Thursday, 21 December 2017

Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) "FELDA nak balik tanah itu" - Pengerusi FELDA #FeldaDihatiKu #Felda #KLVC


Lembaga Pengarah FELDA tidak lagi berminat untuk meneruskan pembinaan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), termasuk menara ikoniknya di Jalan Semarak dan beberapa menara lain yang dirancang pemaju di lokasi itu.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata keputusan itu dimuktamadkan pada 15 Jun lalu dan pihaknya bersetuju mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju bagi mendapatkan kembali tanah miliknya.

"Pandangan peribadi saya, tiada keperluan melaksanakan pembangunan secara besar-besaran seperti itu lebih-lebih lagi dalam keadaan lambakan pembangunan hartanah komersial sekarang.

"FELDA nak balik tanah itu, yang lain sama ada siapa jadi kontraktornya, berapa tinggi menara itu, apa nilainya, cerita pembangunan mereka, apa perancangan nak buat di situ... semua itu saya tak minat.

"Saya tak pernah dengar nama syarikat kontraktor ini, saya tak berminat pun menara 59 tingkat dengan nilai kontrak RM107 juta, kerana dalam keadaan pembangunan hartanah sekarang kenapa nak bangunkan secara besar-besaran.


"Kita lihat sudah ada Bukit Bintang City Centre (BBCC), Tun Razak Exchange (TRX), akan ada Menara KL118 milik Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Bandar Malaysia. Jadi soal pembangunannya dah tak perlu, yang utama ia hak milik FELDA, maka pulangkan balik," katanya dalam pertemuan eksklusif dengan BH.

Shahrir berkata, FELDA tidak lagi berminat membangunkan tanah itu kerana berpendapat cadangan pembangunan adalah berdasarkan rundingan antara pemaju dengan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Katanya, ia susulan timbul pelbagai persoalan mengenai rundingan itu, termasuk perjanjian pembangunan induk yang ditandatangani FIC, tetapi hanya memaklumkan kepada Lembaga Pengarah FELDA tiga bulan kemudian.

"Dalam laporan Lembaga Pengarah 16 Januari 2014, FIC memaklumkan syarikat pemaju itu berikan tawaran terbaik, tapi kami tidak jumpa rekod mana-mana pihak lain dijemput untuk membida, tender terbuka dibuat atau tawaran pihak lain.

"Mereka (FIC) hanya kata tawaran terbaik datangnya daripada syarikat pemaju itu.


"Lebih mengelirukan, mula-mula kita dapat tahu hanya ada tiga SPA tanah FELDA di situ, kemudian secara tiba-tiba kita tahu ada empat yang sudah dipindah milik kepada syarikat pemaju, namun selepas disusun kami dapati yang keempat (SPA3) masih belum ditukar milik lagi," katanya. - Sumber
Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) "FELDA nak balik tanah itu" - Pengerusi FELDA #FeldaDihatiKu #Felda #KLVC Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 21 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...