Monday, 11 December 2017

Lim Kit Siang Umpama "Cacing Kepanasan" #TolakPakatanHarapan #DAP

PERHIMPUNAN Agung UMNO telah menimbulkan kegusaran kepada pemimpin pembangkang DAP khususnya Lim Kit Siang dan mereka seolah olah seperti cacing kepanasan. Apatah lagi beliau kerap membuat “posting” dalam facebooknya mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kerana Presiden UMNO itu dalam ucapannya sewaktu perhimpunan itu telah mendakwa Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.

Manakala satu laporan polis telah dibuat oleh ahli parlimen Segambut berkaitan dengan kenyataan Presiden UMNO sewaktu menggulung di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang kononnya menyatakan bahawa DAP adalah parti anti Melayu dan islam.

Suatu masa dahulu perlu diingat, kecoh se-Malaya kerana DAP bercita – cita untuk melantik Perdana Menteri Kristian pertama di Malaysia. Namun perkara ini dinafikan oleh DAP malah Lim Kit Siang mempertikaikan sumber Presiden UMNO tersebut.

Penafian Lim Kit Siang ini telah dinafikan oleh Razali Abdul Rahman bekas orang kanan Lim Guan Eng yang juga bekas ahli DAP yang telah membuat laporan polis dengan menyatakan dengan tegas bahawa dakwaan tersebut benar. Razali Abdul Rahman yang juga pakar gerak saraf DAP yang dihantar berlatih di German telah memberitahu bahawa beliau sendiri turut hadir dalam pertemuan bersama paderi – paderi yang juga turut dihadiri oleh Parlimen Jelutong YB Jeff Oii dan sehingga ke hari ini DAP tidak berani untuk menyaman Razali bahkan Razali turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM1 Juta untuk menarik balik laporan polis tersebut.


DAP sememangnya bersikap double standard. Sebagai contoh mereka langsung tidak mengenakan sebarang tindakan kepada MP Taiping, Ng Kor Ming yang sering menghina orang Melayu dan Islam dan terbaru kepada Zaid Ibrahim. Lantaran itu tindakan Lim Lip Eng membuat laporan polis mengenai ucapan Najib tidak menjadi apa. DAP kalau berani samanlah Razali.

Kemurkaan Sultan Selangor terhadap kenyataan Zaid yang secara terang – terangan amat biadap terhadap Tuanku. Ini adalah contoh dimana DAP menggunakan Melayu untuk “screw Melayu” dan sehingga kini tiada tindakan terhadap Superman Hew Kuan Yau yang telah membawa idea “Melayu Screw Melayu”. 

Lim Kit Siang telah menjadikan isu 1MDB dan memomokkan bahawa PRU14 adalah peperanagn antara benar dan palsu lantaran itu beliau telah menggunakan kenyataan Peguam Negara Amerika Jeffs Sessions dalam satu forum (bukan mahkamah) sebagai bahan tomahannya.

Dalam hal ini apakah kenyataan Jeffs Sessions ini benar atau palsu?. Ini disebabkan kenyataan Jeffs Sessions itu langsung tidak dibuktikan di mahkamah Amerika. Kes ini telah masuk tahun ketiga ianya disebut oleh DOJ Amerika untuk saman sivil dan kenapa ianya senyap sehingga kini tiada perbicaraan dan ianya baru mahu “filing” kes, ujar Datuk Dr Mohd Puad lagi. 

Akhir tulisan Datuk Dr Mohd Puad, beliau mengingatkan Lim Kit Siang bahawa PRU14 bukan sahaja peperangan antara yang “Benar dan Palsu”. Malah ianya adalah peperangan antara yang “Hak dan bathil”. Lim Kit Siang sekarang ini bersekongkol dengan pengamal kleptokrasi terbesar sebenarnya. Sehingga kini wang rakyat RM31.5 Billion lesap begitu sahaja dan tidak diganti sehingga kini akibat skandal Forex. Malah wang rakyat juga digunakan untuk “bailout” PERWAJA, MAS dan syarikat perkapalan anaknya.

Persoalan telah dilontar kepada Lim Kit Siang oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Kenapa belaiu sanggup bekerjasama dengan pengamal kleptokrasi sebenarnya ini?. Tidak lain dan tidak bukan kerana beliau mahu menjadikan orang itu “puppet” yang akan membantunya menjadi perdana Menteri.
Lim Kit Siang Umpama "Cacing Kepanasan" #TolakPakatanHarapan #DAP Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...