Tuesday, 26 December 2017

DAP Kekal Menggunakan Setimen Perkauman - Yahya Mat Ghani #TolakPakatanPRU14 #KekalNajib #PakatanProDAP

Ketua UMNO Bahagian Batu, Senator Datuk Yahaya Mat Ghani telah menyatakan dengan jelas bahawa PRU-14 adalah pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dengan DAP dan bukannya dengan parti lain. Parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) hanya dipergunakan oleh DAP demi mencapai agenda mereka. 


Ini disebabkan DAP menggunakan sentiment rasis dan politik persepsi berbanding parti lain sebagai taktik bagi menglirukan masyarakat terutamanya dalam menghadapi PRU-14. Ramai yang mengetahui sekiranya tidak menggunakan dua sentiment ini DAP pasti akan mengalami kesukaran untuk terus bertapak dalam dunia politik dan seterusnya untuk menjatuhkan kepimpinan yang sedia ada, ujarnya lagi.

Datuk Yahya menyeru kepada rakyat supaya tidak terpengaruh dengan agenda songsang pembangkang ini kerana jika dilihat pegambungan mereka hanya bermatlamat untuk menjatuhkan BN namun dalam hal yang lain mereka ternyata tunggang langgang termasuklah dalam isu memilih siapa Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan. 

Beliau berharap agar para pengundi berpatah balik kepada BN sekiranya mereka tersilap pangkah dalam PRU yang lepas kerana rakyat harus faham bahawa pemimpin pembangkang sebenarnya bukan hendak membela rakyat, merka hanya mahukan kuasa dan sebagai contoh kita lihat Ahli Parlimen Batu di kawasannya di mana amanah yang telah diberikan telah dipersiakan malah langsung tidak mengambil tahu masalah rakyat di sini. 


Oleh itu sekiranya BN menang sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku kerana nescaya BN akan membela rakyat dengan lebih baik dari sekarang, ujarnya lagi.
DAP Kekal Menggunakan Setimen Perkauman - Yahya Mat Ghani #TolakPakatanPRU14 #KekalNajib #PakatanProDAP Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 26 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...