Tuesday, 31 January 2017

Harga Minyak Naik Februari 2017 #RON95 #HargaMinyak


Hujung bulan hari yang ditunggu-tunggu banyak rakyat Malaysia sebab harga petrol dan diesel disemak setiap hujung bulan.

Bulan ini (Januari) harga MOPS95 secara purata lebih tinggi berbanding MOPS95 pada bulan Disember iaitu US$69.489/tong bagi Januari 2017 berbanding US$66.553 bagi Disember 2016 iaitu kenaikan sebanyak 4%.



Purata kadar tukaran US Dollar - Ringgit Malaysia bagi Januari 2017 adalah 4.4603 berbanding 4.4590 bagi Disember 2016 bermakna Ringgit susut sedikit iaitu 0.02% secara purata pada bulan Januari 2017 berbanding Disember 2016.

Selepas dikira mengikut formula Automatic Pricing Mechanism seperti saya pernah tulis beberapa bulan yang lepas: http://syahir521.blogspot.my/2016/11/cara-pengiraan-harga-petrol.html harga purata RON95 pada bulan Januari 2017 adalah RM2.27/liter iaitu 17 sen lebih tinggi berbanding harga runcit RM2.10/liter yang ditetapkan pada awal bulan Januari.

Oleh yang demikian saya menjangkakan kenaikan harga runcit RON95 bagi bulan Januari sejumlah 10 sen hingga 15 sen bermula malam ini.

Seperti bulan-bulan yang lepas, saya pasti ada yang tidak maklum bahawa sejak Disember 2014 lagi kerajaan telah melaksanakan sistem apungan terkawal dalam menetapkan harga petrol dan diesel di mana semakan akan dilakukan setiap bulan mengikut purata harga MOPS95 dan kadar tukaran US Dollar - Ringgit dicampur dengan kos-kos tetap seperti kos operasi margin syarikat minyak, pengusaha stesen minyak.

Pasti ada juga suara-suara yang mahu subsidi petrol dan diesel dikembalikan kerana harga minyak global sudah mula meningkat sejak kebelakangan ini. Sila baca saya tulis bulan lepas kenapa subsidi pukal menyeluruh adalah sesuatu yang tidak bagus untuk negara dan untuk golongan berpendapatan rendah: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10211203371578121?match=c3lhaGlyLHJvbjk1

Dalam masa yang sama pasti ada yang akan menyebarkan grafik janji Najib Razak tidak akan menaikkan harga petrol yang dibuat pada tahun 2012 iaitu cubaan memutarbelitkan kenyataan PM dengan mengambil sebahagian kenyataan beliau, dan meninggalkan sebahagian yang lain: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10211221861360354?match=c3lhaGlyLHJvbjk1

Baca bagaimana harga RON95 disemak dan ditentukan setiap bulan di atas, baca kenapa subsidi pukal seperti subsidi petrol dan diesel itu bersifat regresif di atas dan baca juga "janji" Najib Razak untuk tidak menaikkan harga RON95 pada tahun 2012.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih rasional, berfikir dan matang.

Kredit : FB Syahir
Baca Seterusnya...

Friday, 27 January 2017

RM80,000 Untuk Banjir Kelantan #PemudaWilayah #Banjir2017


"RM80,000 Untuk Banjir Kelantan"
Oleh : Helmi Hanafi 

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melepaskan konvoi kenderaan Misi Banjir bagi menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Pasir Puteh, Kelantan pada Jumaat.

Misi banjir itu merupakan kerjasama diantara Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bersama Biro Kebajikan UMNO Malaysia.


Menurut Tengku Adnan, misi kali ini merupakan konvoi pertama bantuan mangsa banjir gelombang kedua dan terdapat bantuan lagi yang akan menyusul selepas ini.

"Kita juga akan melihat keperluan lain untuk menghantar bantuan bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas.

"Jika diperlukan bagi kemudahan logistik, kita akan meminta pertolongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya kepada pemberita selepas selesai melepaskan kenderaan misi bantuan di Perkarangan Menara Dato Onn, PWTC.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Sebuah lori seberat tiga tan, sebuah van dan sepuluh buah kereta disertai tiga puluh orang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menyertai misi bagi menyampaikan sumbangan banjir ini.


Sumbangan barangan yang berjumlah RM80 ribu itu merupakan barangan keperluan asas bagi membantu 400 buah keluarga meliputi 3200 orang penduduk di Pasir Puteh.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO turut memberi reaksi terhadap peringatan yang diberikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad terhadap ahli politik yang terlibat dengan rasuah.


"Bagi saya ia satu peringatan yang bagus...kami peka terhadap isu tersebut dan kami tidak mengamalkannya," katanya pendek.

Sebelum ini, Dzulkifli dalam satu temubual berkata pihaknya mempunyai strategi tersendiri dan akan menentukan sendiri bilakah tindakan akan diambil.

"Kepada ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan sahaja - tunggu.


"Apa yang pasti kita takkan lepaskan sesiapa yang terlibat, tak kira dia ahli politik, ahli perniagaan, atau pegawai GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di Malaysia ini," katanya.-27/1/2017
Baca Seterusnya...

Thursday, 26 January 2017

Mahathir Suka Perkauman - Liow Tiong Lai #MCA #CNY207

Datuk Seri Liow Tiong Lai Presiden MCA menyelar tindakkan bekas perdana menteri Tun Mahathir kerana sering mengulangi kata kata yang berbau perkauman terhadap inisiatif kerajaan dalam agenda pembangunan negara.

