Sunday, 3 December 2017

LGE, DAP Pulau Pinang Gagal - Tun Faisal #TolakPakatanHarapan #KekalNajib #DAP

Semenjak kebelakangan ini rakyat Pulau Pinang tidak mengira apa kaum sekalipun meluahkan kemarahan mereka terhadap kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang yang ternyata gagal dalam menguruskan pembangunan serta kewangan sebagaimana yang dijanjikan.

Perkara ini telah diberitahu oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz dan menurutnya lagi, pelbagai pihak juga kecewa dengan prestasi pentadbiran Setiausaha Agug DAP itu sebagai Ketua Menteri.

Berdasarkan senario ini dan jika pengundi di negeri Pulau Pinang menilai prestasi Ketua Menteri, Lim Guan Eng tanpa sikap prejudis perkauman, maka tidak mustahil Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula Pulau Pinang daripada DAP.

Tun Faisal memaklumkan demikian sewaktu berucap pada Forum Bajet 2018: Realiti atau Retorik pada Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 5.0. Beliau juga menyatakan bahawa dalam manifesto kerajaan negeri Pulau Pinang, mereka berjanji untuk menjaga alam sekitar namun sehingga kini berapa ramai yang menjadi mangsa pencemaran kilang haram di Kampong Sungai Lembu.


Kegagalan kerajaan Pulau Pinang menjaga saliran, melaksanakan pembangunan berlebihan serta menarah bukit sehingga mengakibatkan banjir besar baru – baru ini telah menyebabkan rakyat di Pulau Pinang marah dan kecewa.

Dalam program tersebut, Tun Faisal juga menjawab soalan yang diajukan oleh seorang mahasiswa mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang semenjak DAP memerintah negeri itu dan Tun Faisal menjelaskan bahawa berdasarkan penilaian semasa mendapati ramai orang Melayu Pulau Pinang marah kepada Guan Eng.

Kemarahan mereka kerana kegagalan Guan Eng mentadbir dalam pelbagai perkara jika dibandingkan dengan kerjaan terdahulu yang diperintah oleh BN yang menurut mereka Ketua Menteri yang lama tiada dosa. Kemarahan yang diperlihatkan bukan sahaja dari kaum melayu malah badan kerajaan (NGO) bukan Melayu dan alam sekitar juga marah pada Guan Eng.

Tun Faisal juga mengulas mengenai bajet pembangkang bagi tahun 2018 yang menurutnya ianya bersifat andaian dan retorik kerana pada pemulaan bajet alternatif jelas ianya telah menggunakan fakta yang salah jka dibandingkan Bajet 2018 yang dibentang oleh kerajaan yang berasaskan kepada kemampuan serta memiliki visi yang jelas. 

Mukadimah bajet pembangkang yang mendakwa keraguan terhadap ekonomi Malaysia sehingga menyebabkan aliran keluar pelabur asing, sedangkan ianya berlaku semenjak tahun 2013 kerana disebabkan peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) jelas fakta ini salah, ujar Tun Faisal lagi.

Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal juga memberitahu bahawa, bajet kerajaan pula bermula dengan tahap hubungan dagang dan diplomatik dan beliau membandingkan prestasi ekonomi yang semakin baik berbanding tahun lalu serta turut memaklumkan perkembangan positif ekonomi daripada senario dunia.

Dari pembandingan ini ianya menunjukkan samada apa yang dilaksanakan tahun lalu berhasil atau sebaliknya serta senario dunia yang menjelaskan potensi dimilki Negara dan hal ini membuktikan Bajet 2018 yang dibentangkan oleh kerajaan memilki strategi dan berpandukan realiti.
LGE, DAP Pulau Pinang Gagal - Tun Faisal #TolakPakatanHarapan #KekalNajib #DAP Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 3 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...