atau boleh juga maklumkan kepada penumpang – penumpang lain yang berada di lokasi untuk bantuan.

Kejadian yang berlaku kepada Dini pada 13 Mac tempohari bermula dengan Dini menaiki LRT dari Kelana Jaya menuju ke pusat bandar. Hal ini adalah rutin kepada beliau sebagai seorang pelajar yang menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan pengangkutannya untuk menuju mana – mana destinasi ataupun ke kelas. Sebaik sahaja menaiki LRT beliau menyedari ada seorang lelaki yang memandang kepadanya dengan membuat ekpresi wajah yang agak nakal ke arahnya. Setelah menyedari ganggunan tersebut beliau lebih bersedia jika ada perkara yang tidak diingini berlaku. Selain daripada itu beliau juga mendengar suspek membisik dengan mengeluarkan kata –kata yang tidak sopan dan biadab kepadanya. Gangguan ini berterusan malah suspek memperlihatkan sikap kurang ajarnya dengan berterusan membuat mimik muka yang sama. 


Dini Van Haeren
Dini telah berkongsi pengalaman jeleknya di Facebook dan percaya beliau boleh melakukan lebih lagi untuk melindungi dirinya pada masa tersebut. Seperti menjerit atau terus memberitahu penumpang yang lain.

Dini memberitahu bahawa, Prasarana amat pantas dan cekap dalam tindakan mereka dimana mereka telah membalas mesejnya di dalam Facebook dengan segera malah menghantar email bagi memperolehi pengesahan dan maklum balas darinya.

Menurut keluarga Dini pula. Prasarana secara terus menerus berhubung dengan mereka dan akan sentiasa memaklumkan akan status terkini usaha - usaha mereka malah menjadikan hal ini sebagai amat serius dan perlu ditangani secepat mungkin. Pihak kami amat berbesar hati dan berbangga dengan dedikasi dan komitmen serta tahap profesional mereka untuk menangkap suspek.

baca juga : Pervert who sexually harassed a passenger on LRT has been arrested http://says.com/my/news/woman-sexually-harassed-by-pervert-on-lrt
Baca Seterusnya...

Monday, 13 March 2017

Teresa Kok Sudah Gila? - Tengku Adnan #BetterNation #WilayahPrihatin

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai 'gila' kerana membantah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) selain mengganggu majlis perkahwinan semalam. Katanya, bantahan di Dewan Komuniti Seputeh itu sukar difahami kerana Kok sanggup membantah projek yang bertujuan membantu rakyat membeli rumah pada harga yang murah. 


Katanya, bantahan itu berkemungkinan didorongi sikap cemburu terhadap kerajaan hingga tidak menghiraukan majlis perkahwinan yang diadakan dalam dewan berkenaan. 

"Saya rasa dia mungkin 'gila' (kerana membantah). Kita ada program membangunkan rumah lama dan kawasan yang pada pandangan kita tidak diguna pakai untuk beri peluang pada rakyat beli rumah pada harga murah. 

"Dia tak boleh tengok kita sediakan perkara seperti ini dalam kawasan mereka, barangkali dia fikir mengenai demografi. 

"Dia takut kita bawa orang Melayu lebih ramai ke Seputeh (kerana) dia otak jahat, tapi kita lakukan untuk semua bangsa tanpa mengira Melayu, Cina atau India, " katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Program 'We Care, We Serve' - Jom Bantu Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas di sini, hari ini. 

Semalam, bantahan diketuai Kok di luar Dewan Komuniti Seputeh bagi membantah projek RUMAWIP di Taman Danau Desa, di sini, bertukar kecoh apabila peserta bantahan mula bergaduh dengan tetamu majlis perkahwinan yang diadakan di dewan sama. 

Tengku Adnan turut menasihatkan Kok supaya menghentikan kerenah seumpamanya supaya dilihat sebagai seorang Ahli Parlimen berbanding ahli politik semata-mata. 

"Kenapa buat bising pada majlis orang kahwin. Jangan buat kerenah seperti ini," katanya. - BH
Baca Seterusnya...