Antara yang disentuh oleh beliau berkenaan ucapan Mahathir yang cuba memperalatkan Projek Pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia, Johor dan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) apabila kehabisan modal politik tidak sihat Mahathir.

"Saya kesal Tun M (Dr Mahathir) menjadikan isu ini menjadi isu perkauman terhadap China dan orang Cina. Kami hormat beliau sebagai seorang pemimpin namun hari ini dia telah berubah.

"Beliau tidak boleh menggunakan pendekatan perkauman dan ia menjadi lebih buruk kerana DAP turut memainkannya. Mereka cuba melabel MCA sebagai ejen China dan mewujudkan persepsi bahawa ini merupakan satu isu perkauman," katanya lagi

Oleh yang demikian, Liow berharap seluruh lapisan rakyat Malaysia yang hidup dalam keharmonian bersama sama untuk menolaj pemimpin yang sering mengunakan sentimen perkauman yang menyukarkan hubungan penduduk Malaysia termasuk hubungan dengan negara lain.

"Pelaburan dari China penting kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mereka tahu mereka perlu mengikut undang-undang Malaysia jika mereka mahu membuat pelaburan di sini. Kami juga akan memastikan kepentingan rakyat Malaysia sentiasa dijaga dan dipelihara.

"Apabila Tun M menggunakan isu perkauman dan terlalu terikat dengan agenda politik dalam isu ini, saya merasakan beliau telah tersalah hala tuju kerana untuk menjadi sebuah negara yang maju, kita memerlukan pelaburan," katanya lagi.

Terdahulu Tun Mahathir menyasarkan serangan terhadap kerajaan dan menggunakan Isu Forest City dan ECRL yang kononnya cuba digadai oleh kerajaan atau pemerintahan YB PM Najib Razak kerajaan membuat pinjaman yang tidak sesuai dengan senario aktivit ibiasa.
Baca Seterusnya...

Rakyat Malaysia Harus Bersatu Padu - Liow Tiong Lai #MCA #CNY2017 #HappyChineseNewYear2017 #ChineseNewYear2017

Perutusan sempena Tahun Baharu Cina 2017 oleh Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, jelas memupuk rakyat Malaysia harus bersatu padu sebagai masyarakat yang mendukung perpaduan demi membina kehidupan yang sederhana, toleransi dan berfikiran ke hadapan, menerima dan saling menghormati hak, kepercayaan dan tradisi satu sama lain, katanya 

Kepelbagaian budaya Malaysia yang unik ini ialah satu daripada tunjang kekuatan negara dan oleh itu, Parti komponen Barisan Nasional ia ini MCA komited untuk mengekalkan keharmonian sosial yang sekian lama dinikmati berbilang kaum di Malaysia.

"Ketika kita merenung ke hadapan, menguruskan kos sara hidup yang meningkat akibat cabaran ekonomi akan menjadi agenda utama pada 2017.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan untuk membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti pembiayaan peruntukan untuk memberi bantuan kepada isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2017," katanya dalam perutusannya.


MCA yang diketua Datuk Seri Liow Tiong Lai sentiasa berusaha memenuhi kehendak masyarakat termasuk menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti melalui inisiatif Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), dan memberi bantuan kewangan kepada usahawan melalui skim pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Koperasi Jayadiri Malaysia (KOJADI), kata beliau lagi.

"Kami percaya sepenuhnya bahawa inisiatif ini akhirnya akan mengukuhkan negara dan ekonomi kita. Inilah sebab mengapa mengapa MCA terus bekerja keras untuk mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Selain itu, memandangkan pentingnya pelaburan langsung asing kepada ekonomi, MCA gembira kerana telah memainkan peranan penting membantu membawa masuk pelaburan baharu dari China, ekonomi kedua terbesar di dunia," katanya.

Peluang daripada pelaburan ini pasti memberi rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sesungguhnya sektor pengangkutan akan mendapat manfaat daripada kepakaran China, terutama projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, yang bakal menjadi pencetus perubahan kerana ia akan meningkatkan kesalinghubungan antara Pantai Timur dan Barat Semenanjung Malaysia, kata Liow.

Jaringan perhubungan yang baik ini bakal melahirkan peluang perkerjaan dan penjanaan ekonomi setempat disamping menaikkan taraf kehidupan rakyat kearah yang jauh lebih baik untuk masa akan datang.

"Inisiatif ini akan memberi manfaat besar kepada negara dan rakyat, dan Kerajaan BN komited untuk melihat usaha ini membuahkan hasil," kata Liow.

Beliau mengakhiri perutusan Tahun Baharu Cina 2017 beliau dengan menggesa rakyat Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan hari ini agar menjauhi pemikiran ektrimis dan bersama sama membangunkan negara ini.

"Marilah kita bersama-sama memenuhi peranan sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka, mencapai persefahaman dan tidak mudah luntur semangat.

Kepada pengguna jalan raya iaitu mereka yang memandu pada cuti hujung minggu yang panjang ini, pandu cermat dan jangan lupa berhenti untuk rehat jika berasa letih di jalan raya," kata Liow.

Beliau turut mengucapkan ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya, semoga beroleh kesejahteraan dan semua berada dalam keadaan sihat.
Baca Seterusnya...

SPAD Terus Perhebat Operasi Penguatkuasaan #CNY2017 #SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperhebatkan penguatkuasaan di terminal bas, lapangan terbang, pusat bandar dan lebuh raya susulan jangkaan pertambahan perjalanan dalam menyambut Tahun Baharu Cina pada hujung minggu ini.

