Friday, 8 December 2017

Lagi Ahli DAP Keluar Parti #TolakPakatanHarapan #DAP #KekalNajib

Dinasti Lim akan berkubur dan tanda tandanya semakin jelas. Tindakan bekas ADUN Jawi, Tan Beng Huat bersama sama 100 orang ahli dan penyokong parti DAP kawasan Nibong Tebal, Pulau Pinang meninggalkan parti DAP kerana sudah muak dengan kepimpinan DAP adalah bukti. 

Perkara ini tidak menimbulkan kejutan kerana menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, selama 9 tahun memerintah Pulau Pinang, ternyata tiada sebarang kebaikan yang di bawa oleh parti tersebut. Malah pelbagai kemudaratan yang berlaku semenjak kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang.

Sekiranya mereka gagal membendung pelbagai masalah yang berlaku maka ramai lagi bakal meninggalkan parti DAP itu dan nescaya keruntuhan Dinasti Lim pasti akan berlaku, ujar Zainal Abidin lagi.

BEKAS ahli DAP yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat (kiri) ketika mengadakan sidang media keluar dari parti DAP

Mereka mengharapakan kebaikan yang lebih baik bila DAP memerintah namun harapan mereka hampa kerana sepanjang 9 Tahun memerintah tiada kebaikan yang mutlak diperolehi malah pelbagai masalah yang timbul. 

Mereka kini sudah mula memikirkan penyesalan kerana menyokong DAP selama ini tidak membawa apa – apa kebaikan. Dengan seramai 100 orang yang bakal meninggalkan parti DAP jelas menandakan penyokong DAP telah berubah rasa dan sebelum ini untuk mencari 1 orang untuk meninggalkan DAP pun sukar. 

Zainal Abidin turut menyifatkan 3 parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, Parti Pribumi Bersatu Bumiputra Malaysia (PPBM) serta PAN hanyalah sebagai ‘boneka’ kerana DAP dengan secara jelas telah mengakui bahawa mereka hanya perlukan 20 – 30 peratus sokongan orang melayu dari parti berkenaan. Manakala selebihnya dari penyokong DAP.
Lagi Ahli DAP Keluar Parti #TolakPakatanHarapan #DAP #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Friday, 8 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...