Tuesday, 5 December 2017

Kesetiaan Ahli Punca Mahathir Gagal Jatuhkan Najib - Annuar Musa #TSAM #TolakPakatanHarapan

Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO telah memberitahu bahawa, perbezaan kepemimpinan Najib serta kesetiaan di kalangan ahli UMNO adalah punca Tun Dr Mahathir Mohamad gagal dalam usahanya untuk menjatuhkan Presiden parti UMNO itu.

Sangkaan Dr Mahathir ternyata meleset kerana Dato Seri Najib masih belum boleh digulingkan, mengikut sejarah Dr Mahathir telah berjaya menjatuhkan Tengku Razali Hamzah, Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdul Ghafar baba dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. 


Tan Sri Annuar yang berucap pada Konvensyen Penerangan dan Media 2.0: Istiqamah Dalam perjuangan di PWTC juga menyatakan bahawa, kepimpinan Najib bukanlah sempurna kerana beliau bukan seorang yang maksum, Namun kaedah dan cara kepemimpinanya yang lebih terbuka dan demokratik ternyata amat berbeza berbanding ketika di zaman Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO. 

Najib juga berkawan dengan kepemimpinan di bawah dan menjadi satu saf persahabatan dalam perjuangan yang sama. Cara beliau ini menyebabkan ahli UMNO samada dari saf kepimpinan atasan mahupun bawahan menzahirkan kesetiaan kepada Presiden UMNO ini kerana senang dan selesa dengan caranya, ujar Annuar lagi. 

Annuar juga menyatakan, sewaktu zaman Dr Mahathir kalau nak bertanding Presiden kena ada kuota pencalonan. Manakala separuh ahli sudah ditendang keluar semasa berpecah dengan Semangat 46 yang tinggal kumpulan yang turut dianggotai oleh Annuar sahaja pada ketika itu dan kumpulan yang tinggal ini masih lagi dikawal oleh Dr Mahathir. 

Namun Najib telah merubah menjadi lebih demokratik di mana tidak ada lagi kuota pencalonan. Ketika ini dengan hanya mengisis borang, sesiapa pun boleh bertanding. Annuar dalam uacapannya juga menyatakana bahawa ahli UMNO perlu diisi dengan penghayatan semangat dan roh perjuangan kerana Allah serta kepentingan bangsa dan tanah air tanpa menutamakan mana – mana individu.

Dalam Konvensyen yang turut dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Othman Abdul dan Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Shahbudin Yahya. Tan Sri Annuar juga dengan tegas dan berprinsip memberitahu bahawa beliau adalah orang Dr Mahathir, pernah menjadi menteri di zaman Mahathir diangkat oleh olehnya dan setia kepadanya. Tetapi bila Dr Mahathir meninggalkan UMNO, Annuar mengambil keputusan untuk meninggalkan Dr Mahathir demi perjuangan dan ketaatan kepada parti.

Manakala sewaktu Ku Li tinggalkan UMNO untuk Semangat 46, Annuar telah meninggalkan Ku Li kerana lebih sayangkan UMNO berbanding Ku Li.

Annuar juga mengingatkan ahli UMNO bahawa hakikat parti UMNO ditubuhkan adalah kerana Allah dan meneruskan perjuangan mengangkat agama sejak sebelum merdeka lagi dan sewaktu hendak Merdeka, UMNO telah meletakkan Perkara 3 dalam Perlembagaan Negara dan selepas Merdeka ianya diisi segala tuntutan terhadap umat islam, ujarnya lagi.
Kesetiaan Ahli Punca Mahathir Gagal Jatuhkan Najib - Annuar Musa #TSAM #TolakPakatanHarapan Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 5 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...