Hal ini dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata pasukan penguatkuasaan SPAD bukan sahaja melakukan pemeriksaan di kaunter tiket serta kegiatan haram seperti ‘ulat tiket' (menjual tiket secara haram) tetapi juga memeriksa dokumen perjalanan bagi kenderaan di terminal bas khususnya.



“Selain itu, operasi secara menyamar dan rondaan di lokasi terpilih turut dilaksana bagi memantau pematuhan keselamatan oleh bas ekspres serta kelakuan pemandu,” kata Nancy

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkerja sama dengan SPAD memulakan operasi bersama khas Tahun Baharu Cina dalam usaha mencegah nahas jalan raya semasa musim perayaan kali ini.

Dijangkakan operasi ini bermula 21 Jan hingga 5 Feb 2017 nanti akan merangkumi focus operasi 24 jam yang akan dijalankan dari 27 Jan hingga 1 Feb 2017.

27 Kes telah dikesan dan penangkapan seorang suspeck 'Ulat Tiket' dalam tempoh operasi bermula. Sebanyak 383 buah kenderaan diperiksa dan lapan pegawai penguat kuasa melakukan penyamaran sebagai penumpang dalam empat perjalanan bas ekspres semasa operasi ini berlangsung.

“Kerajaan mengingatkan pengusaha pengangkutan awam darat dan pemandu bas yang mereka mempunyai peranan penting dalam mempertingkat tahap keselamatan penumpang yang mereka bawa.

“Selain itu, pengusaha juga harus pastikan pemandu bas masing-masing mematuhi had laju pada setiap masa,” kata beliau lagi.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 25 January 2017

Skandal Mahathir BMF?! #ExMO1 #DoaFadzilNoor #JalilIbrahim

"Ya ALLAH, Engkau Panjangkan umur Mahathir supaya ia dapat saksikan sendiri kezaliman dan kekejaman yang pernah ia lakukan," 
- Allahyarham Fadzil Mohd Noor (Bekas Presiden Pas)

Satu perkara yang menarik daripada laporan CIA tersebut adalah :



"Bank Bumiputera ditubuhkan bagi membantu peniaga Melayu miskin. Kerugian BESAR bank ini terhadap pinjaman yang diberikan kepada ahli perniagaan Cina Hong Kong adalah memalukan kepada kepimpinan etnik Melayu."
- Laporan CIA

Siapa pemimpin Melayu ketika itu? 
clue 'Bukan Tun Razak ataupun Najib Razak'


Tengok apa sekutu Mahathir cakap Syed Lim Kit Siang dalam video ini :

Baca Seterusnya...

Tuesday, 24 January 2017

Pemimpin UMNO Raikan Penduduk Kaum Cina Seputeh #PemudaWilayah

Hari ini Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Warga Emas di Kuchai Entrepreneurs Park (KEP) sempena menyambut Tahun Baru Cina oleh pemimpin masyarakat Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Seputeh. 



Program kemasyarakatan ini telah dihadiri oleh hampir 400 orang masyarakat dalam kawasan Parlimen Seputeh dan rata - rata bersyukur dan berterima kasih dengan sumbangan yang disampaikan oleh YB Senator Datuk Mustapa Kamal. YB Senator telah memberi hamper, buah limau mandarin dan sumbangan wang tunai sebagai persediaan menyambut Tahun Baru Cina.

Dalam ucapan YB Senator sebentar tadi, beliau juga telah mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Dr. K.K. Chai, pemilik K.K Group kerana sudi memberi sumbangan makanan dan minuman pada program kali ini. Lebih menarik lagi, YB Senator sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL telah meminta kepada pengurusan DBKL untuk memberi pertimbangan kepada peniaga di kawasan KEP yang terletak di dalam Parlimen Seputeh bagi membenarkan mereka meletakkan kerusi dan meja di luar kedai pada waktu malam.






Ini dengan syarat pada waktu siang tidak ada satu pun kerusi atau meja diletakkan diluar kedai yang menghalang kawasan letak kereta atau lalu lintas.Bagi YB Senator, asas kepada kemajuan satu kawasan adalah hasil perbincangan antara penduduk dan pentadbir atau kerajaan.
Saudara Razlan Rafii selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh turut sama hadir.
Apabila terdapat perbincangan, pelbagai masalah dapat diselesaikan sekaligus mewujudkan win - win situation bagi kedua belah pihak. Selain itu YB Senator juga telah menzahirkan harapan beliau agar masyarakat berbangsa Cina terus menyokong kerajaan Barisan Nasional yang telah terbukti berjaya berkhidmat demi kesejahteraan rakyat di Wilayah Persekutuan khususnya dan Malaysia amnya.

YB Senator Datuk juga gembira dapat bersama - sama warga emas di Seputeh yang beliau anggap sebagai ibu dan bapa beliau. Akhir sekali YB Senator Datuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina dan berhati - hati ketika memandu bila pulang ke kampung halaman masing - masing.



UMNO Seputeh & Masyarakat Berpisah Tiada

Gambar - gambar program boleh diakses di: [sumber]
Baca Seterusnya...

Meracau Tangan Tersekat Dalam Lubang Jamban!

Seperti dilaporkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.



BANDAR BARU KLANG
24.01.2017 (1319)

SEORANG LELAKI WARGANEGARA ASING LINGKUNGAN 40-AN DILAPORKAN TERSANGKUT TANGAN DI DALAM TANDAS DI SEKOLAH MENENGAH SRI ACMAR, BANDAR BARU KLANG TENGAHARI TADI.


