Tuesday, 28 February 2017

Laporan Siasatan #MH370 Siap Tahun Ini #Pray4MH370 #MCA

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan telah meminta Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi insiden Pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang daripada skrin radar pada hari penerbangan dan susulan dari itu, misi mencari dilakukan secara berterusan sehingga membawa kepada pencarian di Lautan Hindi.


"Setelah kami menggantung usaha pencarian, kami akan meminta Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO mengemukakan laporan akhir mengenai keseluruhan penyiasatan itu, laporan teknikal sepatutnya boleh disiapkan pada tahun ini. Kami berharap laporan akhir ini dapat dikeluarkan tahun ini juga," katanya.

Menurutnya usaha mencari pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang sehingga kini melibatkan kos US$112.47 juta (RM500 juta), akan hanya disambung sekiranya ada maklumat baharu dan bukti kukuh mengenainya.

Sebelum ini usaha pencarian MH370 digantung kerana Malaysia terikat kerana menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan semua negara pesisiran pantai di Afrika Selatan bagi mendapatkan bantuan mereka mencari serpihan pesawat berkenaan di kawasan pesisiran pantai.

"Sekiranya mereka menjumpai sebarang serpihan, mereka akan menghubungi kami, pasukan respons kami akan pergi mengambil serpihan itu.

"Baru-baru ini, kami mengambil dua serpihan dan kini, jumlah serpihan yang dikumpul ialah 27 keping," katanya lagi.


Pada 18 Jan lepas, Liow memaklumkan operasi mencari pesawat Penerbangan MH370 yang meliputi kawasan seluas lebih 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi digantung selepas hampir tiga tahun ia hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Seberang hal tentang penemuan terbaharu itu akan diumumkan kemudian.
Baca Seterusnya...

35 Orang Penduduk 'Dibodohkan' Hidup Hidup Oleh Nurul Izzah #ResidensiKerinci #Kerinci

Kejayaan projek ini yang kini diberi nama Residensi Kerinchi hari ini membuktikan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional membela nasib rakyat Malaysia. PM Najib berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Residensi Kerinchi tempoh hari.



PM juga mengingatkan rakyat di negara ini tidak termakan dengan hasutan pembangkang dan seharusnya bijak menilai mana yang baik serta buruk.

Pada April 2012, penghuni flat 4 tingkat Kampung Kerinchi diarahkan untuk berpindah atas alasan pembangunan namun 35 daripada mereka tidak berpuas hati dengan cadangan kerajaan itu. Dan memgheret perkara ini ke mahkamah dan gagal membatalkan projek ini.

Penduduk asal di situ telah dibeli sejak 40 tahun lalu. Notis pengosongan telah diberikan membolehkan kawasan tersebut dibangunkan semula oleh pemaju Suez Domain Sdn Bhd.

Kerinchi Residensi, yang menempatkan 472 unit apartmen dibangunkan di kawasan lebih 2.8 hektar di atas tapak bekas kawasan rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi.


Projek bernilai kira-kira RM600 juta itu yang setiap satunya berkeluasan 83.61 meter persegi, bernilai antara RM350,000 dan RM400,000 seunit.

Mana Nurul Izzah ketika ini?Menyuruk balik ketiak mak ke?!
Baca Seterusnya...

Friday, 24 February 2017

Menaiktaraf Landasan Keretapi Lembah Klang Siap Pada 2019 #SPAD

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Menaiktaraf Landasan Keretapi Lembah Klang (KVDT) Fasa 1 : Rawang - Kuang pada petang ini. 


Turut hadir sama pengurusan SPAD. Skop projek ini melibatkan kerja-kerja pemulihan sepanjang 42Km antara Rawang - Salak Selatan dan Sentul - Simpang Batu termasuk kerja menaiktaraf 16 Stesen, isyarat dah sistem bekalan elektrik landasan berkembar di Lembah Klang. Projek ini telah bermula dari 2 November 2015 dan dijangka siap pada 1 November 2019. 




Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua yang berusaha keras dalam merealisasikan usaha transformasikan pengangkutan awam darat di negara ini, semoga semua ini mendapat keberkatan dariNya dan berjaya
Baca Seterusnya...

Tuesday, 21 February 2017

Laluan Perkhidmatan MyBAS Perlis Distruktur Semula #MyBas #SPAD

Perkhidmatan #MyBas telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia (SPAD) sebagai satu alternatif SPAD untuk menyeragamkan perkhidmatan bas henti – henti. Perkhidmatan yang telah diperkenalkan beberapa tahun lalu oleh SPAD bertujuan mempastikan sistem pengangkutan awam negeri berada dalam keadaan baik dan bersistematik serta keselamatan pengguna akan lebih terjamin.

Akibat kekurangan sambutan MyBas, maka sebanyak enam laluan perkhidmatan bas henti – henti terpaksa ditamatkan di negeri Perlis. 

Keputusan yang terpaksa dibuat pada 1 hb Februari sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri, Datuk Sabry Ahamd adalah bertujuan untuk mengurangkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan berikutan ada antara laluan yang diperkenalkan hanya mendapat kurang dari lima orang penumpang sehari. 

Beliau menambah, pemberian subsidi sebanyak 95 peratus terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan berbanding sasaran asal iaitu 60 peratus selepas lebih setahun MyBas itu beroperasi.

