Saturday, 23 December 2017

Lagi DEDAH DAP Jual Tanah Pada Syarikat Kroni?! #LawanDAP #KekalNajib #TolakPakatanHarapan

Dua transaksi penjualan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah diberi kelonggaran pembayaran oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membayar kepada pemaju swasta. Perkara ini telah dipersoalkan motifnya oleh Ahli Jawatnkuasa Wanita GERAKAN negeri, Peggy Koo kerana ianya disifatkan ‘berat sebelah’ kepada rakyat Pulau Pinang. 


Transaksi penjualan tanah yang berkeluasan 99.15 hektar di Batu Kawan dan 14.16 hektar tanah tambakan laut di Bayan Mutiara, Bayan Lepas telah menyebabkan kerajaan negeri mengalami bayaran tertunggak berjumlah sekurang – kurangnya RM433.6 juta.

Menurut Peggy, penjualan tanah di Batu Kawan menunjukkan rekod transaksi sebuah syarikat pemaju hanya membuat bayaran bernilai RM25 juta dan RM25.4 juta pada tahun 2016. Sedangkan anggaran kasar pembayaran yang perlu dijelaskan ialah RM96.8 juta untuk setiap tahun dan syarikat pemaju swasta ini sepatutnya perlu menjelaskan pembayaran penuh bagi pembelian tanah yang bernilai RM484 juta dalam tempoh lima tahun bermula perjanjian dimeterai pada tahun 2014.

Sebanyak 2,178 hektar tanah telah dijual sepanjang tempoh sembilan tahun pakatan pembangkang yang diterajui oleh DAP mentadbir Pulau Pinang dan kerajaan negeri didesak untuk menjelaskan isu ini serta memperjelaskan perincian akaun PDC bermula tahun 2009 yang didakwa tidak menyatakan keuntungan hasil daripada penjualan tanah milik agensi itu selain didakwa terdapat elemen yang meragukan.

Peggy juga mendesak agar kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP menjelaskan status terkini projek tambakan laut di Bayan Mutiara yang dijadualkan akan siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun selepas pihak pemaju menandatangani kontrak pembelian pada tahun 2014.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri sekali lagi dilihat sangat bermurah hati menjual tanah tambakan laut di Bayar Mutiara kepada pemaju swasta yang memliki kepentingan saham antara satu sama lain. Semua tindakan ini memperlihatkan kerajaan negeri tidak telus dan telah menimbulkan persoalan dan kerajaan negeri didesak supaya memberi penjelasan lanjut mengenainya.
Lagi DEDAH DAP Jual Tanah Pada Syarikat Kroni?! #LawanDAP #KekalNajib #TolakPakatanHarapan Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 23 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...