MANGSA DIPERCAYAI CUBA MENDAPATKAN KEMBALI HAND PHONE YANG TERJATUH MENGGUNAKAN TANGAN TETAPI TERSANGKUT SEHINGGA DISEDARI OLEH KAKITANGAN SEKOLAH.

MANGSA YANG MERUPAKAN PEKERJA PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN TELEKOMUNIKASI SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAN DI SEKOLAH BERKENAAN.

MANGSA TERPAKSA DIBERIKAN SEBANYAK EMPAT SUNTIKAN PENENANG APABILA BERTINDAK BERTERIAK DAN TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA SEMASA KERJA MEMECAHKAN LANTAI KONKRIT DILAKUKAN.

LANTAI KONKRIT TANDAS BERKENAAN DIPECAHKAN DAN PAIP DI TINGKAT BAWAH DIPOTONG BAGI MENGELAKKAN RUANG HAMPAGAS YANG AKAN TERUS MEMERANGKAP TANGAN MANGSA.

TANGAN MANGSA BERJAYA DIKELUARKAN SETELAH RUANG ALIRAN UDARA DIWUJUDKAN DENGAN MEMECAHKAN LANTAI KONKRIT DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK AMBULAN SEBELUM DIBERI RAWATAN AWAL DAN DIBAWA KE HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH UNTUK PEMERIKSAAN LANJUT.

Lepas ini kalau phone jatuh jangan la agak nak ambil, kan dah menyusahkan orang terutama pihak bomba, yang lagi satu tu kenapa meracau racau semasa diberi bantuan? sawan?






Apapun tahniah pihak penyelamat kerana berjaya menyelamatkan mangsa walaupun terpaksa suntik beliau. hehehe
Baca Seterusnya...

Monday, 23 January 2017

MCA Tidak Pernah Minta Jawatan TPM - Najib Razak #MCA


Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia menafikan parti MCA pernah membuat pemohonan jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti yang didakwa bekas Pedana Menteri, Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini ketika dalam ucapanya yang dianggap tidak konsisten dan sering mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas.

Najib menyatakan semenjak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun Abdullah pada 2009, Beliau dan pihaknya tidak sekali menerima tuntutan sedemikian daripada mana mana komponen parti dari Barisan Nasional.

“Sejak saya jadi PM, MCA tidak pernah minta nak jadi TPM. MCA dah dapat jadi menteri pun mereka sudah berterima kasih dah,” kata Najib dalam laporan yang keluarkan oleh pihak pemberita.

Tun Mahathir kerap mengeluarkan kenyataan yang mengarut dan tidak masuk akal memandangkan beliau sudah kehabisan modal politik dalam mengutarakan isu politik tanah air terutama dalam agenda beliau menyerang pucuk pimpinan Negara hari ini. 

Sebelum ini Mahathir sendiri mendedahkan parti sekutunya DAP yang mengidamkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekiranya memerintah kelak, tetapi akhirnya keceluparan beliau itu mengundang reaksi terhadap rakan pembangkangnya lalu beliau mengacukan ia kepada MCA.

Tidak lupa juga hasrat beliau kononnya mahu membatalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia akhirnya beliau mengakui BR1M banyak member manfaat kepada rakyat Malaysia dan berjanji mahu meneruskan BR1M sekiranya parti pembangkang (Pakatan Harapan) berjaya memerintah Malaysia pada PRU14 akan datang.
Baca Seterusnya...

Sunday, 22 January 2017

Tanda Tanda Manusia Disihir?

Rasulullah s.a.w menerangkan permasalahan sihir ini di beberapa keadaan antaranya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bajalah bin 'Abdah meriwayatkan bahwa Umar bin Al-Khaththab -Radhiallahu 'anhu telah menetapkan perintah, yaitu: 

"Bunuhlah tukang sihir laki-laki maupun perempuan." Kata Bajalah selanjutnya: "Maka kami pun melaksanakan hukuman mati terhadap tiga tukang sihir perempuan." 


Tanda-tanda Umum di sihir
  1. Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
  2. Mimpi yang menakutkan
  3. Sakit dada dan resah menjelang senja
  4. Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
  5. Mula nampak alam ghaib
  6. Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
  7. Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
  8. Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
  9. Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.

Jenis jenis sihir

1. Sihir pemisah (perceraian) 
Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah

2. Sihir Percintaan (penunduk)
Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan
.
3. Sihir membatal atau menunda perkahwinan  
Biasanya melalui 2 cara jin merosakkan. 
a) Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang atau menikahinya. 
b) Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar, ia memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian maka setiap lelaki yang meminangakan mengundur diri tanpa sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.

4- Sihir yang mengikat lelaki dan perempuan
a) Kepada lelaki 
  • sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi. 
  • alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri alat kelaminnya hilang fungsi. 
  • Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsi. 
b) Kepada perempuan
  • Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina isteri. 
  • Ketika ingin mengauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana halangan perasaan atau kesakitan. 
  • Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.

5- Sihir dimandulkan 
Tidak dapat zuriat walau pun di sahkan oleh doctor pakar bahawa ia tidak mempunyai masalah.

6- Sihir pukau
a) Menyebabkan sesorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut. 
b) Menyebab mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya. Bagaimana terjadi pukau? 
c) Pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (member salam dan mengarahkan). 
d) Melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa. Rasululullah menyebut :
“Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin.”

7. Sihir Gila 
Mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.

8. Sihir Sakit anggota badan 
Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali di serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.