Makluman dari beliau juga menyatakan bahawa beberapa laluan baharu bakal diperkenalkan seperti perkhidmatan ke Jitra, Changlun serta Alor Setar, Kedah yang pada pandangan beliau akan mendapat permintaan yang lebih baik. Perubahan kekerapan laluan setiap jam juga akan berlaku khususnya di waktu puncak sebelah pagi dan petang manakala perkhidmatan di tengah hari akan dikurangkan.

Kerajaan negeri juga telah berbincang dengan SPAD bagi memenuhi permintaan perjalanan untuk memasuki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau.

Beliau juga menyatakan, selain penamatan laluan seperti Wang kelian, Bukit Air dan Sungai Baru serta mewujudkan laluan baru serta pergabungan beberapa laluan oleh SPAD ianya langsung tidak melibatkan sebarang pertambahan perbatuan.

Menurut beliau lagi meskipun demikian, beberapa stesen pertukaran MyBas masih lagi dikekalkan seperti Bukit Teminag, Kangar, Arau, Simpang Empat, Mata Air, Bukit Keteri dan Kaki Bukit. 

Meskipun stesen Arau telah dipindahkan ke bahagian luar Stesen Kertapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), namun demikian MyBas masih lagi meneruskan perkhidmatan ke kawasan ini untuk mengambil penumpang yang menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Komuter.



Baca Seterusnya...

Penubuhan Makmal Transformasi Bas Ekspress #SPAD

Hari ini telah berlangsung hari ini apa yang dipanggil sebagai lab kajian “Makmal Transformasi Bas Ekspress” yang dilancarkan di Pusat Konvensyen Sime Darby , Kuala Lumpur.

Banyak perkara telah di sampaikan. Antara nya Kerajaan akan membincangakan secara mendalam dengan industri pengangkutan awam berhubung langkah yang boleh diguna pakai bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas bas ekspres.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah-langkah perlu diambil bagi menyelesaikan hal ini kerana ia ia membabitkan nyawa penumpang dan orang ramai serta pengguna jalan raya yang lain. Turut di bicangkan juga hal berhubung kekurangan jumlah pemandu bas yang kini dialami oleh kebanyakan syarikat bas ekspres.

Sebagai Menteri yang bertanggung jawap dalam perkara ini, DS Hajah Nancy Shukri turut menyedari perkara ini selepas mengkaji semua kemalangan-kemalangan yang berlaku dan mendapati kebanyakannya pemandu yang sudah letih dan telah memandu lebih dari 24 jam.

Sikap tidak ahu kejar elaun yang banyak dari syarikat juga ada lah faktor kepada hal ini kerana pemandu yang mahu elaun lebih selalu nya tidak mahu ada “co-driver” (pemandu kedua).

Maka atas sebab sebab inilah katanya tertubuhnya Makmal Transformasi Bas Ekspress.


Menurut Nancy, perbincangan juga turut menjurus kepada aspek latihan yang wajar diberi oleh pihak syarikat kepada pemandu-pemandu bas ekspres dan kesediaan mereka untuk menawarkan jawatan kepada wanita untuk diambil bekerja sebagai pemandu.

“Saya fikir wanita juga boleh diberi peluang untuk menjadi pemandu sekiranya jarak perjalanan tidak terlalu jauh.

“Ini bagi mengurangkan jumlah pemandu (lelaki) pada masa sekarang ini yang kebanyakannya telah berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun,” ujarnya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut terbabit dalam hal merencanakan makmal ini bersama juga dengan Polis Diraja Malaysia.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, rumusan menerusi perbincangan yang berlangsung selama lapan minggu itu akan dibawa ke Kabinet untuk diputuskan.

Ini kerana kabinet perlu dahulu meluluskan nya kerana ia melibat kan kos perlaksanaan dimana kabinet perlu menentukan nya nanti.

“Industri akan datang (diserahkan) kepada kerajaan dan itu adalah peluang buat mereka. Bila kerajaan putuskan macam teksi SPAD boleh selesaikan dan menteri akan bincang di Kabinet.

“Kita tunggu dulu hasil daripada makmal ini dan lepas itu kita baru bincang bersama dalam Kabinet. Sebab bila ia menggunakan kos ia perlu dikaitkan dengan perancangan kewangan,” jelas Syed Hamid.

Untuk makluman , makmal ini yang akan berlangsung selama 6 minggu (tambahan 2 minggu sekira nya perlu)

Makmal ini secara asas nya merupakan sebahagian daripada usaha SPAF untuk menjalinkan kerjasana dengan kesemua kementerian agensi , Persatuan dan pemegang kepentingan yang terlibat untuk bersama sama mencari penyelesaian yang terbaik bagi pemasalahan yang di hadapi serta meningkatkan taraf industri bas ekspres.

"Terms of Reference" bagi "Makmal Transformasi Bas Ekspress" juga telah ditetapkan dimana 5 kategori telah di kenal dan akan dibincangkan di dalam makmal ini. 5 Kategori tersebut adalah:

Model perniagaan
Keselamatan standard dan teknologi
Kebolehcapaian 
Sumber tenaga & kepakaran pemandu 
Strategi lautan biru Nasional & komunikasi

Makmal Transformasi Bas Ekspress ini akan memberikan tumpuan kepada peningkatan mutu perkhidmatan, keselamatan dan kemampanan industri bas. Di antara lainnya makmal tersebut akan mengambil kira model perniagaan, cara-cara menangani kekurangan pemandu, usul-usul bagi memperbaiki kebajikan pemandu, pendekatan teknologi, polisi dan syarat-syarat pelesenan serta peningkatan mutu terminal dan infrastruktur.


Baca Seterusnya...

