Saturday, 16 December 2017

Sultan Selangor Dan Permaisuri Perkenan Naiki LRT MRT #SPAD #MRT #LRT

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli mengadakan kunjungan dan menaiki perkhidmatan rel antara bandar Lembah Klang. 


Tuanku Sultan Selangor memulakan perjalanannya dari Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie menuju ke Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) dan pergerakan seterusnya mengunakan Sistem Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Dua laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) di Stesen Muzium Negara menghala ke Kajang. 

Tuanku Sultan bersama rombongan sempat berhenti rehat untuk menikmati santapan tengah hari di Restoran Sate Kajang Haji Samuri sebelum menyambung perjalanannya ke Stesen MRT Sungai Buloh bagi meninjau keadaan stesen disana. 

Selesai disitu Tuanku Sultan dan rombongan meneruskan perjalanan semula (dari stesen MRT Sg Buloh) menuju ke Stesen MRT Merdeka. 

Akhir sekali Tuanku Sultan Sharafuddin dan rombongan baginda seterusnya meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT dari Stesen LRT Plaza Rakyat untuk perjalanan singkat ke Stesen LRT Hang Tuah untuk bertukar ke perkhidmatan Monorel. 



Rombongan perjalanan kali ini turut ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah.


Sultan Selangor Dan Permaisuri Perkenan Naiki LRT MRT #SPAD #MRT #LRT Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 16 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...