9. Sihir Pendarahan (Darah istihaadah)
Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa kebiasanya. Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut :
“Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya”

10. Sihir Santau
Santau dapatlah di bahagikan kepada dua bahagian. 
1) santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di tujukan kepada seseorang. 
2) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur, ulat mati berangan dan sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada yang ingin dituju tanpa dibaca. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya kalau sekiranya tahap yang kritikal seseorang tersebut akan Nampak kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.

11.Sihir Penutup
Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka.


Bagaimana cara penyihir menimbulkan kesan kepada badan

Terjadinya hubungan bahan bahan ini dengan orang yang di sihir dengan cara :
1. Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau meminumnya agar pengaruh sihir masuk kedalam badan
2. Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Jika orang tersebut melangkahinya maka terkena sihir ini.
3. Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh di tampal di tanam , ditusuk di balikkan patung, ditanam atau di masukkan kedalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya.
4. Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir.

(Sumber: Darusyifa')

Wallahualam..

Sampai sudah tak ada faedahnya bomoh macam nie...
Baca Seterusnya...

Saturday, 21 January 2017

Gara Gara Mahathir Celupar, Mahathir Cuba Salahkan MCA #MCA

Kisah mencuit hati bila mana seorang bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir yang memerintah atas tiket parti UMNO menyalahkan MCA yang mengidamkan kerusi Timbalan Perdana Menteri.



Atas dasar apakah Mahathir mengeluarkan kenyataan 'bingung' seperti itu sedangkan pada masa beliau berkuasa dahulu MCA adalah sebuah parti yang setia dan bermuafakat bersama UMNO dan Barisan Nasional.



sebelum ini beliau sendiri pernah mengkritik pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai seorang rasis, diktator dan komunis.

Politik pusingan-U (U-turn Mahathir) yang dibuat beliau membuktikan bahawa beliau sedang menggunakan taktik politik perkauman dan berbohong dengan mencetus kebencian sesama masyarkat berbilang bangsa di Malaysia. Adakah Mahathir lupa, MCA juga antara yang terbabit dalam penyediaan perlembagaan negara yang meletakkan keharmonian dan kerjasama antara kaum sewaktu menuntut kemerdekaan negara ini dahulu?

Sejarah telah membuktikan, bagaimana MCA setia bersama Mahathir dalam saat-saat sukar politik negara pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram, MCA dengan amanahnya telah menyandang jawatan Pengerusi Barisan Nasional sebelum menyerahkan kembali jawatan tersebut kembali kepada pucuk pimpinan UMNO baru dibawah kekuasaan Mahathir.

Imbau sekali lagi insiden era refomasi pada tahun 1998 yang mana menjadi saksi lagi sekali kesetiaan MCA kepadanya, bagaimana Mahathir terus mendapat sokongan MCA sewaktu Anwar Ibrahim memilih untuk menjemput campurtangan 'International Monetary Fund (IMF)' dalam menyelesaikan krisis matawang negara. 

MCA tetap dalam permuafakatannya dalam komponen Barisan Nasional dibawah kepimpinan YB PM Najib Razak meskipun pada kala ini Mahathir saling tak tumpah seperti 'Kacang lupakan kulit' sehingga sanggup menuduh MCA sedemikian rupa.
Baca Seterusnya...

SPAD Perkasakan Pasukan Penguatkuasa #SPAD

Menjelang musim perayaan yang bakal belaku di Malaysia pada tahun 2017 ini, SPAD mengambil langkah persediaan awal dalam mengukuhkan pasukan penguatkuasanya dalam agenda meminimunkan kadar salah laku para pengguna jalan raya memandangkan 66% faktor kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada kecuaian manusia (Kajian MIROS).



SPAD kini menambah 41 lagi anggotanya yang telah tamat latihan kedalam barisan 343 anggota penguatkuasa yang sedia ada sekarang.

Mereka ini bukan hanya ditugaskan sewaktu musim perayaan sahaja malah bertugas sepenuh masa terutama diperlukan dalam operasi operasi yang melibatkan agensi lain seperti operasi sikap contohnya.

Usaha murni haruslah diberikan pujian kepada Pengerusi SPAD, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar Jaafar Albar yang begitu fokus dan memberikan komitmen beliau dalam mengawal sedia sistem pengangkutan awam darat di Malaysia, Terima Kasih dah Syabas.


KENYATAAN MEDIA 

41 PEGAWAI BARU BAGI MENGUKUHKAN PASUKAN PENGUATKUASA SPAD

Anggota penguatkuasa SPAD baru akan segera ditugaskan bagi operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina

SHAH ALAM, 20 JANUARI 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini mengadakan majlis perbarisan tamat latihan bagi 41 anggota penguatkuasa SPAD baru di Kem Bumi Jati, Klang. Anggota ini akan menyertai barisan 343 anggota penguatkuasaan yang sedia ada.

Barisan anggota terbaru ini yang terdiri daripada pemegang ijazah dan diploma berumur di antara 23 dan 30 tahun telah menjalani kursus intensif selama 2 bulan yang merangkumi bidang perundangan, penguatkuasaan dan operasi, tatacara pemeriksaan dan sekatan jalan raya, siasatan dan pendakwaan, Kod Amalan Industri Keselamatan (SPAD ICOP Safety), etika penguatkuasaan dan ilmu beladiri. 

Majlis perbarisan hormat tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar Jaafar Albar. Di dalam ucapannya, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar telah mengingatkan bahawa anggota penguatkuasaan SPAD memainkan peranan penting di dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.