Monday, 20 February 2017

Harga Lesen PSV mungkin akan turun #SPAD

Lesen PSV yang di katakan mahal serta faktor – faktor lain adalah antara penyumbang kepada kekurangan pemandu bas- bas ekspres di negara ini. Apatah lagi bebanan tugas yang berat dan berisiko yang terpaksa di tanggung oleh mereka ini.

Keperluan lesen PSV adalah satu kemestian namun kos bagi memperolehi lesen PSV ini agak tinggi. Maka tidak hairanlah pemandu bas- bas ekpress dilihat agak kurang. Rintitan daripada itu pemandu bas – bas ekpres yang sedia ada tidak dapat rehat yang mencukupi. Manakala operator bas yang gagal menyediakan pemandu kedua seperti yang dikehendaki oleh undang – undang telah menjadi salah satu faktor yang menyumbang berlakunya kemalangan yang tidak sepatutnya.

Berdasarkan kepada penilaian tersebut kerajaan akan meneliti serta menyusun semula kaedah kelulusan serta akan mengkaji penetapan harga yang lebih sesuai untuk mendapatkan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata; kaedah untuk mendapatkan kelulusan lessen PSV yang agak rumit serta harganya yang tinggi adalah antara faktor yang menyebakan kekurangan kapten bas ekpress. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan kemalangan maut yang melibatkan pengangkutan awam meningkat. Hal ini disebabkan tiada pemandu ganti atau kedua bagi menggantikan pemandu yang sedia ada untuk mendapat rehat yang secukupnya.

Kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas perlu juga di beri perhatian dan perlu ada panambahbaikan untuk mempastikan perkongsian upah dapat dinikmati bersama dengan kadar yang lebih baik dan bersesuaian, hal ini akan dapat mengurangkang kadar kemalangan bas ekspres kerana persefahaman yang lebih baik di antara pemandu dan kapten bas serta operator bas itu sendiri. Dengan cara ini nescaya keyakinan rakyat akan bertambah baik kepada sistem pengangkutan awam.

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) khabarnya, menyambut baik cadangan Datuk Seri Nancy dan bersetuju dengan pandangannya bahawa kemalangan yang kerap berlaku berpunca adalah dari pemandu bas – bas ekspres yang kurang rehat selain tiada pemandu kedua terutama bagi perlajanan yang membabitkan destinasi yang jauh.

Pihak SPAD amat menitik beratkan tahap keselamatan pengguna perkhidmatan bas – bas ekspres dan sebolehnya tidak mahu lagi mendengar kes –kes kemalangan maut yang melibatkan banyak nyawa terkorban.



Diharapkan inisiatif pihak SPAD ini di akan mendapat maklum balas serta kelulusan dari pihak kerajaan kerana secara tidak langsung ianya akan dapat meningkatkan jumlah pemandu – pemandu bas ekspres dan dapat meningkatkan tahap kescekapan operasi bas – bas ekspres di seluruh negara. Inisiatif pihak SPAD ini secara tidak langsung adalah untuk mempastikan perkihdmatan operator bas ekspress berada pada tahap terbaik dan optimum.
Baca Seterusnya...

Sunday, 19 February 2017

MCA Tidak Berhasrat Campur RUU355 - Ong Ka Chuan #MCA

Kompenen Barisan Nasional MCA tidak pernah berhasrat untuk mencampuri urusan berkaitan agama lain kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan. 

waima Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau dikenali netizen sebagai RUU 355 MCA hanya menyuarakan pandangan mengenainya, ia bukan bermakna mereka anti Islam atau mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Negara ini. 

"Isu ini (RUU 355) sangat sensitif kerana ia melibatkan agama dan sebagai parti politik, kita perlu menyuarakan pandangan bagi pihak masyarakat Cina supaya tidak ada kekhuatiran dan kebimbangan di kalangan mereka.


"Seterusnya isu itu tidak akan memecah belah semangat perpaduan antara kaum di negara ini.

"Saya meminta maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung perasaan kerana MCA berniat baik, kita mahu sentiasa bersatu padu dan hidup dalam keadaan aman damai," katanya.

Beliau berkata demikian menjawap persoalan yang dilemparkan pengkritik MCA yang kononnya cuba mencampuri hal berkaitan umat Islam.

RUU telah dibawa usul nya secara persendirian oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 24 November tahun lepas bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah yang secara jelas ia tidak melibatkan orang yang bukan Islam.

Sudah mencecah lebih 32 tahun RUU355 ini tidak pernah ditambah baik walaupun pihak JAKIM sendiri pernah mengusulkan penambahbaikannya 10 tahun lalu..
Baca Seterusnya...

Menang PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan Hari Ini Masih Relevan! #MCA

BN Sarawak berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanong Datu yang mana ini antara terjemahan suara rakyat Malaysia diperingkat akar umbi mahu meneruskan perjuangan Tan Sri Adenan Satem. Ini juga menunjukkan keyakinan rakyat terhadap parti yang memerintah hari ini iaitu Barisan Nasional diperingkat Persekutuan.

Lantaran itu Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, bekas Ketua Menteri Sarawak yang lebih dikenali sebagai Tok Nan itu begitu disayangi oleh rakyat Sarawak dan beliau sukar dilupakan.


“Oleh itu, saya ucapkan tahniah kepada calon yang menang dan berharap hasrat Tan Sri Adenan dapat diteruskan demi kemajuan negeri Sarawak secara keseluruhannya.

“Lebih-lebih di Sarawak, di sana mereka hidup bersatu-padu dan saya merasakan ia merupakan satu contoh yang baik dan boleh dijadikan model kepada negeri-negeri lain,” katanya.

