Friday, 22 December 2017

Penempatan Semula HAB Medan Pasar #SPAD

Hentian akhir Bandar (HAB) Medan Pasar akan mengalami perubahan. Dimana ianya akan dikategorikan semula sebagai sebuah hentian bas. Perubahan ini yang berkuatkuasa pada hari Sabtu 23 Disember 2017 adalah bertujuan bagi melancarkan aliran trafik di kawasan Medan Pasar (berdekatan HSBC), yang mengalami masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak kerana didapati, bas yang berhenti di kawasan itu telah menyumbang kepada kesesakan tersebut. 

Oleh itu, bas tidak lagi dibenarkan untuk menunggu atau diparkir di lokasi tersebut. Bas hanya dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja. Selain dari HAB Medan Pasar yang bakal berubah status. HAB Lebuh Pudu juga menyediakan kemudahan dan tempat berteduh yang lebih baik bagi keselesaan pengguna.

Bagi memudahkan penumpang, kakitangan daripada Selangor Omnibus, Setara Jaya dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan ditugaskan bermula hari Sabtu 23 Disember 2017 ini di hentian Medan Pasar bagi memantau proses peralihan. Sementara itu maklumat bagi penumpang telah pun dipamerkan di dalam bas – bas terlibat serta di HAB Medan Pasar dan Lebuh Pudu bermula minggu lepas.

Peralihan ini akan melibatkan 50 bas yang dikendalikan oleh syarikat Selangor Omnibus Co Bhd dan Setara Jaya Sdn Bhd. Perkhidmatan yang terbabit bagi Selangor Omnibus adalah bagi laluan 100, 103, 104, 107, 120, 121 & 122. Manakala bagi syarikat Setara Jaya adalah melibatkan laluan 151 & 152. Bas - bas tersebut akan menamatkan perjalanan di HAB Lebuh Pudu di hadapan Emporium Mydin Sinar Kota, yang terletak 350 meter daripada HAB Medan Paasar.

Dengan perpindahan ini, maka di Pusat Bandar Kuala Lumpur akan mempunyai tiga HAB iaitu: HAB Pasar Seni bagi koridor Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama, HAB Munshi Abdullah bagi koridor Ampang dan HAB Lebuh Pudu. Ketiga – tiga HAB ini akan merangkumi bas – bas yang menjalankan perkhidmatan bagi koridor laluan Cheras, Sungai Besi, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang. Bagi bas-bas Nadi Putra, Seri Indah dan RapidKL akan turut menggunakan HAB Lebuh Pudu.


Para pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut di talian hotline SPAD 1-800-88-7723 (SPAD) atau melalui facebook.com/SPAD.my atau Twitter di @SPADchannel atau melalui lama sesaawang SPAD www.spad.gov.my. Selain daripada itu, pengguna boleh menghubungi Selangor Omnibus di talian 03-6258 1579 atau Setara jaya di talian 03-4021 7692
Penempatan Semula HAB Medan Pasar #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Friday, 22 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...