Wednesday, 20 December 2017

Masa Depan Negara Ditangan Pengundi Muda - Razlan Mohamad Rafii #TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP #LawanDAP #KekalNajib

Barisan Nasional perlu memikirkan jalan terbaik dalam menarik pengundi muda dalam agenda membantu rakyat dengan terus mengekalkan kuasa memerintah pada PRU14 nanti.

Datuk Razlan Mohamad Rafii (Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan) berkata masa depan negara ini terletak ditangan para pengundi muda yang mana mereka pada hari ini golongan yang mudah terpengaruh dengan pelbagai tipu daya pemainan politik pembangkang yang menyemai rasa perkauman, fitnah dan berbau hasutan khasnya di media sosial

Razlan tidak menafikan angina perubahan generasi muda banyak belaku di Wilayah Persekutuan, namun isu yang dekat di hati orang muda seperti kos sara hidup, ekonomi dan pendidikan awal sudah berjaya menjadi agenda utama kerajaan hari ini yang mana ia telah diperjuangkan sejak 2013.

"Kita mahu rakyat tengok usaha yang kita dah buat untuk memenangi hati orang muda. Jangan disebabkan perkara kecil, rakyat buang (tolak) semua usaha kita.

"UMNO dan BN juga perlu sedar kemahuan orang muda. Contohnya, dalam bidang pendidikan, kemasukan ke institusi pengajian tinggi, kemudahan bersukan seperti padang bola, futsal dan badminton.

"Orang muda juga mahu peluang pekerjaan dilipatgandakan selain , menikmati kemudahan mengakses internet lebih luas dan laju," kata beliau ketika didalam program bicara santai 'Anda Tanya Kita Jawab' bertajuk 'Pasca Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017: UMNO Parti Untuk Masa Depan', Diskusi UMNO-Online.


Masa Depan Negara Ditangan Pengundi Muda - Razlan Mohamad Rafii #TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP #LawanDAP #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 20 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...