Sunday, 31 December 2017

Islam Ajar Agar Berbuat Baik Bersama Bukan Islam Yang Berdamai! #MCA

Rakyat Malaysia bertuah hidup dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk pelbagai bangsa, fahaman agama dan untuk mencari kesejahteraan ini, asas utamanya adalah kenal erti hidup bermasyarakat. Tanpa itu semua kestabilan dalam sistem sosial, politik dan ekonomi Negara akan terjejas. Oleh itu semua pihak perlu mengembeling tenaga untuk menjayakan usaha usaha ini, setiap pihak perlu mempunyai sikap intergrasi yang positif agar dapat hidup dalam sejahtera dan mengekalkan keharmonian ini. 

Dalam perspektif Islam memperincikan garis panduan dan telandan untuk umat Manusia dan mengambilnya daripada rujukan Al Quran yang jelas memberi panduan kepada perkara perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam hubungan dengan yang bukan beragama Islam. 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Mumtahanah, ayat 8 bermaksud: 

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang bukan Islam yang tidak memerangi kamu di dalam perkara agama dan tidak menghalau kamu daripada kampung halaman kamu." 

Dalam taksiran Imam Al-Zuhaili memberitahu dalam kitab tafsirnya al-munifi al aqidah dan al-syariah al manhaj bahasanya Allah tidak melarang umat Islam daripada bergaul dan berbuat baik kepada orang bukan Islam yang bermuafakat dan berdamai dengan umat Islam. 

Ini kerana ia termasuk dalam perkara yang baik mewujudkan hubungan harmoni dan mesra, menerima mereka sebagai rakan karib mahupun tetamu. 

Allah SWT juga tidak menghalang orang Islam untuk berlaku adil terhadap mereka termasuklah dalam menunaikan hak mereka, janji, amanah, urusan urusniaga dan sebagainya. 

Hal Ini diperkuatkan lagi dengan sunah Nabi Muhammad SAW yang memperlihatkan bagaimana baginda menghormati bukan sahaja orang Islam bahkan bukan Islam. 

Dinegara ini bukan Islam mendapat hak yang adil diberikan kepada mereka sepertimana yang dinyatakan oleh YB Dato Sri Liow Tiong Lai bersempena sambutan tahun 2018 yang bakal tiba. Yang mana dalam perutusan tersebut beliau menyatakan usaha usaha MCA yang telah membuahkan hasil yang lazimnya ia sebagai sekutu kepada parti memerintah hari ini dalam usaha dalam memperjuangkan hak kaum Cina yang menjadi nadi ekonomi negara bertuah ini.

Dalam hal ini jelas hala tuju MCA jauh berbeza DAP sebuah parti yang hanya bermain politik kebencian dan tidak memberikan khidmat setelah dipilih oleh pengundi, DAP hanya membantah membabi buta dalam apajua usaha usaha murni yang dibuat oleh kerajaan. MCA menunjukan KPI dan teladan yang baik dalam memperjuangkan orang Cina berbanding DAP yang berjaya menipu pengundi cina dengan berjanji bulan dan bintang yang akhirnya "terantuk baru tengadah".


Lagi beberapa jam kita seluruh rakyat Malaysia akan melangkah ke tahun baru 2018 yang mana kita sebagai bangsa Malaysia yang hidup dalam keadaan aman dan sentosa akan meraikan ia bersama sama.

Dikongsikan disini perutusan YB Dato Sri Liow Tiong Lai bersempena sambutan tahun 2018 yang bakal tiba.


YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA DAN PRESIDEN MCA
PERUTUSAN TAHUN BARU

Sambil kita bersiap sedia menyambut tahun baru, marilah kita mengimbau kembali semua yang telah kita lalui bagi tahun 2017 pada peringkat nasional mahupun peringkat antarabangsa. Pelbagai dugaan telah kita hadapi bersama, namun kita perlu kagum akan daya ketabahan dan keazaman yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia ketika berdepan dengan cabaran.

