Monday, 11 December 2017

Lagi 300 Pemandu Terima Lesen Teksi Individu #SPAD

Ramai pemandu teksi hari ini telah mengakui perkhidmatan e-hailing iaitu mekanisma tempahan perkhidmatan teksi secara dalam talian melalui telefon pintar telah meningkatkan pendapatan mereka sekali ganda berbanding cara konvensional iaitu menunggu para penumpang di kawasan kawasan tumpuan.

Ramai yang bersetuju dengan dakwaan tersebut kerana semenjak menggunakan perkhidmatan tersebut tahun lalu, pendapatan lazim mereka bertambah sekali ganda iaitu daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.

Para penumpang hari ini lebih mudah dan gemar menggunakan tempahan melalui aplikasi di telefon pintar yang mana ia sangat memudahkan pemandu dan penumpang ditemukan dalam masa yang sangat singat dan para pemandu teksi perlu mengikutiperkembangan teknologi semasa dan memanfaatkan ia untuk terus bersaing dalam industri dengan cara yang berhemah.

Sebelum ini pihak Kerajaan dibawah pemerintahan Barisan Nasional telah menawarkan geran RM5,000 kepada para pemandu teksi yang layak untuk memiliki sebuah kereta baru dan memulakan operasi dengan sokongan e-hailing .

Dan hari ini menjadi satu lagi sejarah dalam industri ini bilamana berlangsungnya Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Bagi Permit Teksi Individu yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Dalam majlis hari ini, 300 lesen teksi individu telah tamat tempoh perjanjian sewa-pajat kenderaan telah diraikan.



Lebih dari 100 daripada pemandu teksi ini ditawarkan geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 dan lessen dan geran ini disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.


Lagi 300 Pemandu Terima Lesen Teksi Individu #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...