Puan Sri Jamilah Anu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, hari ini, dengan majoriti 6,443 undi.

Jamilah Anu berusia 61 tahun itu mendapat 6,573 undi, iaitu 551 undi lebih banyak daripada undi diperolehi arwah suaminya, Tan Sri Adenan Satem pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, Mei tahun lalu.

Jamilah mengalahkan 2 pencabarnya daripada Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star), Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit yang masing-masing sekadar mendapat 108 undi serta 130 undi.

Kedua-dua pencabarnya itu hilang deposit mereka mengikut peraturan SPR kerana gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi.
Baca Seterusnya...

Tolong Hormat Perasaan Anggota Keluarga Mangsa - Chew Mei Fun #MCA

Kemalangan adalah tragedi yang tidak dapat diduga meskipun kita berusaha untuk mengelakannya dari belaku. Akan tetapi amatlah kita sebagai manusia berakal waras dan berfikiran bertamadun agar menerima segala yang belaku diatas jalanraya ini sebagai sesuatu yang telah ditakdirkan ia terjadi.

Rakyat Malaysia khasnya perlu ada kesedaran dalam menghormati perasaan ahli keluarga mangsa dalam insiden yang menyayati hati kematian 8 remaja berbasikal yang terbunuh pada awal pagi Sabtu lalu dan sikap menyalahkan mana mana pihak tidak menguntungkan mana mana pihak.


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata pada masa ini perkara yang perlu diberi keutamaan adalah memberi ruang kepada anggota keluarga mangsa terlibat agar bertenang dan menerima kejadian itu dengan sokongan moral dari rakyat Malaysia juga.

"Kehilangan anggota keluarga terutamanya dalam kemalangan adalah amat menyedihkan dan kita perlu beri mereka ruang untuk pulih dan bukan menyalahkan mereka atas perkara yang terjadi.

"Orang ramai patut berhenti daripada menyalahkan mereka dan biar polis menjalankan siasatan bagi mencari punca kejadian," katanya lagi.

Itu respon Mei Fun mengulas tragedy remaja 13 – 16 tahun yang ditimpa kemalangan maut akibat dirempuh sebuah kereta di Johor pada Sabtu lalu.

Mei Fun, yang juga Naib Presiden MCA, memberi nasihat kepada para ibu bapa agar memantau dan mengambil perhatian anak anak mereka ketika keluar bersama kawan kawannya. Dalam pada itu beliau menyerahkan seluruh kepercayaan beliau terhadap pihak PDRM yang menyiasat perkara ini dan pihaknya ia itu Jabatan Kebajikan Masyaratkat akan melakukan apa yang perlu dalam memastikan kebajikan anak anak ini terbela.
Baca Seterusnya...

Monday, 13 February 2017

Pemberita Cuba Lagakan Peneroka FELDA #FeldaDihatiku


JOHOR BAHRU - Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menjelaskan tidak berlaku kehilangan dana berjumlah RM4.3 bilion di dalam agensi tersebut.

Sambil menegaskan kenyataannya mengenai dana itu telah dipesongkan oleh beberapa portal berita, katanya beliau mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki wang sebanyak RM4.3 bilion tersebut, antaranya digunakan bagi tujuan pelaburan jangka panjang oleh Felda di dalam dan luar negara.

"Tidak ada dana yang hilang. Daripada RM6 bilion, kita telah belanjakan RM1.7 bilion kepada peneroka Felda dengan setiap keluarga menerima bayaran sebanyak RM15,000.

"Baki sebanyak RM4.3 bilion pula antaranya dibelanjakan bagi pembayaran one off kepada kerajaan negeri Sabah sebanyak RM300 juta dan Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan peneroka sebanyak RM400 juta, perbelanjaan pengurusan RM883
juta, selain pelaburan hartanah dalam dan luar negara, pembelian saham dan banyak lagi," katanya.

Shahrir yang juga anggota Parlimen Johor Bahru berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini bagi mengulas laporan beberapa portal berita yang didakwa telah memesongkan kenyataannya berhubung dana berjumlah RM6 bilion yang diterima Felda selepas disenaraikan di bursa saham.

Menjelaskan lebih lanjut, katanya sebanyak RM1.438 bilion telah digunakan bagi pembelian pelaburan hartanah yang merangkumi pembelian hartanah di Bukit Katil, Melaka (RM304 juta), Grand Borneo Hotel di Sabah (RM86 juta), Apartmen Perkhidmatan Grand Plaza di London (RM500 juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) selain pembelian saham Iris Corporation Berhad (RM110 juta).

Shahrir berkata nilai pelaburan RM1.438 bilion itu kebanyakannya melibatkan sektor perkhidmatan perhotelan sebagai pelaburan jangka masa panjang yang memerlukan masa yang lama sebelum memberi pulangan.

Menurutnya, Felda juga telah membeli semula Felda Technoplant Sdn Bhd dengan nilai RM38 juta dan sehingga kini jumlah kerugian yang ditanggung Felda adalah sebanyak RM108 juta melibatkan projek Transnovasi.

