Tuesday, 12 December 2017

#SPAD Tingkat Penguatkuasaan Sempena Cuti Tahun Baru 2018.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri telah memaklumkan bahawa, sempena perayaan Krismas dan Sambutan Tahun Baharu 2018, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu 24 jam bermula 22 Disember 2017 hingga 2 Januari 2018.

Operasi yang bertujuan bagi menangani isu pengendali pengangkutan awam dan pemandu yang melanggar undang – undang ini akan melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebagsaan dan Pihak Penguatkuasaan Lebuhraya.

Nancy yang melakukan tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan turut memaklumkan bahawa, pegawai penguatkuasaan SPAD akan meronda di lokasi – lokasi di pusat bandar serta terminal – terminal bas bagi memeriksa kaunter tiket dan dokumen serta memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti ulat tiket. Selain daripada itu, kaedah penyamaran, audit penguatkuasaan terhadap rekod Sistem Kedudukan Global (GPS) kenderaan, rondaan dan perangkap kelajuan serta pemantauan kamera lita bertutup (CCTV) di Pusat Operasi Lebuh Raya juga akan dilaksanakan bagi mempastikan operasi ini lebih berkesan.

Pihak SPAD akan memberi peringatan kepada kesemua pengendali bas ekspress supaya mengutamakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya dengan mematuhi Kod Amalan Industri SPAD selain mematuhi peraturan keselamatan setiap masa. Tindakan undang – undang akan diambil oleh SPAD terhadap pengendali pengangktan awam yang didapai cuai dalam pengurusan operasi mereka.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut di talian hotline SPAD 1-800-88-7723 (SPAD) atau melalui facebook.com/SPAD.my atau Twitter di @SPADchannel atau melalui lama sesaawang SPAD www.spad.gov.my. Selain daripada itu, pengguna boleh menghubungi Selangor Omnibus di talian 03-6258 1579 atau Setara jaya di talian 03-4021 7692
#SPAD Tingkat Penguatkuasaan Sempena Cuti Tahun Baru 2018. Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 12 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...