Teresa Kok Pemimpin DAP Paling Berani! #DAP #LawanTetapLawan

"tidak pada tulisan jawi'
Baru baru ini satu majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di Dewan Komuniti Seputeh tergendala seketika gara-gara Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) mengadakan protes membantah pembinaan projek rumah mampu milik di kawasan berkenaan.


Sikap biadab Teresa ini sememangnya telah diketahui umum memandangkan dia secara peribadi merasakan ia cukup berkuasa mutlak dengan hanya memindahkan penduduk diluar Seputeh dalam parlimen Seputeh dan menjadi pengundi beliau.


"Balaci DAP memarahi ibu pengantin"
walaupun ibu merayu terhadap majlis perkahwinan anak mereka jangan di ganggu, namun Teresa Kok tetap berdegil

Melalui rakaman video yang tersebar di Facebook kemarin, berlaku pertelingkahan antara peserta perhimpunan anjuran Tere Kok dengan individu yang meminta majlis perkahwinan itu tidak diganggu.

“Kamu nampak majlis perkahwinan di sana tetapi kamu masih lagi buat protes di sini untuk cari publisiti.

“Tolong hormati majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di sini. Buat hari lain protes ini, kamu semua boleh bersurai,” kata ahli keluarga majlis perkahwinan itu.


Pembaca yang budiman, secara peribadi admin manusia yang jenis Ahli Parlimen Seputeh ini dilihat semakin keterlaluan kerana tidak sensitif terhadap perpaduan kehidupan berbilang bangsa dinegara ini. Yang mungkin kita rasa dia hanya menganggu majlis perkahwinan, tetapi adakah para pembaca lupa apa yang dia pernah lakukan terhadap orang lain?

Sebelum ini beliau dalam video kontroversi ucapan tahun baru cina yang menyindir pasukan keselamat di #pencerobohanLahadDatu sebagai 'persembahan' sekiranya bercuti ke negeri Sabah sekaligus menunjukkan kebiadapan beliau sebagai seorang rakyat Malaysia yang tidak berterima kasih diatas pergorbanan dan keringat pasukan keselamatan yang menyabung nyama dalam mempertahankan kedaulatan negara ini.


Pernah satu ketika dahulu beliau dikaitkan dengan larangan penguunaan speaker (untuk laungan azna) di di masjid dan surau di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya. Tere Kok mengunakan saluran undang undang untuk menafikan perkara tersebut sedang semua sedia maklum niat jahat beliau yang suka menimbukan provokasi dan berbau perkauman.

Bila jiran kita yang bangsa Melayu mengadakan kenduri, kenapa pulak Cina Dapigs pergi kacau disana?

Tidak pun ada nenek moyang kita yang ajar untuk demo, protes dan kacau bilau bila lain-lain kaum adakan kenduri.

Saya mahu bagitahu Teresa Kok, kalau you tak mahu kahwin, itu you punya pasal, tapi bila orang lain kahwin, jangan anda pergi buat kacau. 


----Statement Rasmi----

Saya sebenarnya cukup kesal dengan tindakan Teresa Kok semalam yang telah menjadi viral di media sosial semalam. Saya benar-benar hairan, bagaimana seorang ahli politik, dapat diangkat sebagai wakil rakyat sedangkan sikap dan cara berpolitiknya jelas cukup menjengkelkan.

Secara peribadi, saya cukup malu dengan cara Teresa Kok sanggup menceroboh kenduri kahwin sekeluarga kaum Melayu yang sedang berlangsung. Alasan yang diberikan Teresa adalah, ingin mengadakan sidang akhbar di dewan berkenaan untuk membantah pembinaan rumah mampu milik di tapak dewan berkenaan.

Sepatutnya, jika Teresa mempunyai intergriti dan akal, dia boleh sahaja mengadakan sidang akhbar dipejabatnya yang terletak tidak sampai 1 kilometer dari dewan berkenaan. Kenapa dia mahu juga mengganggu kenduri kahwin yang sedang berlangsung untuk menunjukkan kononnya dia prihatin dengan masalah rakyat?

