Monday, 4 December 2017

Melayu Dan Cina Perlu Berkerjasama - Wong See Wah #MCA

Tan Sri Wong See Wah yang juga selaku penasihat MCA Negeri Sembilan telah memberitahu kepada masyarakat Tionghua di negara ini bahawa, bagi membentuk sebuah kerajaan yang baik mereka disarankan untuk meneruskan kerjasama dengan orang melayu khususnya yang melibatkan hal politik. Beliau menambah, kerajaan yang kukuh kini adalah hasil hubungan yang baik antara UMNO dan MCA yang telah sekian lama terjalin.

Kaum Tionhua juga disaran agar menggunakan kebijaksanaan supaya dapat bersama – sama memainkan peranan yang lebih efektif dalam pentadbiran kerajaan apatah lagi mereka perlu sedar kerana mereka adalah golongan minoriti di Negara ini


See Wah mengakui MCA mempunyai banyak kelemahan dalam pilihan raya lalu yang jelas telah membawa kesan buruk kepada parti MCA dan beliau berharap agar ianya dapat diperbaiki, khususnya untuk mewujudkan perpaduan yang kukuh bersama UMNO. Hal ini penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

See Wah telah merasmikan Kursus Kepimpinan PRU-14 MCA Negeri Sembilan yang mana ianya tururt dihadiri oleh Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon dan Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri King Lim Chin Fui.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menasihat agar masyarakat Tionghua supaya tidak bersikap berat sebelah dan lebih terbuka khususnya hal yang melibatkan politik dan beliau menambah di Malaysia, kerjasama politik antara kaum Tionghua dan Melayu bukan sahaja terjalin antara MCA dan UMNO malah ianya juga turut terjalin di antara parti lain seperti DAP dan PKR.

Manakala dalam majlis tersebut juga, Pengerusi Bilik Gerakan MCA Negeri Datuk Hon Choon Kim telah memberitahu bahawa parti MCA kini lebih sedia dan bersemangat untuk menghadapi PRU14, malah semenjak tiga bulan lalu satu jawatankuasa khas telahpun diwujudkan bagi mengatur pelbagai strategi terbaik bagi menebus kembali kekalahan pada pilihan raya lalu.



Choon Kim juga memberitahu bahawa perpaduan antara anggota juga telah wujud termasuk dengan bekas pemimpin parti yang mana mereka ini bersedia untuk memberi pandangan dan idea bagi menguatkan jentera parti bagi menghadapi PRU14 nanti.
Melayu Dan Cina Perlu Berkerjasama - Wong See Wah #MCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 4 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...