Wednesday, 13 December 2017

Serah Pingat Sultan Selangor : "Mahathir Ada Agenda" - Annuar Musa #TolakPakatanHarapan #TSAM

Tan Sri Annuar Musa yang juga selaku Ketua Penerangan UMNO telah mengsyaki bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) mempunyai agenda tersendiri apabila beliau memulangkan pingat kebesaran Selangor yang diterimanya pada 7 Disember lalu.

Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah telah berkenan menerima pemulangan darjah dan bintang kebesaran Selangor daripada Tun M dan isterinya Tun Dr Siti hasmah Mohd Ali pada 7 Disember lalu.

Annuar berpendapat, Tun M ada mesej dan strategi tersebunyi yang cuba hendak dilakukan olehnya bagi membangkitkan kebencian rakyat terhadap institusu diraja. Hanya mereka yang rapat dengan Pengerusi parti Pribumi (PPBM) itu sahaja yang faham dengan cara Tun M yang sememangnya sentiasa mempunyai strategi serta tujuan dalam apa jua tindakannya.


Annuar berkata demikian sewaktu sidang media selepas Majlis Penyampaian Alatan dan Kelengkapan Sekolah di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK). Beliau menambah bahawa, terdapat sebahagian penyokongnya yang berhasrat mahu membuat tindakan yang sama dan dipercayai tindakan Tun M ini bukanlah menggambarkan individu tetapi ianya melambangkan sokongan pembangkang khususnya mereka dari parti DAP yang sudah lama ingin berbuat perkara tersebut.
Serah Pingat Sultan Selangor : "Mahathir Ada Agenda" - Annuar Musa #TolakPakatanHarapan #TSAM Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 13 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...