Saya ingin bertanya dengan Teresa, selama beberapa dia menjadi Ahli Parlimen Seputeh, sudah berapa banyak pembangunan yang telah dia bawa untuk dinikmati oleh penduduk di Parlimen berkenaan? Untuk ini, boleh saya katakan, Teresa jangan hanya ambil gaji buta sebagai Ahli Parlimen dia kerana langsung tidak membawa apa-apa perubahan didalam Parlimen yang dipilih.

Adakah ini yang diajar oleh Lim Kit Siang selaku pemimpin vateran DAP kepada orang bawahannya untuk saling menghormati antara kaum di negara ini? Adakah Teresa ingin mewujudkan ketegangan kaum seperti mana yang pernah berlaku semasa insiden berdarah penduduk Kampung Ghandi, Kampung Datuk Harun dan Kampung Medan pada 2001?

Suka saya tegaskan bahawa politik hanyalah idealogi. Idealogi pula bukan lesen untuk mewujudkan ketegangan antara kaum seperti yang cuba dilakukan oleh Teresa Kok, Nga Kor Ming dan ramai lagi pemimpin DAP. Jika tidak mampu bekerja, sekurang-kurangnya belajar untuk menjadi seorang rakyat Malaysia, bukan menjadi pencetus pergaduhan antara kaum di negara sendiri. Jangan juga jadi seorang pemimpin yang busuk hati. 

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Via Blog Datuk Huan Cheng Guan

https://datukhuanpcm.blogspot.my/2017/03/jangan-cabar-keharmonian-kaum-teresa-kok.html?m=1
Baca Seterusnya...

Thursday, 9 March 2017

Suruh Menteri MCA Letak Jawatan Jelas Sentimen Perkauman Kit Siang Menebal?! #MCA

DESAKAN LETAK JAWATAN KIT SIANG KEPADA PIMPINAN KOMPONEN BN JELAS PUNYA MAKSUD TERSENDIRI

Penasihat DAP kini jelas tersepit selepas menggesa pemimpin kanan parti komponen BN agar menunaikan janji mereka dengan melepaskan jawatan sebagai Ahli Kabinet sekiranya Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (Akta 355) dibahas di Parlimen. Hal ini jelas apabila DAP melihat mereka keseorangan dalam usaha untuk menggagalkan usaha RUU 355 dibentangkan di Dewan Rakyat.

Tiga anggota cabinet dari yang dimaksudkan oleh Kit Siang adalah Datuk Seri Liow Tiong Lai (Presiden MCA), Datuk Seri Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA), (Datuk Seri) Ong Ka Chua (Setiausaha Agung MCA) dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Kong. 

Menggunakan alasan ‘gentlemen’ dan tidak gila kuasa. Kit Siang berkata demikian ketika sidang media di lobi Parlimen dan menuntut agar empat menteri terbabit agar menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada YAB PM.

Sememangnya pada awal usul ini dibacakan oleh Haji Hadi dahulu, MCA dan Gerakan antara yang lantang membantah untuk dibentang dan dibahaskan di Parlimen, malah apabila kerajaan pula yang berusaha untuk mengambil alih usul ini sebaik sahaja ianya dibahaskan.


Walaubagaimanapun Kit Siang masih gagal memberikan alasan yang jelas sebab dan mengapa RUU 355 itu tidak dibentangkan malah Rang Undang-undang yang hendak dibahaskan ini juga adalah tidak berkaitan langsung dengan Kit Siang yang bukan menganut agama Islam.

Cadangan meminda Akta 355 itu buat kali pertama dibawa ke Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan usul itu sekali lagi dibaca Abdul Hadi pada 24 November tahun lepas. Namun pada persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas ini. Terdapat 39 usul yang tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat dan RUU355 adalah satu daripada 39 usul yang tersenarai.

Mungkin Kit Siang tidak tahu apakah peranan portfolio Menteri Jabatan Perdana Menteri yang dipegang oleh DS Mejar (B) Jamil Khir Baharom dengan timbalannya DS Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Sebenarnya satu sesi pencerahan dan penerangan telah diadakan oleh Menteri JPM kepada ahli parlimen yang bukan islam berkenaan dengan pindaan RUU 355 ini berkenaan dengan perlaksanaannya.

Keseluruhannya penerangan tersebut berjaya meyakinkan ahli parlimen BN khususnya dari parti komponen BN terutama sekali dari MCA dan Gerakan. Namun apa alasan Kit Siang menuntut mereka letak jawatan?
Baca Seterusnya...

