Tuesday, 26 December 2017

Tanah FELDA Jalan Semarak "Jangan Buat Spekulasi Awal" - Annuar Musa #TSAM #Felda #FeldaDiHatiku

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menggesa agar isu hak milik tanah Felda di Jalan Semarak tidak dibuat spekulasi awal. Biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap isu Felda ini kerana ianya adalah masalah rakyat dan bukan melibatkan isu politik atau UMNO. Bertindak secara emosi kerana terpengaruh atas spekulasi hanya membuang masa dan sia sia sahaja.


Annuar juga berkata bahawa, bila ada tuduhan maka lazimnya proses siasatan akan berjalan kerana negara kita ada sistem penyiasatan dan akan ada proses seterusnya dan yang bertanggungjawab dalam proses siasatan ini adalah Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis, biarkan mereka melakukan tugas mereka tanpa ada gangguan.

Jika dilihat dari perspektif yang betul, isu Felda ini akan menambah keyakinan rakyat terhadap UMNO kerana ianya dibangkitkan dari pihak dalaman kerajaan sendiri dan bukannya dari pembangkang apatah lagi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang yang terbuka kepada teguran

Sebagai rakyat kita seharusnya faham dan tahu bezakan parti dan kerajaan. Apa apa agensi kerajaan samada Felda atau MARA ianya adalah amanah rakyat dan seharusnya di jaga dengan baik dan apabila memegang amanah rakyat ini maka ianya tidak akan lari dari tuduhan dan persepsi katanya lagi.


Teguran ini dilaporkan ketika beliau merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kampung Chetok, Kedai Piahsewaktu beliau merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kampung Chetok, Kedai Piah
Tanah FELDA Jalan Semarak "Jangan Buat Spekulasi Awal" - Annuar Musa #TSAM #Felda #FeldaDiHatiku Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 26 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...