"Tugas saya (selaku pengerusi Felda) adalah untuk memastikan kesemua pelaburan yang telah dilakukan Felda berjalan mengikut perancangan, bagaimana pelaburan itu dilakukan dan memastikan pelaburan tersebut memberikan pulangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Felda memutuskan untuk menjual sebuah hotel milik agensi berkenaan di London yang dibeli dengan harga RM548 juta pada 2012, dengan proses penjualan sedang dilaksanakan dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam waktu terdekat. - Bernama

Admin : Pemberita akhbar Sinar Harian cari makan dengan berita ikut suka hati dia sebab dia tahu bagi orang marah rating naik kocek masyuk sedangkan orang yang membacanya salah faham dan belaku la perpecahan dikalangan peneroka akhirnya, Akhbar Sinar Harian ini al-maklum la duduk bawah kerajaan negeri berkebajikan yang berintergirit, telus dan amanah tapi tulis laporan berita kalau tak fitnah, bagi pecah belah dan provokasi mmg tak boleh cari makanlah..

Dulu masa awal2 nak tubuh Sinar Harian ini staff dijanjikan gaji kecil (RM600-800) sekarang gaji besar kah? itukah sebab tulis laporan kena ada hits kan?! kah kah kah kah
Baca Seterusnya...

Wakil Rakyat Keluar DAP Bukti Parti Sedang Berpecah-belah #MCA

Keangkuhan parti DAP yang acapkali melaungkan kehebatan mereka dalam pelbagai isu kini telah mula menampakkan keretakan dan tidak kesefahaman diantara mereka.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menyatakan bahawa tindakan 3 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang anggota Parlimen DAP dari Melaka yang telah keluar parti baru – baru ini jelas menunjukkan mereka mempunyai masalah dalaman. 

Beliau juga menambah situasi berkenaan turut menggambarkan kekalutan politik diantara mereka yang tidak selari dengan gambaran yang diberikan oleh mereka, di mana seolah –olah parti DAP ini sempurna dari semua aspek. Hal ini juga berlaku di tempat lain bukan sahaja di Melaka ujarnya lagi.


DAP sering melaungkan integriti, ketulusan dan kesefahaman dalam mereka berjuang membawa adenda partinya tetapi mereka tidak ubah ibarat ayam jantan yang berkokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi!

Peribahasa ini dianalogikan kepada mereka yang megah dan berlagak tetapi dalam masa yang sama sahsiah dan peribadi atau kelakuannya tidaklah semegah dan selagak dengan kecantikan luarannya itu.

hal ini dicerminkan dengan kes LGE disabitkan dengan dakwaan rasuah dan pecah amanah ditambah pula perpecahan diantara mereka ini jelas menunjukkan DAP hanya pandai berkokok macam ayam jantan didalam tahun ayam 2017 ini.
Baca Seterusnya...

Saturday, 11 February 2017

MCA Letak 30 Peratus Calon Muda Pada PRU14 - Liow Tiong Lai #MCA #PRU14

MCA mengumumkan bakal membariskan 30% generasi muda sebagai calon muka baru dalam kancah Pilihan Raya Umum 14, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau tidak memberikan berapa jumlah sebenar berkenaan kenyataan itu, beliau menegaskan MCA bakal menegahkan calon yang berkelayakan dan berpotensi untuk menarik kembali sokongan pengundi Cina kepada parti itu kelak.

Beliau juga turut mengingatkan kepada mereka agar sentiasa berkhidmat dengan baik bagi mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada rakyat terutama para pengundi Barisan Nasional.


"Walaupun telah termasuk dalam senarai pendek, kita tidak teragak-agak untuk menyingkirkan calon yang gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Kita harap sokongan pengundi akan meningkat kerana MCA bergantung kepada mereka," katanya lagi

Semoga gerak tumpu MCA untuk melandai badai PRU14 kelak akan memberikan kemenangan mutlak kepada Barisan Nasional untuk terus memacu negara ini kearah yang lebih membangun, maju dan berjaya.


Baca Seterusnya...

Sunday, 5 February 2017

Bahaya "Meroyan" Lepas Bersalin #PantangLepasBersalin #TipsBerpantang

Gangguan emosi selepas bersalin atau meroyan pada peringkat postpartum psikosis berisiko untuk membunuh jika tidak diberikan perhatian sewajarnya, ujar Pakar Psikiatri dari Fakulti Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Dr. Najwa Hanim Md Rosli.

Jelas beliau, pesakit berkenaan boleh melakukan perbuatan itu kerana tidak mampu membezakan antara keburukan dan kebaikan sesuatu perkara.

Tambahnya, postpartum psikosis adalah peringkat gangguan emosi selepas bersalin yang lebih berbahaya berbanding kemurungan postpartum (postpartum depression) dan postpartum Blues (rasa sugul).

"Postpartum psikosis boleh menggangu keupayaan mereka untuk membuat keputusan secara waras.

"Selalunya apabila pesakit mengalami postpartum psikosis, perkara-perkara seperti risiko membunuh, mudah untuk berlaku kerana mereka sudah tidak boleh membezakan apa yang benar dan apa yang tidak," katanya semasa dihubungi Astro AWANI.


Diganggu 'suara halus'

Antara tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami postpartum psikosis adalah antaranya mereka akan diganggu dengan suara-suara halus yang akan menyuruh mereka melakukan sesuatu.

"Apabila mereka mengalami halusinasi, mereka terdengar suara-suara yang hanya mereka mendengarnya tetapi kita (orang lain) tidak. Malah, suara ini menyuruh mereka berbuat sesuatu dan bagi mereka, suara ini sangat jelas dan nyata.

"Jadi, mereka tidak boleh bezakan apa yang benar dan apa yang tidak menyebabkan mereka terikut kerana mereka tidak tahu membuat keputusan dengan waras," jelasnya.