Sebagai barisan hadapan yang mencerminkan imej SPAD di mata masyarakat, kesemua pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD perlu sentiasa mengamalkan integriti dan disiplin yang tinggi.

Sehubungan dengan majlis perbarisan tamat latihan ini, Major Jeneral (B) Dato’ Paduka Che Hasni Che Ahmad, Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan telah menyatakan bahawa anggota penguatkuasa terbaru ini akan dikerahkan serta-merta bagi operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. 

“Mereka akan ditugaskan di terminal bas, lapangan terbang, pusat bandar dan lebuh raya. Di samping itu, mereka akan menyertai Operasi Khas Tahun Baru Cina bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti JPJ, PDRM dan AADK bagi mengekang kejadian kemalangan jalan raya. Operasi akan bermula pada 21 Januari sehingga 5 Februari, termasuk penugasan anggota selama 24 jam pada 27 Januari sehingga 1 Februari 2017,” kata Dato’ Paduka Che Hasni.

Di antara tugasan anggota penguatkuasa SPAD pada musim perayaan ini termasuk pemeriksaan kaunter, pemantauan penjualan tiket dan ulat, pemeriksaan dokumen bas di terminal, pemantauan dan rondaan terhadap penggunaan meter teksi di pusat bandar, dan penyamaran di dalam bas ekspres. SPAD juga turut serta di dalam operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain bagi musim perayaan ini.

Daripada 2011 sehingga 2016, bahagian penguatkuasaan SPAD telah menjalankan 821,721 pemeriksaan ke atas Kenderaan Perdagangan, Kenderaan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Pelancongan. Daripada jumlah pemeriksaan tersebut, sebanyak 35,256 kes telah dikenalpasti, di mana tindakan perundangan telah dan sedang diambil ke atas pengendali dan pemandu terbabit. Pada tahun 2016, sebanyak 7,873 operasi telah dijalankan oleh bahagian penguatkuasaan SPAD. Adalah diharapkan dengan penambahan anggota penguatkuasa ini, pencapaian ini dapat dipertingkatkan lagi bagi mentransformasikan landskap pengangkutan awam darat negara.

SPAD turut memberikan peringatan kepada pengendali pengangkutan awam darat supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi had laju di jalan raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina ini. Memandangkan kajian MIROS menunjukkan bahawa 66% kemalangan serius jalan raya adalah disebabkan oleh faktor manusia, SPAD ingin menyarankan agar pengendali dan pemandu mengamalkan budaya keselamatan ketika berada di jalan raya. 

Orang ramai juga digalakkan membuat laporan terhadap pengendali dan pemandu yang tidak berhemah dan melanggar peraturan kepada SPAD melalui talian hotline 24-jam SPAD 1-800-88-SPAD (7723) atau emel kepada aduan@spad.gov.my atau Twitter kepada @aduanSPAD.

Baca Seterusnya...

Tuesday, 17 January 2017

Rasakan Pengalaman Simulasi Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Di KL Sentral #SPAD

Kepada yang tidak pernah menaiki Rel Berkelajuan Tinggi / High-speed Rail (HSR) diluar negara, jangan lepaskan peluang untuk sama menikmati pengalaman berharga dengan mencuba simulasi Rel Berkelajuan Tinggil


Pada tanggal 16 Januari 2017 Malaysia telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam sistem pengangkutan awam daratnya yang mana YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD telah merasmikan Kiub Simulasi Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) China di Stesen Sentral Kuala Lumpur. 


Kiub ini dibuka bagi memberi pendedahan dan pengetahuan baharu mengenai teknologi yang diguna pakai oleh Negara China dalam pengangkutan awamnya. 



Turut hadir sama bagi pembukaan ini adalah Duta Besar China ke Malaysia iaitu Yang Terutama Huang Huikang. Untuk makluman semua bagi yang ingin merasai simulasi tren berkelajuan tinggi ini boleh datang ke Stesen Sentral Kuala Lumpur. Kiub ini dibuka selama 3 bulan bermula pada hari ia dirasmikan.





Baca Seterusnya...

Cara Memancing Ikan Lee Koh

PANCING IKAN LEEKOH :


1. Gunakan joran yang hujungya lembut.

2. Gunakan tali pancing yang berukuran kecil dan yang telah direndam dengan air suam. 

3. Gunakan mata kail (hook) no.6 kecil. Pakai pelampung

4. Perhatikan pelampung kadang hanya bergerak sedikit.

5. Saat 'strike' ikan leekoh yang besar, jangan risau tali pancing kita putus, cuma jangan memegang tali pancing di saat ikan telah dekat ke gigi air angkat ikan tersebut dengan menggunakan sauk yang sesuai.




Moga bermanfaat!
Baca Seterusnya...

Thursday, 12 January 2017

Tipu Pelancong : SPAD Memulakan Tindakan Perundangan #SPAD

KENYATAAN MEDIA



SPAD MEMBATALKAN LESEN PENGENDALI TEKSI DAN PERMIT KENDERAAN, SERTA MEMULAKAN TINDAKAN PERUNDANGAN TERHADAP PENGENDALI

Kuala Lumpur, 11 Januari 2017 – Berikutan siasatan terhadap aduan pelancong yang telah dikenakan tambang RM800 oleh seorang pemandu teksi bagi satu perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membatalkan Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan pemilik teksi yang terbabit. SPAD juga akan memulakan tindakan perundangan terhadap pengendali terlibat. Sekiranya didapati bersalah, pengendali boleh dikenakan hukuman denda dan/atau penjara dan kenderaan terlibat boleh dilucutkan hak. Individu berkenaan juga turut disenarai hitamkan bagi menghalang individu tersebut daripada mendapatkan Lesen Pengendali pada masa hadapan. 

