Sunday, 17 December 2017

Kit Siang Hanya GILA Kuasa - Liow Tiong Lai #MCA #TolakPakatanHarapan #KekalNajib

Malaysia bakal hancur jika hasrat Ketua Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi kenyataan dan ia satu malapetaka besar terhadap negara ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pemimpin DAP itu bukan saja tidak boleh dipercayai, malah tiada prinsip kerana lebih mengutamakan agenda peribadi dan mengejar kuasa.

Katanya, memang angan-angan Kit Siang sejak dulu untuk menggulingkan kerajaan tidak lain hanya untuk mendapatkan kuasa.

"Hanya Kit Siang yang tahu sama ada mahu menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, namun kita tahu beliau bukanlah seorang pemimpin yang boleh dipercayai.

"Kit Siang pemimpin yang tidak ada nilai serta tidak ada prinsip perjuangan. Dulu sanggup menyuruh masyarakat menyokong PAS, namun apabila parti itu tidak mengikut telunjuknya, beliau kini beralih dengan menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad pula.

"Ini semua demi kepentingan peribadinya sahaja sehingga sanggup menggadai prinsip dan visi partinya yang sering berubah-ubah. Beliau juga cukup pandai memanipulasi keadaan dan membuat pusingan-U mengikut kepentingannya saja.

"Saya yakin hasrat Kit Siang menjadi pemimpin utama negara sekiranya pembangkang memenangi PRU14 hanya akan membawa perpecahan dan kemusnahan kepada masyarakat dan negara," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata sedemikian selepas menghadiri Program bersama masyarakat Paloh.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum itu Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS), Datuk Seri Hadi Awang, dilaporkan berkata, rakyat perlu menolak pemimpin DAP yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi juga hakikat kegagalan parti itu menjadi kerajaan bersih.

Dalam masa yang sama Kit Siang menafikan tuduhan ini sedangkan semua sedia maklum dalam Pakatan hanya beliau paling berkuasa didalam DAP yang jelas mendominasi Pakatan malah beliau sahaja pemimpin DAP yang mempunyai kerusi Ahli Parlimen berbanding dua komponennya ketua parti PPBM dan PAN yang hanya layak sebagai “tukang cuci najis” yang ditinggalkan beliau.
Kit Siang Hanya GILA Kuasa - Liow Tiong Lai #MCA #TolakPakatanHarapan #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 17 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...