Sudah pasti, tidak mungkin lengkap jika kita tidak meraikan kejayaan negara kita setanding dengan semangat ini. Dari segi ekonomi, walaupun menghadapi pelbagai rintangan, ekonomi kita telah tetap berkembang kukuh. Baru-baru ini Dana Antarabangsa (IMF) telah meningkatkan ramalan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar pertumbuhan sebanyak 5.5%-6.0%. Manakala, YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah menerajui hubungan dua hala bersama negara-negara termasuk Amerika Syarikat, China, India, Indonesia, dan Jepun bagi menjalin hubungan yang lebih erat serata dunia.

Melangkah ke 2018, ia jelas menunjukkan bahawa tiada batasan untuk kita terus mencapai trajektori yang telah ditetapkan. Bajet 2018 telah menetapkan asas untuk memanfaatkan potensi ini secara holistik. Dari pengurangan cukai pendapatan yang akan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, kepada peruntukan penting ke arah meningkatkan pelbagai industri termasuklah sektor pengangkutan darat, maritim dan sektor penerbangan. Tidak ragu-ragu, kerajaan Barisan Nasional memberi tumpuan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan dan kebajikan rakyat.

Bagi MCA pula, kami juga penuh dedikasi terhadap tanggungjawab untuk menyokong masyarakat. Melalui usaha MCA bersama KOJADI, kami telah memberikan lebih dari RM150 juta pinjaman kepada usahawan PKS untuk menyediakan peluang baru seterusnya memperkembangkan perniagaan mereka.

MCA juga memberi tumpuan penting kepada sektor pendidikan dan kami bangga bahawa pinjaman pendidikan KOJADI telah memastikan pendidikan tertiari dapat dinikmati oleh ramai generasi muda. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) masing-masing telah menghasilkan lebih 200,000 graduan yang berjaya, dan akan terus menawarkan kursus-kursus berkualiti pada tahun-tahun akan datang. Hari ini, UTAR sudah menduduki carta universiti kedua terbaik di Malaysia dan MCA bertekad untuk terus meningkatkan kemudahan UTAR untuk menjadi salah satu universiti terbaik di rantau Asia.

Di samping itu, usaha neo-urbanisasi untuk Kampung Baru Cina di seluruh Malaysia sedang berjalan lancar. MCA menerajui usaha-usaha untuk menyediakan peluang baru kepada belia dari kawasan-kawasan ini, terutamanya dalam melatih mereka mereka melalui program keusahawanan dan pertanian moden. Adalah menjadi harapan kami bahawa ini akan dapat memberi nafas baru kepada penduduk kawasan luar bandar dan juga mewujudkan platfom ekonomi untuk komuniti.

MCA terus mengukuhkan hubungan diplomatik dengan China bagi pihak negara kita. Perkembangan pesat inisiatif One Belt One Road China telah mengeratkan lagi hubungan negara di peringkat antarabangsa dan Malaysia akan menerima pelbagai kesan positif dari usahasama ekonomi ini.

Inilah antara pencapaian yang membanggakan oleh MCA dan BN pada tahun ini. Kami bertekad untuk terus berkhidmat kepada rakyat pada tahun hadapan.

Sebagai sebuah negara yang bersatu padu, kita juga telah berkembang maju dan kita berada di landasan yang tepat demi mencapai matlamat kita untuk menjadi sebuah negara maju. Saya yakin jika kita terus mengekalkan nilai-nilai yang kita sanjungi dan bersikap kesederhanaan, saling menghormati dan penerimaan antara satu sama lain, kita akan terus berkembang maju. Pada tahun yang akan datang, marilah kita sekali lagi berjanji untuk bersama-sama menyingkirkan unsur-unsur yang boleh memecah belah, dan berusaha untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Bagi mereka yang memandu pada hujung minggu, sila berhati-hati di jalan raya. Selamat Tahun Baru kepada semua!



Islam Ajar Agar Berbuat Baik Bersama Bukan Islam Yang Berdamai! #MCA Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 31 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...