Tuesday, 19 December 2017

Wartawan Harian Metro Pro Pembangkang Buat Berita Palsu?

Gara-gara laporan palsu wartawan harian metro 8 disember lalu mengenai “Empat Bangla kuasai KLIA” (artikel masih ada dilaman Harian Metro TV) yang dikenali sebagai Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom paling aktif menyeludup migran melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 2010 telah menggemparkan negara.

Timbul persepsi kononnya penguatkuasa di KLIA seperti PDRM, kastam dan Jabatan Imigresen terlibat dengan rasuah sehingga berjaya menyeludung pendatang asing Bangladesh.


Laporan wartawan yang mencetuskan kontroversi di KLIA. Laporan ala-ala 'betul ke tak'tapi berani disiarkan. Kelihatan berlebih-lebihan

Pasukan khas wartawan Harian Metro diketuai Firdaus di bawah seliaan Tuan Mohd Asri Tuan Hussein Penulis Khas Kanan (seorang pro pembangkang) bukan kali pertama melakukan laporan palsu populis dan kontroversi seperti ini. Firdaus sendiri pernah digantung selama 6 bulan atas laporan berlagak pandainya dalam jenayah mengenai restoran yang kononnya ada menyediakan khidmat pelacuran.

Terbaru untuk isu KLIA Firdaus bersama rakan pasukannya meminta maaf kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM dan penguatkuasaan di KLIA. 

Laporan palsu mereka tidak wajar dimaafkan. Kerosakan dari laporan mereka sangat teruk malah sehingga sekarang video online TV itu tidak dikeluarkan. KDN wajar mengambil tindakan tegas dengan penipuan wartawan harian metro itu supaya tidak kembali berulang.


sumber : 
Wartawan Harian Metro Pro Pembangkang Buat Berita Palsu? Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 19 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...