Wednesday, 8 March 2017

#RUU255 Kit Siang 'Main Taktik Kotor' - Wee Ka Siong #MCA

Usaha Lim Kit Siang yang bermain menggunakan taktik kotor jelas terlihat apabila dia cuba melibatkan MCA dalam polemik politiknya itu. Hal ini adalah bagi memastikan agar Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah atau RUU 355 gagal diluluskan oleh Parlimen. Hal berikutan apabila DAP melihat bekas sekutunya PAS yang cuba meminda Rang Undang-undang tersebut mendapat reaksi yang postif daripada UMNO.

Melibatkan MCA dalam usaha untuk menggagalkan RUU 355 daripada diluluskan oleh Parlimen bila mana ianya dipersetujui oleh segenap lapisan Ahli Parlimen yang beragama Islam waima dari PAN dan PKR sekalipun. Ini adalah satu sejarah terburuk yang bakal dialami oleh DAP khususnya apabila melihat lulusnya RUU 355 ini adalah merupakan titik permulaan kepada orang Islam khususnya orang Melayu kembali bersatu dibawah nama Islam. Namun yang membezakan hanyalah fahaman yang dianutinya sahaja.

Walaupun MCA antara yang membantah akan pindaan ini selepas bacaan pertama dilakukan oleh Hadi Awang pada Mei dahulu, malah hingga Presiden MCA Liow Tiong Lai dan timbalannya Wee Ka Siong nekad hendak meletakkan jawatan andainya diluluskan pindaan RUU 355 ini. Namun ini tidak bermakna bahawa MCA akan berkerjasama dengan DAP dalam hal ini.


Namun MCA seakan memberi respon yang positif selepas bacaan kedua dibacakan sekali lagi oleh Hadi Awang di Dewan Rakyat. Walaubagaimanapun sedikit pindaan sudahpun dilakukan bagi menyesuaikan RUU 355 dengan keadaan landskap masyarakat kita pada hari ini. 

Kejayaan ini harus juga diberikan kepada Major (B) Jamil Khir Baharom dengan timbalannya Dr Asyraaf Wajdi Dusuki yang berhempas untuk menerangkan akan perlaksanaan rang Undang-undang ini kelak. Bermula daripada usaha inilah pimpinan dari parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan yakin akan perlaksanaan RUU 355 ini yang jelas tidak menyentuh hak kebebasan penganut agama lain.

Maka disini jelaslah kita melihat bahawa pemimpin sebuah parti yang paling lama menjawat jawatan tertinggi partinya seakan terdesak rakan kongsi baharunya bagi menggagalkan RUU 355. Hal ini adalah termasuk mendanai gerakan yang dinamakan sebagai BEBAS yang bergerak sebagai NGO untuk menghasut rakyat agar tidak menyokong pindaan Rang Undang-undang daripada diluluskan di Parlimen kelak.
Baca Seterusnya...

Monday, 6 March 2017

Kata Kata Datuk Ignatius Kurang Bijak - Dato’ Sri Ti Lian Ker #MCA

Kenyataan Media 
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA 
Dato’ Sri Ti Lian Ker

Jangan hanya mengecam MCA & Duta China atas usaha menguatkan hubungan dua hala; Lemparkan kritikan yang sama terhadap pihak pembangkang juga

MCA kesal tindakan bekas diplomat veteran, Datuk Dennis Ignatius, yang cuba menjejaskan hubungan Malaysia dengan China apabila beliau sengaja mempertikaian tindakan Duta China Dr Huang Huikang yang giat megembara ke seluruh negara, menghadiri program-program anjuran BN dan ditemani pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA, menderma beribu-ribu Ringgit untuk sekolah-sekolah Cina, dan menyalurkan bantuan dan biasiswa yang bernilai beberapa ratus ribu Ringgit. (Free Malaysia Today, 4 Mac 2017).

Sebagai seorang diplomat dan penjawat awam, beliau sepatutnya lebih arif dan berkecuali dari bermain politk, terutamanya mengenai isu-isu di peringkat antarabangsa.

