Friday, 22 December 2017

Tuty Sofia : Kapten Bas Elektrik Wanita Pertama Di Malaysia #SPAD #RAPIDKL

Dalam usaha kerajaan memberikan peluang kepada kaum wanita dalam pelbagai sektor termasuk sector 3D 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty'. Kisah yang dikongsikan oleh warta Harian Metro dalam portalnya ini boleh membuka mata masyarakat yang bahasawanya pihak kerajaan tidak sekadar omong kosong.


Tuty Sofia Tajudin merupakan kapten bas elektrik wanita pertama di Malaysia yang memandu Bas Rapid Transit (BRT) di laluan BRT Sunway sejak Ogos 2017. Wanita bertubuh kecil berumur 28 tahun ini berjaya membuktikan dirinya bukan boleh dipantang enteng.

Panggilan “Kapten” ini adalah gelaran yang diberikan oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad bagi menghargai mereka yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan penumpang yang mengunakan perkhidmatan itu.

Mesktipun kini beliau menjadi ibu kepada dua cahaya mata, Tuty berjaya memecah tradisi yang semua maklum kebiasaanya dilakukan oleh kaum adam dan ini sesuatu yang boleh dijadikan contoh yang baik kepada semua diluar sana. Malahan Tuty sebelum ini berpengalaman sebagai pemandu teksi.

Tuty yang berasal dari Setiawangsa ini sememangnya meminati sektor yang mencabar keupayaan dirinya sebagai wanita dan menimba sesuatu pengalaman baru dalam kehidupanya. Beliau kini satu satunya wanita yang dikelilingi 24 (lelaki) pemandu BRT yang lain.
Tuty Sofia Ahmad Tajudin,

Tuty Sofia berkata, dia sememangnya meminati pekerjaan yang mencabar keupayaan dirinya sebagai seorang wanita selain mahu mencuba pengalaman baharu. 
Katanya, keinginan itu tercetus ketika memandu teksi dan seronok apabila terlihat seorang pemandu bas wanita di jalan raya.

Laluan BRT Sunway adalah stesen yang pertama di negara ini membabitkan laluan sejauh 5.4 kilometer bermula dari Stesen Setia Jaya menghubungkan ke KTM Setia Jaya, Stesen USJ 7 iaitu stesen integrasi ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya.


Tuty Sofia : Kapten Bas Elektrik Wanita Pertama Di Malaysia #SPAD #RAPIDKL Daeng Selili Rating: 5 Friday, 22 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...