Wednesday, 27 December 2017

DAP Hanya Menunjuk Kuasa #MCA

DAP Pulau Pinang telah menunjukkan kekuasaannya dengan tidak mengutamakan rakyat, tidak menjaga keselamatan rakyat malah tidak menghormati nyawa. Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Setiausaha Organisasi Jawatankuasa Perhubungan MCA negeri Pulau Pinang iaitu Dr Tan Chuan Hong.

Beliau mengkritik tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang atas tindakan mereka meroboh “awning” yang telah didirikan oleh penduduk di Medan Melur Utara, Butterworth yang jelas ianya merupakan satu tindakan yang menunjukkan kekuasaan sebenar mereka.


Tujuan pembinaan “awning” tersebut adalah untuk kesenangan dan keselesaan penganut Datuk Kong untuk sembahyang dan kos pembinaannya adalah dari kerjasama dan kutipan orang awam. Ianya untuk mengelakkan daripada ancaman pembuangan sampah dari atas dan untuk berteduh daripada hujan. Namun MPSP tetap dengan pendirian mereka untuk merobohkan “awning” berkenaan kerana telah menerima arahan dari pihak atasan.

Diantara kebaikan dan kelebihan pembinaan “awning” yang juga telah mendapat kerjasama daripada penduduk kawasan tersebut adalah ianya tidak menjejaskan kesesakan lalulintas, keadaan alam sekitar bertambah bersih serta taraf kesihatan dinaikan.

Dr Tan Chuan Hong juga menyatakan bahawa golongan muda di kawasan ini juga amat agresif dan aktif dan mereka perlu dijadikan teladan. Mereka pernah mengagihkan barangan kepada mangsa banjir pada 26hb November lalu, mengadakan majlis penyembahan Datuk Kong dan turut mengadakan program sembang santai pada 10hb Disember. Tidak ketinggalan juga sesi kemaskini dan permohonan BR1M pada 18hb Disember lalu yang bertujuan untuk memudahkan para penerima BR1M mengemaskini segala makluman yang diperlukan ujar beliau lagi.

Namun akibat cemburu dan dendam politik apatah lagi dengan kehadiran Dr Tan Chuan Hong pada program tersebut maka DAP telah mengambil tindakan dengan meroboh “awning” tersebut.

Berkaitan dengan peristiwa ini, Dr Tan Chuan Hong menjelasakan bahawa pada 18hb Disember lebih kurang jam 7 malam iaiut 1 jam sebelum perkhidmatan kemaskini dan permohonan BR1M di jalankan, sewaktu penguatkuasa MPSP mengarahkan untuk merobohkan “awning”, En Ong Han Meng telah menalipon untuk meminta bantuan dari EXCO YB Phee Boon Poh.

Namun apa yang dikesalkan jawapan yang diterima adalah “sekiranya saya membantu, saya akan digari” kerana jika ianya melibatkan kes rasuah atau penyalahguna kuasa maka ianya tidak mengapa di gari tetapi malangnya hal yang di perlukan pertolongan adalah perkara yang melibatkan kepentingan dan masalah rakyat dan logiknya ianya tidak akan digari. Beliau telah menyeru agar YB Phee Boon Poh supaya lebih ikhlas dan jangan bersandiwara demi kepentingan sendiri.


Dr Tan Chuan Hong juga turut menempelak Ketua Menteri kerajaan DAP Pulau Pinang yang bercakap tidak serupa bikin kerana acapkali berkata tidak akan membuli rakyat namun sebaliknya berlaku. Namun demikian Dr Tan Chuan Hong berharap agar apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri iaitu untuk memulangkan kembali “awning” yang merupakan “awning” keselematan dapat dikota akan janjinya.

Dalam hal ini tidak perlu menunding jari kepada siapa yang bersalah kerana ianya telahpun berlaku. Sepatutnya keperluan unutk memberi kelulusan yang sah untuk mendirikan semula “awning” keselamatan supaya penganut mempunyai satu tempat yang berteduh dan selamat perlu di beri oleh pihak berkuasa kerajaan negeri Pulau Pinang.

Akhir sekali, MCA Bahagian Bagan berusaha untuk mendirikan semula “awning” keselamatan setelah mendapat kelulusan serta memperolehi dana yang mencukupi hasil dari kutipan derma dari orang awam kelak.
DAP Hanya Menunjuk Kuasa #MCA Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 27 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...