Beliau sepatutnya mengalu-alukan kemasukan dana tersebut daripada China kerana ia menunjukkan keyakinan negara China terhadap sistem pendidikan negara kita, serta membuktikan potensi kita dan keinginan China untuk menaik taraf bakat dan sumber manusia Malaysia.

Ignatius telah bersikap hipokrit apabila mengabaikan fakta bahawa kerajaan-kerajaan lain juga menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia atau menaja program pertukaran antarabangsa. Contohnya, Jepun menawarkan biasiswa Monbukagakusho, United Kingdom pula menawarkan biasiswa Chevening, dan ramai rakyat Malaysia juga menerima manfaat daripada biasiswa ASEAN dari Singapura.

Sikap hipokrit beliau terus dibuktikan apabila langsung tidak menyentuh sebuah rombongan yang semua ahlinya Cina daripada DAP yang membuat kunjungan hormat kepada Duta China baru-baru ini, di mana Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menyuarakan sokongannya terhadap Inisiatif “Belt and Road” (OBOR) walaupun beberapa pemimpin DAP pernah mengutuk usaha MCA untuk membantu usahawan-usahawan tempatan merebut peluang daripada inisiatif tersebut.

Pada 22 Julai 2015, Guan Eng mengumumkan bahawa China telah melantik Wu Jun sebagai Konsul Jeneral untuk Pulau Pinang, dan menerangkan bahawa pelantikan tersebut bukan sahaja akan membantu hubungan perdagangan antara Malaysia dengan China, tetapi juga menguatkan hubungan antara rakyat China dengan Pulau Pinang.

Selain itu, Naib Presiden PKR Tian Chua juga pernah mengetuai satu rombongan yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Cina daripada partinya untuk menemui Duta China beberapa bulan lalu.

Oleh itu, Datuk Ignatius menunjukkan sikap dwi-standard kerana beliau tidak mengecam pihak pembangkang yang juga berusaha membina hubugan dua hala dengan China, tetapi hanya mengkritik Dr Huang, MCA dan UMNO atas perkara yang sama.

MCA mengambil pendirian untuk tidak bermain politik. MCA akan menyokong usaha pihak pembangkang jika mereka berjaya membina hubungan dengan China atau dengan mana-mana kerajaan asing yang mampu membawa masuk pertukaran teknologi, pelaburan asing, pelancong, pelajar asing, dan lain-lain, kerana ia akhirnya akan memanfaatkan seluruh rakyat jelata.

Kata-kata kurang bijak Datuk Ignatius hanya menggambarkan bahawa beliau mempunyai agenda politik tersendiri untuk mencemar imej Dr Huang, MCA dan UMNO.

Dato’ Sri Ti Lian Ker
Ketua Biro Keharmonian Agama MCA
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA
Ketua Bahagian Kuantan MCA

-MCA online-
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Memang tidak dinafikan DAP selaku ketua dalam barisan pembangkang sememangnya lebih sukakan semua perkara dipolitikkan dan sering membuat tindakkan bodoh dan akhirnya ia mengancam ekonomi negara bertuah ini.

Pelaburan yang dibawa kedalam negara ini sekaligus memberi manfaat dalam pelbagai aspek antaranya pertukaran teknologi yang kita nikmati hari ini bukalah sesuatu yang percuma, semua memerlukan kerjasama baik dari pihak yang berkemampuan. 

Malaysia sebuah negara yang maju dan terus mendambakan pelbagai manfaat dari pelaburan asing yang membawa teknologi baru seperti pembuatan, automotif, pendidikan, teknologi maklumat, peladangan, pengangkutan dan macam macam lagi. Jika Malaysia tidak membuka ruang kepada para pelabur asing untuk melabur disini darimanakah kita mahu mendapatkan segala kemajuan yang kita inginkan demi negara ini?

Pemimpin pembangkang hanya tahu mengsabotaj ekonomi negara ini demi merebut kuasa tetapi tidak memikirkan apa yang bakal ditempuhi pada masa akan datang sekiranya negara kita gagal menyaingi negara lain lantaran kesempitan pemikiran dan nafsu merebut kuasa semata mata pada akhirnya kita rakyat yang menerima kesannya.

Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!