Saturday, 23 December 2017

[Video] Malaysia Bakal Jadi Negara Sekular Dibawah DAP - Abdul Hadi Awang #KekalNajib #LawanDAP #TolakPakatanHarapan

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan dengan jelas bahawa jika DAP yang mendominasi Pakatan Harapan (PH) menang di peringkat Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 maka nescaya Malaysia akan menjadi negara berteraskan sekularisme.


Beliau juga menjelaskan bahawa, konsep sekularisme DAP sememangnya amat bercanggah dengan ketetapan islam iaitu mereka mendukong konsep ‘Malaysia Malaysian’ di mana parti DAP membolehkan bukan islam menjadi ketua negara berbanding dengan ketetapan islam iaitu negara islam mesti diperintah oleh golongan muslim dan ianya jelas berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mana jika menang sudah tentu pemimpin Melayu Muslim yang akan menjadi ketua Kerajaan Pusat dan negeri.

Menurut Haji Hadi lagi, negara ini mestilah ditadbir oleh ketua negara daripada penganut islam dan Bumiputra Melayu. Ini selari dengan konsep Negara islam yang sebenar dan PAS mentafsirkan Pelembagaan Persekutuan adalah meletakkan islam menjadi agama negara bukan sekadar simbol. Justeru itu PAS dengan tegas tetap menolak konsep sekular warisan penjajah kerana ianya bercanggah dengan islam yang diletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan dengan itu, dalam menterjemahkan politik matang, PAS tidak semestinya perlu menjadi ketua kerajaan, bahkan boleh terus menjasi pembangkang yang menasihat dan berta’awun dengan ketua negara yang menerima islam dan melakukan perubahan positif untuk agama islam.



Berdasarkan sirah Nabawiyyah Haji Hadi juga menceritakan, Raja Habsyah yang bergelar Najasyi menerima islam dan menjadi penganutnya dan Rasulullah S.A.W masih mengekalkan takhtanya. Manakala kedudukan Raja Oman dan Raja Bahrain yang menganut islam setelah menerima surat daripada Rasulullah S.A.W, semuanya tidak dipecat atau dijatuhkan takhtanya.

Oleh yang demikian, sekiranya DAP menerima islam yang sempurna, aqidah, syariat, akhlak dan sistem serta menunggu kemenangan yang dijanjikan kepada islam dengan berjuang memenuhi syarat – syaratnya nescaya PAS boleh menerima DAP.
[Video] Malaysia Bakal Jadi Negara Sekular Dibawah DAP - Abdul Hadi Awang #KekalNajib #LawanDAP #TolakPakatanHarapan Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 23 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...