Pembatalan Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan dilakukan kerana pengendali telah didapati mengingkari keperluan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), yang memperuntukkan hanya seorang pemandu sah yang berdaftar dengan SPAD sahaja dibenarkan memberikan perkhidmatan teksi dan juga mewajibkan penggunaan meter bagi menentukan tambang teksi bajet serta menyatakan keperluan pengeluaran resit bagi perjalanan. Tambahan pula, kedua-dua pemandu yang berdaftar di bawah Lesen Pengendali tersebut tidak memperbaharui Kad Pemandu mereka yang telah luput. Ini menunjukkan mereka tidak lagi berminat untuk menjadi pemandu teksi.

Ketika siasatan dijalankan oleh SPAD, pemegang Lesen Pengendali menyatakan bahawa kenderaan terbabit tidak berada di dalam milikannya dan sedang dipandu oleh individu berlainan. Walaupun begitu, kenderaan tersebut telah ditemui menggunakan nombor pendaftaran palsu dan telah disita oleh SPAD di bawah Seksyen 81 APAD. SPAD sebelum itu telah membuat laporan polis untuk mengesan pemandu teksi yang terbabit dengan kejadian penipuan penumpang ini.

SPAD ingin memberikan peringatan yang tegas kepada pemegang Lesen Pengendali supaya sentiasa mematuhi keperluan pelesenan dan tidak melanggar undang-undang. Demi meningkatkan mutu perkhidmatan teksi negara, Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang mengingkari peraturan dan mengambil kesempatan ke atas penumpang.

Tamat.


Kisahnya Dua pelancong Perancis dikenakan tambang RM800 tidak masuk akal oleh seorang pemandu teksi bagi perjalanan kurang enam kilometer.

Pelancong dikenali sebagai Sarah dilaporkan mahu ke Masjid Negara dari KLCC namun dibawa ke melencong ke Putrajaya.

Hal ini membuatkan mereka tidak berpuas hati dengan perkara ini dan tindakan bijak diambil mereka adalah dengan membuat laporan di Pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Pudu, Kuala Lumpur. Mereka telah memberikan maklumat nombor pendaftaran teksi serta gambar pemandu teksi berkenaan.

SPAD yang diamanahkan untuk menjaga industri pengakutan awan ini dari sikap segelintir pemandu seperti ini dan ia jelas telah memburukkan imej negara ini dan tindakan perundangan amatlah wajar dikenakan terhadap pelaku sekiranya dibuktikan bersalah.

Difahamkan pemandu teksi itu dilaporkan tidak menggunakan meter tambang dan wanita berkenaan yang ketakutan akur membayar jumlah yang diminta lagaknya pemandu ini seperti samseng atau pembuli.

Teruskan usaha membenteras samseng seperti ini! Syabas SPAD!
Baca Seterusnya...

Bahaya Bayi Tertelan "Baby Crystal" [Video]

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila anak kesayangannya terpaksa dibedah gara-gara tertelan baby crystal selama beberapa hari. Naluri ibu yang mana tidak sedih bila melihat anak dalam keadaan begini.


"SHARE sebanyak mungkin. Apa yg sy lalui ni, sy tak nak berlaku dekat baby2 aktif lain.. tlg lah...

terima kasih yg mendoakan lily.. jasa korang tk terbalas.. semoga cerita ini menjadi iktibar...

aku mengharamkan mainan ni (rujuk gambar kt bawah) sejak dulu. aku pantang nampak benda ni. its ok kalau dia dah direndam dalam air tp kalau benih yg belum di rendam tu, tlg lah..Buangkan nya ! aku menyesal.. aku sgt menyesal ...

Hari jumaat malam, iriss main benda ni. tak tau la mana dia dpt.. dia sorok2.. kemudian benda tu tertumpah! budak yg dalam gambar ni, nama dia lily.. aku lebih suka panggil ica sebab tiap kali panggil ica, dia akn toleh dan senyum...ica 10 bulan.. masih tktahu ape2 dan obses dgn makanan ..semua makanan..mungkin ica ingat tu makanan.. ica makan.. bila aku sedar dia main benda tu, rupanya,, ica dah termakan sebiji dari benih tu.. tanpa aku sedar!



Aku ni mmg jenis alert dgn kesihatan anak2 aku. kalau tunjuk reaksi negetif, mmg aku cpt 2 bawak at least pergi klinik.

kesan dari benda ni dia sgt cepat. dalam dua jam, ica muntah2. aku tk syak lagi dia makan benda tu. aku ingt dia muntah kahak.. 3 kali dia muntah malam jumaat tu.. hari sabtu, aku cadang nak pegi spesialist allen batu pahat, gigih aku bangun awl pagi.. sampai2 je , klinik tutup.. aku patah balik pt raja.. haritu, ica muntah 8kali.aku pegi klinik pt raja.. dia bagi ubat demam dan tahan muntah.. doc ckp ica keracunan makanan..


aku beri ubat tu tp ica tetap muntah dan muntah.. Allahuakhbar.. kuasa Allah tu besar.. Hati aku asik terpikir benda bulat ni.. walaupun kadang ada bisikan yg menafikan tp perasaan aku benar.. benar2 rasa yg ica termakan benda tu. Hati aku kuat cakap ...