Tambah Dr Najwa, wanita yang mengalami postpartum psikosis pada kelahiran anak pertama boleh berlarutan sehingga kelahiran seterusnya.

"Jika mereka mengalami postpartum psikosis semasa kelahiran pertama, risiko untuk mengalaminya pada kelahiran seterusnya memang lebih tinggi," katanya lagi.

Jelasnya, tanda-tanda yang dialami pesakit postpartum psikosis dengan pesakit skizofrenia adalah hampir sama.

"Masalah halusinasi dan dilusi memang tanda-tandanya sama. Cuma permulaan bagi postpartum psikosis adalah selepas kelahiran, manakala pesakit skizofrenia boleh berlaku pada bila-bila masa," kata beliau.

Bersikap prihatin

Justeru, Dr. Najwa menyarankan individu yang menjaga wanita bersalin terutama suami agar sentiasa bersikap prihatin dan menjaga perasaan pasangan mereka.

"Kalau mereka sudah mengalami postpartum psikosis ini contohnya, mungkin dia boleh bercerita kepada suami (atau keluarga) tentang (pengalaman mendengar) suara itu dengan lebih jelas (terperinci). Namun, kadang-kadang mereka tidak beritahu.

"Jadi, kita tengok perubahan sikap, atau cara mereka berkomunikasi dengan suara yang mereka dengar tersebut. Jadi orang yang menjaganya perlu prihatin dengan (keadaan) pesakit ini," kata beliau lagi.

Justeru, beliau menasihatkan penjaga agar segera membawa wanita bersalin di bawah jagaan mereka ke klinik atau hospital berdekatan jika terdapat tanda-tanda postpartum psikosis.

"Mereka juga boleh mendapatkan surat rujukan daripada klinik dan kemudian akan terus dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," ujarnya. - Rahimah Abdullah, Astro Awani |  Februari 05, 2017 14:45 MYT
Baca Seterusnya...

Saturday, 4 February 2017

Isu Proton Hanya Alas Kaki Pakatan #Proton

KFC dalam negara kita walaupun sudah dipunyai syarikat di Malaysia, tetap kita pandang sebagai syarikat dari Kentucky, USA.

Mc Donalds walaupun ada syarikat Arab beli, tetap kita kata ia dari Illinois, USA. Dan kita juga kata ia bagi dana pada Yahudi.

Kalaulah Proton nak dibeli oleh syarikat luar pun, Proton tetap dianggap sebagai kereta nasional negara kita. Tiada isu soal menjual kedaulatan negara kerana sebelum ini Proton telah pun diswastakan.

Kalau nak cerita pasal keuntungan, sebelum ini tak pastilah dah untung berapa banyak. Yang kita dengar, kerajaan terpaksa bailout untuk bantu Proton.

Kalau nak cerita pasal teknologi, kita dah biasa dengar kereta Proton cermin pun selalu rosak, getah pintu pun asyik rosak. Kereta Iriz saya pun, baru keluar kedai 3 hari dah kena towing balik ke HQ sebab brake pad rosak. Terkenangkan semangat patriotik, kami sokong beli Proton juga.

Kalaulah Tun M nak sangat pegang Proton, mengapa tidak minta anak-anaknya yang Billionair beli saham-saham Proton tu? Sebelum ni, boleh pula beli syarikat arak San Miguel dari luar negara dan Esso & Mobil ditukar kepada Petron.

Tuduhan kata kerajaan tak jaga kedaulatan negara sebab Proton silap besarlah. Sebabnya, DS Najib sendiri guna Proton Perdana sebagai kenderaan rasminya. Menteri-menteri, MB di negeri di bawah BN pun guna Proton Perdana.

Bagaimana kita nak percaya pada DAP dan PKR, kalau kenderaan rasmi MB, CM dan Exco di Penang dan Selangor pun tak guna Proton, mereka guna kereta berjenama import. Tiba-tiba nak minta orang undi Pakatan dia pulak. Tak malukah?

Selalunya yang saya perhatikan, orang yang acah-acah sokong Tun M tu pun tak guna kereta Proton. Pembangkang pun kutuk-kutuk Proton tin Milo masa Tun M jadi PM.

Tak malukah acah-acah patriotik?

credit : Facebook Jamal Rafaie


TAK LUPA semasa 11 Bulan Nizar Jamaulddin badut DAP jadi MB Perak antara usaha pertama beliau mempatriotikan Proton adalah dengan menukarkan semua kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Proton Perdana kepada Toyota Camry. - Daengselili
Baca Seterusnya...

Thursday, 2 February 2017

Perlunya Siang Ikan Sebelum Simpan! #TipsMemancing #Pancing #Memancing

Bagi pemancing tegar bagi ikan air tawar (ikan darat - gelaran orang kampung) menyiang ikan yang ditangkap adalah salah satu skill yang wajib dipelajari umum oleh mereka berbanding yang tahu memancing ikan di Pasaraya Tesco, NSK ataupun Giant!

Kali ini admin mahu kongsikan kepada semua antara sebab utama perlu kita membuang isi perut ikan air tawar khususnya.

Adakalanya pemancing memilih umpan yang mengikut diet tangkapan seperti cacing/ulat sagu, organ haiwan (perut atau hati ayam), dedak bancuh ataupun buah (buah lakom, ara, pisang atau yang biasa dimakan ikan)

Bagi umpan lipas , perut ayam atau dedak amatlah wajar ikan tersebut disiang sebelum disimpan (sejuk beku) kerana umpan seumpama itu boleh menjejaskan rasa ikan secara langsung merosakkan isi ikan tersebut kerana ia boleh menyebabkan perut ikan "pecah" atau hancur didalamnya. 

