Monday, 25 December 2017

DAP Berkuasa Penuh Dalam Pakatan Harapan - Mursyidul Am PAS #LawanDAP #KekalNajib #TolakPakatanHarapan

Rakyat sekarang ini sudah mula ‘celik’ atau sedar dengan startegi DAP dalam menjayakan cita cita mereka sekiranya menang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) dan membentuk kerajaan di Putrajaya nanti dimana dengan jelas DAP kini berhasrat untuk mendominasi Pakatan Harapan (PH) sebelum meluaskan kuasanya kelak.

Perkara ini dinyatakan dengan jelas oleh Mursyidul Am PAS iaitu Hashim Yasin. Beliau menambah bahawa, apa yang di cita citakan oleh DAP sukar dilaksanakan kerana rakyat sudahpun mengetahui akan ‘wayangnya’ dan nescaya sebelum memilih untuk memangkah PH dalam pilihan raya akan datang mereka telahpun memikirkan semasaknya kerana rakyat sudah sedar dan faham akan taktik licik DAP dan dapat disimpulkan parti parti yang bergabung dalam PH hari ini sudah mula tahu hala tuju DAP dan siapa dibelakang mereka.

Tindakan DAP membuat beberapa pengumuman demi pengumuman tanpa merujuk dan berbincang dengan parti komponennya dalam PH jelas menunjukkan mereka ‘berkuasa’ berbanding PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ini diakui sendiri oleh beberapa orang pemerhati politik tanah air.

Contohnya, calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah diumumkan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pada masa yang sama pemimpin parti komponen yang lain menjelaskan ianya masih lagi dalam perbincangan. 

Manakala anaknya pula iaitu Lim Guan Eng dalam sidang medianya telah memberitahu nama calon Perdana Menteri dan Timbalannya akan diumum pada Konvensyen PH yang akan diadakan pada 7 Januari 2018 dan yang menjadi persoalan kenapa pengumuman sepenting ini tiada kehadiran mana mana pemimpin kanan PH?, jawapannya jelas DAP yang ‘berkuasa’.

Oleh yang demikian, Hashim memberitahu bahawa DAP serta PH akan menerima ‘Pukulan Maut’ dalam PRU akan datang kerana rakyat sendiri tidak terpedaya dan menyedari akan tipu daya DAP.
DAP Berkuasa Penuh Dalam Pakatan Harapan - Mursyidul Am PAS #LawanDAP #KekalNajib #TolakPakatanHarapan Daeng Selili Rating: 5 Monday, 25 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...