hari ahad, aku pegi dr allen.. pagi2 aku pegi.. pagi tu sblm jam 12, 5kali ica muntah.. doc bagi ubat tahan muntah dan demam..lepastu doc kata ica keracunan..tp Alhamdulillah.. doc pesan.. "i bagi u ubt tahan muntah. sekali bagi cukup, kalau lepas bagi dia muntah lagi, bawak pegi hospital"


aku bagi ica ubat tahan muntah.. dalam masa 3 jam.. sampai pkl 3, ica muntah lebih 6kali (tak termasuk pagi ahad tu) aku terus pegi putra hosptal.ya, aku tak mampu ckp dgn doc tu yg ica termakan benda asing ni sb aku tak nampak. ahad malam tu.. hati aku meronta2.. bagai menjerit..kalau boleh malam tu jugak aku nk call doc yg rawat ica..nak bgtau yg ica termakan benda ni..ica dah muntah hijau... hari ahad, lebih 25kali ica muntah.. ica tk mkan.. hari sabtu ahad dia tk makan ape pun. semua keluar balik...

aku? tak tidur..Berdoa tk lekang dari hati.. semoga Allah pindahkan sakit tu kt aku.. semoga ica sihat mcm selalu..ya allah..rindunya kt si kecik tu...

malam ahad tu.. ica lemah sgt.. aku nekad bgtau kt nurse apa kata hati aku.. dia beri ica ubat tahan sakit dgn antibiotik.. ica tidur tp sekejap2 bangun.. aku ingt lagi, ptg ahad tu, doc ckp dah bagi ubt muntah paling kuat tp kenapa ica muntah lagi??

hari isnin pagi, 8 pagi lebih, doc dtg.. Aku cerita semua dkt doc padahal doc dtg tu , aku baru bangun tidur.. sb letih sgt dah berapa hari tidur sejam dua...peduli apa..air liur basi ke ape ke, aku ttp nak bgtau doc yg ica sebenarnya tertelan benda tu. Alhamdulilah doc tu amik berat ape yg aku ckp. dia suruh pergi xray, scan ape semua.. dan mmg nampak usus ica bulat.. usus dia tersumbat sb ada benda sedang mengembang dalam usus dia..


Allahuakhbar..Longgar lutut aku.dengan laki aku tkde (urus anak sekolah) nak tk nak aku kene hadap. tkde mase la nak cari bahu nak nangis. aku gagah jugak senyum dpn ica.. dia nangis sambil tangan dia mengapai2 tangan aku.. aku peluk dia.. Aku bisik.. "ica kene kuat sb mama tk kuat.." dia terus merengek pelan2...

lepas scan semua, pakar bedah dtg.. Allah time tu aku terus stanby duit , angka2 puluh ribu bermain dlm kepala aku.. ica mesti kene bedah..

doc cadangkan hosp gov.. dia kata pakar terbaik.. doc yakinkan aku. siapa aku utk menidakkan kata2 doc? aku pun setuju dgn suggestion dia.aku redha dan berserah pada Allah.. HSI menjadi pilihan doc.. Aku angguk.. tak daya.. tak makan ape pun dari pagi.. selera hilang ...

sejam lepastu ambulan sampai dan kami pun dibawa ke HSI. Allah ramainya org.Aku takut kalau pembedahan ica ditunda..

TAPI AKU SILAP!

Doc perempuan dari HSA. PAkar terbaik aku pernah jumpa.. kata2 dia tak melumpuhkan semangat aku. setiap kata2 dia buat aku berserah sepenuhnya kepercayaan membawa ica dalam tangan dia..

ica muntah.. Hitam.. doc tu cakap "adik muntah?... sikit je ye dik.. sian adik" lembut longai hati aku dengar. perasaan takut langsung hilang. aku setuju nak buat pembedahan.. tp doc terangkan.. satu persatu.

kemungkinan pembedahan usus akan dipotong sekiranya berlaku usus itu rosak.yang kedua kemungkinan akan buang air besar menggunakan kantong beg utk beberapa ketika..


luruh hati beb bila dengar camni...aku sign segala surat. make up aku? tkde. dah mcm org gila aku tau tak. aku bersila depan dewan bedah.. aku tgu ica.. aku tk nangis.. insyaallah.. jika Allah izinkan, ica akn kembali pulih..

aku percaya dgn doc tu.

selama 2jam 30min aku tk berganjak dari depan bilik bedah..aku tgu ica..at last doc panggil aku.. masuk je bilik doc, fuhh terperanjat gila kot ! besar gila ! usus ica bengkak.. nasib baik aku bawak ica awl.. kalau sampai sel usus rosak, mmg kene potong la usunya.. bersyukur berjuta kali ya allah... pembedahan berjaya dan lily stabil cuma skrg dia tidur.. belum bangun lagi..


bola tu serap air.. bola tu sgt seram bila tengok.kau bayangkan bola tu bila kene air dia just kembang dan bila dipicit dia akn musnah,tp yg ni, keras pejal dan semakin membesar dan tahu tak doc tu cakap ? "ada lebih besar dari ni !"

aku tk tahu nak ckp ape cum bersyukur.mungkin benda ni korang anggap remeh tp , bila kau yg hadapi benda ni, sumpah kau serik.. tlg la.. aku menyesal sgt sb tk buang benda ni waktu nampak iriss bawak masuk.. aku menyesal sgt !


tlg jgn ulangi kesilapan aku. sb kecuaian aku, perut anak kecik yg masih tktau ape2 tu dah kene belah.. sumpah menyesal!

doakan ica ye.. supaya bagun dan usus pulih dgn baik.. terima kasih " - sumber facebook Ibu  mangsa


Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!