Kepada yang tidak tahu umpan lipas contohnya, ia mempunyai cacing yang sehalus rambut didalam perutnya dan ia berupaya merosakkan ikan tersebut jika disimpan tanpa membuang isi perut ikan tersebut mana kala umpan perut ayam pula ia mempunyai asid dari perut ayam itu yang berkemungkinan merosakkan isi ikan tangkapan kita. 

Tidak terkecuali umpan dedak juga berupaya merosakkan ikan kerana unsur 'panas'nya (kadang ikan kolam jadi tak sedap bila beli kat pasaraya berkemungkinan sebab dedak terperam dalam badan ikan) boleh memberi kesan kepada rasa ikan tersebut.

Tidak hairanlah ada yang mendakwa ikan disetengah tempat dikatakan berbau lumpur atau terlalu hanyir untuk dimakan kerana ia tidak mengambil perhatian berkenaan perkara ini.

Kepada kaki gewang atau umpan tiruan juga tidak terlepas dari perlunya menyiang ikan tangkapan mereka kerana ikan liar (makan menyambar khususnya) memakan apa sahaja yang diperlukan oleh dietnya. Seperti gambar ini, Ikan haruan ini memakan anak ular yang berkemungkinan anda sendiri tidak lalu menjamahnya sekiranya telah menyimpan ikan tersebut beberapa lama didalam peti sejuk.


Sekian celoteh admin pada malam ini, semoga bermanfaat!


Baca Seterusnya...

Guan Eng Seperti Kera Makan Cili - Huan #TeamHuan #DAPRasuah

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan tampil mempertahankan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai cadangan untuk menjadikan Pulau Pinang, Pulau Langkawai dan sebahagian Melaka sebagai Wilayah Persekutuan.

Huan berkata cadangan tersebut merupakan satu harapan atau cita-cita sahaja.

“Beliau turut menyatakan klausa “If I (Menteri Wilayah Persekutuan) can” jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu cita-cita dan tidak salah untuk mempunyai cita-cita,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Huan berkata demikian sebagai membidas kritikan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang telah menyelar cadangan tersebut.

Katanya lagi, Guan Eng secara tiba-tiba telah melompat dan mengeluarkan kenyataan bahawa perkara tersebut tidakpun dibawa berbincang dan melontarkan kata-kata tidak elok terhadap Tengku Adnan, sedangkan menurut Huan, ia hanya merupakan ‘cita-cita’ atau ‘harapan’.

“Guan Eng turut memetik Perkara 1 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Pulau Pinang merupakan negeri di bawah Persekutuan Malaysia.

“Tetapi Guan Eng jangan lupa bahawa Perkara 1 (3) juga menyatakan bahawa ia tertakhluk kepada Fasal (4) iaitu mengenai Wilayah Persekutuan yang juga disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tidak timbul soal menjadi penjajah atau penakhluk kerana Wilayah Persekutuan juga merupakan sebahagian daripada Malaysia,” kata Huan, merujuk kepada Guan Eng yang menggelar Tengku Adnan sebagai ‘penakluk’ yang ingin meluaskan empayar Kementerian Wilayah Persekutuan.

Huan mendakwa Guan Eng ‘seperti kera memakan cili’ kerana takut kepada ‘cita-cita’ dan ‘harapan’ yang belum menjadi cadangan sah untuk dibawa ke meja rundingan.

“Sama seperti bapa Guan Eng juga, Lim Kit Siang (penasihat DAP) yang juga mempunyai cita-cita mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri yang belum pun dipersetujui oleh mana-mana ahli Pakatan Harapan yang lain melainkan Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri) sahaja yang mengakuinya,” dakwa Huan.

“Jika ia menjadi satu cadangan yang sah dan dibawa ke meja rundingan, Guan Eng tidak perlu takut kerana ia akan mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.

Guan Eng di dalam sidang media hari ini menyelar cadangan Tengku Adnan dan berkata Pulau Pinang tidak setuju untuk dijadikan Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, Tengku Adnan di dalam temubual bersama stesyen radio BFM menyatakan keinginannya untuk mengembangkan Wilayah Persekutuan.

Beliau memberi contoh Kuala Lumpur, dan berkata ibu negara itu tidak akan berada pada tahap hari ini sekiranya ia bukan di bawah Wilayah Persekutuan. - sumber
Baca Seterusnya...

Wednesday, 1 February 2017

Pemuda UMNO BTR 'Payung' 800 Buah Motosikal #BetterNation #BTRDiHatiku #AnakKL



Lebih 800 buah motorsikal mendapat manfaat full tank secara percuma hari ini oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak.

Ini merupakan program yang julung kali diadakan ini bertujuan membantu menceriakan rakyat terutama warga Bandar Tun Razak.



"Kita (UMNO) melihat dan mendengar rintihan hati rakyat setiap kali harga minyak bulanan diumumkan. Hari ini kita buat sesuatu menceriakan penduduk tempatan dan kita tak mahu jadi seperti pihak sebelah sana yang hanya tahu membuat bising tanpa membuat apa-apa", kata Datuk Rizalman Bin Dato' Mokhtar Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.


Untuk info program sebegini akan diteruskan setiap bulan pada hari pertama di lokasi yang sama memandangkan ianya mendapat sambutan positif.



"Walaupun program yg dilaksanakan ini bernilai kecil tapi sekurang-kurangnya memanfaatkan banyak pihak", kata Mohd Amir Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak.
Baca Seterusnya...

Tips Kuruskan Badan Secara Sihat #Sihat #kuruskanBadan

"Jangan kamu hina orang orang gemuk, sesungguhnya apabila dia kurus dia lagi lawa dari kau" 
- Lelaki Gemuk -

Meh baca perkongsian dari Alia Amira Rohadi tentang bagaimana dia berjaya dengan jayanya menurunkan berat badan dari 90kg – 58kg. Jom baca..

Dari status Facebook Cik Alia Amira Rohadi



"Hyee guys, sbb ramai duk tanya sy amalkan ape utk KEMPISKAN PERUT & PEHA.. So, let me shared u here

1. Pleaseeeeee KENE PANTANG AIS , CAFFEIN,COFFEE, MINUMAN BERGULA, BERGAS ( dktt sini memang akan ad suara2 sumbang kata " alaaaaa AIS tu macam susahh lahh sis" syg oihhh sy dlu nak gemok bukan skli makan je terus jadi tongdrum... Samalah mcm nak kurus. XkAn jaga makan, pantang, workout baru 3 hari tpi nak result tudiaa aih kalah orang main gym.

2.Bangunnn je dari tido sbelum korang g toilet , sblm gosok gigi, teruss minum air kosong agak2 dlm 2-3 gelas ( kalau air suam, amaaaat dan sangattt digalokkan) korang blh search kebaikan mnum air slpas bngun tido. Banyak manfaat dia

3. Kene rajin workout , zumba, exercise tpi more fokus pada bahgian perut n peha. Kalau lia habis2 malas tahap gabaann sklii pon lia akan buat mcm ni <<<baring je atas katil, dan angkat kaki lurus ke atas, buat smpai rasa tegang perut dan blakang peha,, ni pon kene slalu buat( kalau korang jenis kerje berdiri mcm nurse, cikgu * bnde ni bagus sbb galakkan venouse return : rate of blood flow back to heart)and cegah varicose vein


4. Minum air kosong 3 liter/ day paling minimum. Lagi berat badan korang , lagi banyak air yg korang kene ambil ( pleasee jangann mainn taram 3 liter tu skli hembus je, kene tahu mcm mana nak devide . So nnti xdelah asyik ulang alik toilet and bagi masa utk bladder & kidney rehat.

5. Elakkan mknan berminyak, berlemak, berkari yg akan mngangu utk loss weight( no treat day for fastest result)

6. Kene rajin detox badan ( google cara terbaik and termudah utk korang detox bdan sbb lain orang lain caranya)

7. Malas nak ckap point last ni, tapi tulah... Lia memang Amalkan greentea kosong tanpa gula dan susu...( minum greentea dri langit skli pon tapi makan xjaga, xworkout , memang kelaut lh citer dia )

" KENE DISIPLIN YANG KUAT DAN SABOR, SABOR,SABOR DAN SABRON" dalam prosess utk loss weight, loss inci dengan izinNya

* nanti ada ada masa lia shared utk kulit, muka and double chin .waitt ya.


P/s: kindly share and repost kalau bermanfaat utk korang. Gudluck and smoga kurus sblm raya"

Betul la kata kata Lelaki gemuk atas tadi...



Kerajaan Zalim sebab biarkan rakyat Malaysia ramai mati dalam badan gemuk..
Baca Seterusnya...

53 Buah Bas Ditahan Dalam Ops Serkap #SPAD.

53 Buah Bas Lakukan Pelbagai Kesalahan dalam Ops Serkap!

Sebanyak 53 buah bas didapati melakukan pelbagai kesalahan menerusi Ops Serkap di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah berkata antara kesalahan adalah tidak mempunyai permit yang sah, tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan beberapa kesalahan lain.



"SPAD akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di pejabat SPAD, TBS malam tadi. SPAD turut memantau penjualan tiket haram oleh ulat-ulat tiket.

"Kami sering mengingatkan penumpang bas agar membeli tiket bas di kaunter TBS bukan dengan pihak ketiga bagi mengelak dari ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Selain itu, Mohd Azharuddin berkata pihaknya turut mempertingkatkan operasi di seluruh negara bagi mengurangkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti kemalangan jalan raya.

Ops Serkap yang bermula 21 Januari, dan berakhir pada 5 Feb bertujuan memantau penjualan tiket serta memastikan bas-bas penumpang berada dalam keadaan selamat dan terbaik. -- BERNAMA (28 Januari 2017)

Alhamdulillah, minggu lepas hari yang sibuk bagi seluruh wargakota yang memilih untuk pulang ke kampung halaman meskipun keadaan lebuhraya penuh sesak terutama dari arah Selatan ke Utara.

Turut dilaporkan oleh pihak PLUS ada kesesakkan lebuhraya cuti perayaan kali ini yang berlarutan sehingga  mencecah puluhan kilometer lantaran ramainya pengguna memilih untuk menggunakan lebuhraya secara serentak.

Lebih menyeronokkan buat semua rakyat Malaysia ialah kali ini cuti perayaan Tahun Baru Cina hampir tidak ada berita insiden yang melibatkan bas ekspres yang meragut nyawa rakyat Malaysia seperti insiden insiden yang pernah terjadi pada tahun tahun sebelum ini.

Tahniah kepada pihak SPAD khususnya dan agensi agensi yang turut terlibat dalam OPS SERKAP kali ini yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kelancaran perjalanan para pengguna disamping memberikan kesedaran pihak yang terlibat agar mematuhi undang undang jalan raya.


Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!